Friday, March 27, 2009

mEdia prima vs 60 earth hour


Sri Pentas,
No. 3 Persiaran Bandar Utama,
Bandar Utama,
47800 Petaling
Selangor
Malaysia

ok, kenapa aku tempek picture-picture MEDIA PRIMA? tak kan suka-suka je kot..oye finally aku dapat dah tempat nak buat praktikal..so, aku dapat internship kat MEDIA PRIMA BERHAD kat PJ..tapi aku xtau aku under channel tv3, tv9, nt7 or 8 tv tapi syukur alhamdullilah..lega gak dah dapat tempat tapi tak brapa nak lega sangat lagi cuz aku tak dapat cari rumah sewa lagi..budak-budak journalism dapat kat media prima seramai 10 orang, so ingat pompuan nak dok 1 umah ar ramai-ramai sumbat, xmuat tido berdiri hahahaha semata-mata nak save budget wooooooooooooooo ntah2 aku yang si penido berdiri itu kuang3..ramai gak nak buat kat media prima tapi xdapat, so bila je dorang tanya aku dapat buat LI katne, aku jawab ar media prima and then dorang kata TAHNIAH--> ? aku pun tak tahu..actually aku mintak kat BERITA HARIAN tapi syarat nak dapat kat sane sangat tinggi, so hanya 2-3orang je yang dapat kat sana.so, yamng lain ada yang pergi ke BERNAMA, RTM, UTUSAN, ada buat magazine and banyak lagi lah sebab 1 tempat ada amik 2-3 orang je..kami ramai, so banyak lah tempatnya..maybe ada jugak budak yang buat kat ASTRO..walau apa pun aku syukur aku dah dapat tempat sebab ada budak yang masih bermasalah nak dapatkan tempat..hopefully aku tak dapat 8TV huhuhu

OK-OK-OK-OK-OK-OK-OK-OK-OK

tukar topik penting plak..


60 EARTH HOUR?

off switch yang ada...SELAMATKAN BUMI KITA

bumi semakin panas..

hanya 60 minit..fikirkan anak cucu kita dan bumi ini..

Hah! ni post paling penting ye kengkawan..ok-ok-ok- esok malam 28 March 2009 sila sahut seruan save our EARTH dengan menutup semua switch elektrik selama sejam..alahai sejam apalah sangat kan..demi bumi tercinta..kalau nak lebih lagi lebih baik untuk selamatkan bumi kita yang tercinta ni..so, marilah adik, kakak ,abang, pakcik, makcik, datuk, nenek, mak, abah...mari kita tutup itu switch TV, mesin basuh, laptop, mesin jahit, peti ais, charger handset and segala jenis menda yang berunsur elektrik, sila switch off selama sejam untuk menyelamatkan bumi kita. Katakan YA kpd EARTH HOUR dan katakan TIDAK kpd PEMANASAN GLOBAL..marilah bersama-sama saling bantu membantu untuk memulihkan semula pemanasan global kita agar kita akan sentiasa berada dalam keadaan yang baik-baik dan ingatlah bahawa kita bukan mewariskan bumi kepada anak-cucu kita tetapi kita hanya meminjam sebentar dari mereka..kita harus menjaga amanah yang di beri..pinjaman seketika dari ALLAH S.W.T so, mari kita lihat sejauhmana keberkesanan kempen ini..oh ye, hot fm akan hentikan siaran mereka selama sejam untuk menyahut kempen ini..banggunan-banggunan besar juga akan stop selama sejam..anda pula bagai mana? TEPUK DADA TANYA MINDA..

