Friday, July 30, 2010

SEBAK

Salam,

Tiba-tiba di pagi Jumaat nan indah, aku rindu mak abah aku kat kampung..memang selalu rindu
diorang..tambah2 aku dengar lagu ibu...dengan lagu ayah by aeman..sebak plak..

Aku xdpt membayangkan kehidupan aku tanpa mak abah aku.. Aku rasa mcm kosong..mungkin aku susah nak terima..Mak abah aku banyak mengajar aku erti kehidupan..even aku lahir ke muka bumi ini mak abah aku sudah meningkat usia, diorang cuba to be nice and understanding
parents untuk kami adik beradik..aku xtau la mcm mne aku nak balas jasa mereka yang banyak
sgt..

Sebak....................

Aku selalu mcm ni..! knp? knp?????


Aku terasa mcm aku bayi berusia sebulan..perlu di ambil perhatian..mungkin perasaan aku
sejak bekerja..yela, aku kena belajar hidup sendiri dah lepas ni..xboleh harap pada mak abah
dah..tp sedih nya..............

korg rasa x apa aku rasa? sah2 tak! mungkin ada org yg pernah
rasa mcm ni...sesekali tiba2 teringat parents..

Aku nak bantu family aku..mak abah, adik2..jadi anak sulong ni, tanggungjawab berat..Aku
kena kuat..aku xboleh lemah2!

Aku masih punya ramai orang yang menyayangi aku :) mak abah, adik2, boo..kawan2 baik! love
uols bebeh!

Tak lama lagi, Ramadan menjelang tiba..sayu je hati jauh dari keluarga..dulu even belajar
dok jauh dr family, aku dekat dengan kwn2 baik..kwn2 yg memahami! but now..jauh..dah
jauh...jauh dengan family, jauh dengan kwn2 sekepala sejiwa..

jauh dengan kekasih hati..rasa mcm baru nak hidup beb! seksa wa ckp sama lu! myb xbiasa lagi kot..

Ni belum kahwin lagi, dah kahwin lagi la perasaan mcm mne ntah kan...

Kepada sesiapa di luar sana yang mengalami perasaan yang sama mcm aku, kita kena banyak
bersabar, berlagak cool serta selalu dekatkan diri dengan Allah s.w.t..itu sahaja yang buat
kita tenang..

Misi aku sekarang :

1- Cuba happy kan diri sendiri di samping org sekeliling yang tak mengambil kesempatan.

2- mengumpul duit..nak bantu family..adik2..nak kahwin..nk kumpul downpayment kereta.

3- nak jadi pekerja yang memenuhi kehendak semua..bos..kwn sekerja..hope so...maaf kalian,
aku baru..tlg tunjuk ajr ye..

4-mahu jadi kekasih yang memahami. even penat, xcepat melenting..if sedih, xcepat
melatah..sekuat2 wanita , setabah2 wanita..aku nk jadi! yeah!

Bulan ogos bakal menjadikan aku indah...mahu konvokesyen..usaha 3 tahun aku di menara
gading..aku harus buat mak abah bangga. harus jd contoh untuk adik2..aku sudah ke takuk ini!
thanks Allah...syukur alhamdulillah..perasaan syukur yg sukar digambarkan melalui
perkataan..

Bakal menyambut Ramadan...Ramadan bergelar seorang pekerja...Moga Ramadan kali ini bermakna buat kita semua..

jom sambung kerja....

nota kaki : sesi meluah perasaan kebelakangan ni.tq mendengar!

BABYBOO

Thursday, July 29, 2010

Ke Jalanmu...

Ya Tuhan..kau bantu aku..kau lindungi aku..kau permudahlkanlah segala urusanku..kadang2 aku rasa tidak adil, namun berdosa untuk aku pertikaikannya..

Mungkin kealpaan aku kadang kala, membuatkan hidupku susah..

Ampunkan aku Ya Allah...

Tapi kenapa org yang tak solat, terpesong dr akidahmu menindas hambamu yang sentiasa mengingatimu ini?

Adakah ini balasan dari dosa kecilku Ya Allah? jika benar, ampunilah dosa2 lalu ku...

Sesungguhnya hanya padamu aku memohon, mengadu dan meminta..Kau tenangkan hidupku..

Jika ini tidak layak buatku, kau tunjukkan jalan untuk aku kembalu ke jalanmu..untuk kau sayangi aku..

Berika aku cahayamu..sesungguhnya aku xsekuat mana..sesungguhnya aku sgt lemah di antara yang lemah....

BABYBOO

Penyakit Cakaran Kucing




Apa yang dimaksudkan dengan penyakit cakaran kucing, dan bagaimana ianya berjangkit?

Penyakit Cakar Kucing ialah satu jangkitan disebabkan oleh sejenis bakteria (kuman) yang terdapat didalam air liur kucing. Bakteria ini dipanggil Bartonella Henselae dan boleh disebarkan dari seekor kucing kepada seorang manusia yang sihat. Doktor dan para penyelidik percaya bahawa kucing mungkin mendapat bakteria itu dari kutu.

Seseorang itu boleh mendapat penyakit akibat cakaran kucing apabila dia digigit atau dicakar oleh seekor kucing. Penyakit ini terjadi sekiranya kucing yang menggigit atau mencakar itu mempunyai kuman pada kukunya. (Kucing boleh mendapat bakteria apabila ia menjilat kukunya sendiri.)

Dengan hanya satu gigitan atau cakaran daripada kucing, kucing boleh memindahkan bakteria kepada anda melalui air liurnya. Anda juga boleh