BY:BABYBOO

Thursday, March 26, 2009

tersesak nafas - kuat borak

A>S>A>P matilah korang nyamuk..wowowowo

Muka nak tercekik asap~ mcm puteri plak aku kat tgh ada dayang hehehe

Petang kelmarin ada lah sekumpulan abg-abg pnyembur ni dtg nak buat semburan nyamuk ni..so, kami di mintak ar turun ptg2 dah nak senja tuh~ sgt lah penat baru balik class and then kena turun plak dengan tak mandinya lagi, kami pun turun mendengar kata cewah~ knp aku taip mendengar kata? sebab persoalannya di sini ada gak bebudak degil tak nak turun. Itu namanya GATAI tak bertempat lah kan..agak2 ar dah la blok 10 tingkat, nak sembur semua aras, tak ke mati tersesak nafas dorg tuh? pastu bila asap dah penuh 1 blok baru lah tersedak2 kat atas tu ketandusan udara wah....PADAN MUKA ye kamoo yang tak turun. Kami yang turun ni pun nak bernafas pun pk seribu kali cuz baunya amat menusuk lubang idung yang kembang ini hiks~hahahahaha

OK-OK-OK-OK-Ok-Ok-Ok kita tukar topik....

AL-KISAh lah semalam petang aku ada class kul5-7ptg..Class Dr.Mus pastu aku n kengkawan aku dok ar belakang sekumpulan budak yg rahsia dan identitinya di rahsiakan..bengang gila kat dorang! dah la lecterur aku tu terlebih profesional cuz bagi kuliah tanpa sebarang slide show or whatever yang di pamirkan kat depan, so setiap patah perkataan yang dia sebut adalah nota penting tapi di sebabkan dua makhluk ni bising, kami byk lost notes bangang! nak borak tentang business or personal prob, sila balik umah okehh~ jgn menyusahkan orang lain..jika kamoo terbaca sila sedar okehh..pk org lain sama jgn selfish yek makcik-makcik kuat borak...SILA TATAP GAMBAR MEREKA POSISI BELAKANG SAHAJA..


tengah berborak bagai nak rak


identiti di rahsiakan tapi gambar show wooooo mcmne tuh?

P/S: sila hati-hati ketika duduk di depan aku ketika kuliah wohwohwoh..


BY:BABYBOO

Wednesday, March 25, 2009

PETUA oh petua mari intai~

Kita ni as perempuan kena lah rajin-rajin jenguk petua-petua di dapur even tak rajin amalkannya jenguk2 pon orait wawawawa baru suami sayang..suami?suami? dah kawin kah aku?hahahahah bELUM!!!
  • Petua menghilangkan bau nasi hangit.

Nasi hangit biasanya kurang enak dimakan. Untuk menghilangkan bau hangit, periuk yang berisi nasi hangit hendaklah ditutup dengan daun pisang. Alas dengan surat khabar kemudian barulah ditutup dengan penutupnya sebelum direndam periuk nasi ke dalam besen berisi air.

  • Petua menghilangkan bau hanyir ikan, sotong dan udang juga petua menambahkan kesuburan pokok bunga.

Semasa mencuci beras, airnya jangan dibuang. Ia boleh digunakan untuk membersihkan ikan, udang dan sotong untuk menghilangkan bau hanyirnya dan disiramkan pada pokok bunga untuk menambah kesuburannya. Selain daripada itu, air beras juga boleh dibuat mandi sebagai penawar untuk menyejukkan badan dan kepala kanak-kanak.

  • Petua untuk mudah kupas kulit bawang.

Semasa memotong bawang, kadangkala kulitnya melekat pada isinya. Satu cara untuk mengupas kulitnya adalah dengan merendam bawang merah di dalam air selama lima minit kemudian baru dikupas.

  • Petua untuk mengelakkan balang atau bekas gula dimasuki semut.

Untuk mengelakkan balang atau bekas gula daripada dimasuki semut, sapukan minyak masak disekeliling balang.

  • Petua mengelakkan hati lembu yang dimasak menjadi keras.

Semasa memasak hati lembu, kebanyakan suri rumah membiarkan masakan itu terlalu lama di atas dapur hingga menyebabkan hati menjadi keras. Satu rahsia agar hati kekal lembut ialah jangan memasaknya terlalu lama di atas api. Masukkan kesemua rempah dan rencah yang diperlukan, biarkan hingga garing kemudian barulah dimasukkan hati. Kacau selama dua atau tiga minit dan terus padamkan api. Hati bukan sahaja lembut tetapi rasanya lebih enak.

  • Petua untuk menanggalkan getah buah-buahan yang terkena pada pakaian.

Pakaian yang terkena getah buah-buahan jangan terus dibuang. Petua untuk menanggalkan getah itu ialah dengan menabur garam halus sebelum dituang air yang baru mendidih ke atasnya. Lakukan beberapa kali dan kesan getah akan hilang.

  • Petua mencuci pakaian yang terkena minyak.

Mencuci pakaian yang terkena minyak ada caranya. Tuang minyak tanah ke bahagian yang terkena minyak dan sental untuk seketika sebelum digosok dengan limau nipis. Akhir sekali baru dicuci seperti biasa dengan sabun.

  • Petua menuang air yang mendidih pada gelas kaca.

Air yang baru mendidih jangan terus dituang ke dalam gelas kerana ini akan menyebabkan gelas pecah. Cara yang betul ialah meletak sudu aluminium ke dalam gelas kemudian baru dituang air.

  • Petua untuk mengelakkan jemput-jemput daripada menjadi keras.

Untuk mengelakkan jemput-jemput daripada menjadi keras, masukkan sedikit serbuk penaik ke dalam adunan tepung. Satu lagi petua ialah dengan memasukkan sedikit air perahan limau nipis.

  • Petua untuk memudahkan menggoreng ikan supaya tak melekat.

Kuali baru atau yang tidak dicuci bersih menjadi punca ikan melekat semasa digoreng. Jadi sebelum menggoreng ikan, pastikan kuali dicuci bersih. Jangan ada sedikit pun kerak atau sisa-sisa makanan di dalamnya. Jika ikan masih melekat pada kuali, tabur sedikit kulit bawang besar ke dalam minyak dan biarkan sebentar. Ikan bukan sahaja mudah dialihkan tetapi juga menjadi garing.


Nota kaki : http://hendrastar.wordpress.com/2009/02/26/petua-dapur-bagi-wanita-dan-gadis/

BY: BABYBOO

job interview

sedih....

ni lah muka aku yang nyesal tuh..

hohoho nak nangis nya!!!!!!!!!! knp? sebab tadi aku kena interview kira macam job interview ar untuk subjek LSP 403 aku...apa feel aku? oh rasa nak mati jap2 tu juga rupanya gi interview ni..mana tak nya, berdebar dup..dap...dup..dap...even english lecturer aku sendiri yang interview aku, aku rasa macam real wehh..aku rasa macam nak terkangkang kat situ juga sebab nervous wowowowowo macam tu agaknya feel kak dayana waktu interview hari tu..macam tu agaknya feel boo gi interview and coming soon boo akan gi interview for the next position kat IPOH. Hope Boo boleh buat chayork!!!!!!!!!!
Tadi keluar je dari bilik Miss Ajuntha tu, aku rasa nyesal sgt tak jawab baik-baik maybe sgt nervous and tak yakin pun ada tadi tu. maklum lah tak pernah pun gi interview b4 this, yang biasa-biasa ada lah. Yang semangat2 macam tadi tu, 1st time aku buat. Rasa jantungku berhenti 5 minit bila dia tanya " u want ask me queation?" aku macam kelu..kaku..nak tanya apa kat dia..maybe aku tak ready kot waktu tuh..woooooooooo rasa nyesal menghantui wehh tapi xpe, nti real interview at least aku dah tahu nak kne wat pe, ckp pe, ready ape kn..kn..kn..wish me luck wokehh..

p/s : aku exam 13,14,22 and 27 April nih..start praktikal 11 mei..macam mana nih.....TAKUTNYA!

MOOD STUDY : LIAT-LIAT

BY:BABYBOO

Monday, March 23, 2009

i will always love you..my darling you..


If I should stay,
I would only be in your way.
So I’ll go
But I know
I’ll think of you every step of the way.

And I will always love you
Will always love you.
You,My Darling you…

Bittersweet memories
That is all I’m taking with me.
So, goodbye.Please don’t cry.
We both know
I’m not what you, you need

And I will always love you,
Will always love you

I hope life treats you kind.
And I hope you have all you dreamed of.
And I’m wishing you joy and happiness.
But above all this - I wish you love.

And I will always love you.
Will always love you.
Will always love you.
Will always love you.

Will always love you
Will always love you…babe
Will always love you
Darling
Ooh always,I’ll always love you…

P/s : Lagu ni menyentuh kalbuku kebelakangan ni lalu aku tempek dalam blog ni..kah3 khas buat MY BOO dgn ucapan jgn stress2 --> ucapan radio ke ni??

BY:BABYBOO


ROMBONGAN CIK KIAH KE KEDAH

picture aku tgh praktis kuang3

fiza with her mom


ko tgk tu sarung cincin tgk kanan huwoooo gelabah punya pasal silap



Sabtu lepas, salah sorang kawan aku, Fiza sudah pun selamat bertunang dengan jejaka pilihan hatinya yakni rizal yang berasal dr Sabah di bawah bayu..so, kami apa lagi pergi lah membuat rombongan beramai-ramai ke rumahnya yang terletak di Bukit Jenun, Kedah..kami bermalam kat sana selama 4 hari 3mlm disebabkan Jumaat class kami di batalkan, so ptg khamis dah gerak..memang agak penat tapi demi kawan, kami gagahkan juga sampaikan assgmnt aku berlambak tak siap hohoho tapi xpe, assgmnt blh buat tp kawan tunang tak pergi kang kecik hati dia..ramai tak caya fiza ni tunang..ohh aku akan buktikan di blog aku wawawawawawa fiza ko jgn marah aku..kenangan nih..kuang3 sila tatap sume pic ni termasuk pic aku yg menumpang vouge..kihkihkih

BY:BABYBOO

Thursday, March 19, 2009

sepasang swan putih

Sepasang Swan putih sedang bercinta


Tajuk kali ni agak sentimental berteman kan sepasang swan puteh yang tgh bermadu asmara tp mana nak cari swan cantik, puteh gebu warna puteh yang sepasang macam ni? tak kan nak cari kat pakcik google kot kan? kalo ada sesiapa jual aku nak beli..nak buat belaan hihihi minat baru..nak letak kat lake yang tenang wah..romantik gitu..kalo jumpa boleh bli bela kat USM, nak buat lain dari yang lain bg ada unsur tarikan sikit. Ble orang nampak swan puteh sepasang je orang ingat USM hohoho persoalannya--> siapakah orang yg nak derma swan itu? sila jwb laju-laju dgn jawapan yg pasti..bak kata kawan aku, dari bela swan baik bela itik biasa yang bertelur tu boleh kutip telur buat telur masin and jual..>>kepala otak ko fiza..hikhik rajin ko nak jual telur masin..aku nak identiti USM ni terkenal dgn Sepasang Swan Putih yang romantik and Murni..wah...

p/s: siapa nak derma Sepasang Swan Putih sila angkat tangan..tak sabar tgu 18hb april..hikhikhik kte gi shopping ye boo..tp knp msti 18hb?sbb aku cuti study week wohoho ada Gap paper maa..

Tuesday, March 17, 2009

BILA PAPA BAHASA BERSUARA

"Ada satu perkara yang saya minta sebelum saya bercakap tentang nasib bahasa kita, iaitu bila ada pilihan raya, saya harap anda semua gunakanlah kuasa undi dan undilah siapa saja tapi jangan undi Umno,"
Itulah dia kata-kata yang dikeluarkan oleh tokoh bahasa yang dihormati ni. Isu PPMSI ni, aku dah mls nak dengar..pada aku sendiri la, polisi ni agk menyeksa anak-anak kecil dibangku sekolah tambah-tambah yang duduk di kawasan pendalaman ke ape ke mmg hard bagi diorang betul tak??so mcm mane nak maju??yang bahsa Melayu pun terkial-kial nak dapat A, ini kan pulak tukar ke English. kalau yang duduk kat urban area tu gagah jugak la kan diorang nak berusaha. lagi pun urban area paham2 jela kan, influenced la jugak English sikit2 kan.
"Apakah hanya untuk mendapat undi dan kuasa, mereka guna bahasa Melayu, tetapi bila dapat kuasa mereka akan membuang bahasa Melayu. Kalau ada kempen-kempen mereka, kita perlu berani jerit kepada mereka, cakaplah bahasa Inggeris!"


Ha kena lagi. Tengok tangan beliau kat sebelah, silap2 dia buat 'KA ME HA ME HA' (dragonball) naye je.Bukan nak berpolitik tapi tula kan, hak bersuara.kata negara DEMOKRASI. aku tak setuju ngn cadangan polisi ni. lagi pun subjek BI dah ade, kat universiti pun ajar jugak lagi BI.


"Dan juga dalam kempen-kempen mereka pada masa akan datang juga, mereka kena gunakan bahasa Inggeris, jangan guna bahasa Melayu. Kalau nak bermesyuarat pun gunalah bahasa Inggeris kerana bahasa dan minda mereka adalah Inggeris," katanya lagi.

"Baby kat Mascom, ape pandangan pasal ni?ha mesti banyak idea Baby ucuk manje abg sorang ni. berfikiran jauh, berfikiran terbuka, dan matang"=D
(petikan daripada akhbar HARAKAH)
By: BOO

Thursday, March 12, 2009

u/p: Baby
Khas utk baby..love you so much..miss you..maafkanlah diri ini..
By: BOO

Tuesday, March 10, 2009

The most famous cookies in my heart is tarra!!!FAMOUS AMOS is all what i'm talking about. biskut ni amat nyummi and kerangupannya membuat deria rasa aku jatuh hati padanya kali pertama benda alah ni aku ngunyah. rangup 1 hal, sedapnye pulak alamak la kan korang haha Let me tell you guys the story about this cookies. pnjg citenye..nak taip pun mls actually haha so aku pendekkan cite. Citenye ade la sorg mamat nigga ni kan, kawan-kawannya dtg rumah dia, then dia wat la biskut rekaan semata-mata dia ni.
Kawan-kawan dia ckp sedap, boleh dibuat jual mende ni yop!

Sekali dia pun jual la, mula kecik-kecik dulu. jual kat kawan dia yang mkn tu, dan-dan kwn cakap blh wat jual, dia suh kawan-kawan dia tu bayar. nak test market katanya hahaha

Takde la, aku tambah-tambah je citernya huahauhua bukan ape, kalo tak tambh2, tak best ar korang nak baca kan?kan?kan?

p/s: kalo nak makan ade syarat-syaratnya. Kalo tak memang tak boleh makan. syaratnya, BELI ataupun BUAT SENDIR. ha kalo tak buat salah satu ni, memang tak boleh makan. Percayalah.


By: BOO

award winning advertisement exhibition = ADWAVE


para sponsor~


aku gi ADWAVE ni ngan minah-minah ni huhuhu


ni lah Vick Teoh Malaysia Idol tu..



Ni goodie bag yang kami dpt~sponsor sebanyak RM1.5juta


AWAKENING MINDS tema tahun ni..


ni JAZZ BAND yg memeriahkan lagi majlis...best woooooooo~


Muka aku yang terkejut...macam cekodok basi wehhh..



semangat nyanyi2...terhibur..



gaya aku yg mcm ketam senget hahaha



tarian landai turut menghiburkan


tarian singa


makanan free~aku suka..

korang nampak ape kat atas ni? ^ huoooooooooo ni lah projek ADWAVE yang di handle oleh final year mascom student (senior aku) . So, bertempat di DTSP ( Dewan Tunku Syed Putra, USM) pada sabtu lalu, 7 march > kami pun dijemput beramai-ramai untuk memeriahkan lagi majlis.So, aku wajid pergi hahahaha bersama rakanku..

Kami datang awal around jam 9.15pagi sebab menurut pamplet n banner yg di tampal, majlis start pkul9pagi tp biasa lah tunggu VIP n lain2, start area 10 suku. Di sebabkan kami awal, kami diberi freebies ang breakfast huoooooooooo~

Memang happening sangat ADWAVE ni that's why aku suka pergi n paling syok ada artis n mcm2 performance.Makan pun free~hehehe memang sangat serunuk lah kan..kan..

Disebabkan aku ni suka bergambar, so macam2 gambar aku tangkap untuk tatapan u all semua ngehngeh..disebabkan internet kat USM ni agk lembab susu ayam, aku telah menyusahkan boo tersayang untuk tlg uploadkan pic-pic ni hehehehe
(credit to him--> mmmuuuaahhhhh!)


Ha..tetamu jemputan kami haritu ramai tapi yg korang maybe kenal ialah Vick Teoh-Malaysia idol-->>tempek ckit pic dia ala kadar hahaha Pastu kami dihiburkan dengan pelbagai persembahan..

section paling aku suka as usual ialah LUCKY DRAW hadiah agak mewah nilainya tapi aku xpnah pon menang lucky draw ni--> lain kali aku nk pakai baju yg ada tulis 'today is my lucky day tu la' huhuhu

cakap banyak pon xguna, so korang tatap lah pic aku tangkap nih untuk tontonan umum..

BY:BABY

Sukanya budak kecik!

Aku ni suka sgt budak kecik tak tau knp. sebab cute?? aku lagi cute!baby aku lagi cute haha=D
atas ni gmbar Qaseh, ha ank cousin aku. aku suruh dia senyum masa nk amik gmbr dia, skali dia senyum mcm tu, aku pun snap jelaaaa..skali, tu cara senyuman rasmi dia haha
By: BOO

Hilang


Aku suka tgk Baby pkai selendang ni..tapi pg tadi aku dikabarkan oleh baby sendiri waktu dia call aku, dia bgtau selendang yg aku suka tgk dia pkai ni hilang..hilang waktu dijemur..hadui..igt kan org teramik ke ape ke kan..skali, baju pun hilang..sah org amik..
marahnya perasaan ini..grrrrr...
By: BOO

Peristiwa Terpilu

Sori gmbr tak clear hehe camera henset aku tak hebat la..hum ni la keadaan kereta yang dipandu ayahnda beta yang terbabit dlm kemalangan last week..

Nasib baik tak tercampak keluar ke ape ke..Syukur Alhamdulillah...

Hanya tinggal kenangan dengan kereta ni..aku bnyk bwk kereta ni..ke Kelantan, Teluk Intan, Ipoh, Kajang, Terengganu, Sungai Petani. Sebelum hari kejadian, 2 kali ke Johor. dari Taiping ke Johor minyak RM50 sahaja. Wow!save gile..aku sayang kereta ni..tapi sayang lagi kat Ayahanda!



"tunggu buz nak balik kampung atas urusan kekeluargaan. naik buz jela, kereta dah takde.aku pun turut serta".

By: BOO

Monday, March 9, 2009

perfumes.....



Tiba-tiba rasa nak post tentang apa yang aku rasa sekarang..tak tahu kenapa kebelakangan ni hati aku pada minyak wangi je..tiba-tiba rasa nak pergi geledah bodyshop tu cari minyak wangi yang best2 skit..yela, aku kan nak masuk alam pekerjaan dah tak lama lagi, tak kan pakai perfume yang tak matang lagi kot hahahahaha mengong! tapi aku bukan tau sangat perfume yang best and harum..korang kalau tahu tolong bagi cadangan erk..aku nak perfume yang ala matang and baunya kekal and menyenangkan orang sekeliling aku terutama diri aku sendiri ar..kalau korang ada cadangan, sila tinggal kat cbox bawah ni ye..tolong orang dapat pahala wooo...korang bagitahu jenama apa and nak dapatkan kat mana erk...jangan ar korang suruh aku cari kat London ke Paris ke naya ar..okehhhhhhh jasamu dikenang..chow chin chaw..mmmuuuaaahhhhh!!!

p/s: aku asyik lapar je kebelakangan ni, tu pun salah ke?..stress betul..pastu perli2 duit berguni lah apa lah.....maunyer tak terasa...nonsense...aku kerap stress maybe hormon period :(

MOOD --> SEMANGAT NAK MINYAK WANGI : ON
MOOD --> STRESS NGAN PASANGAN : ON

BY:BABY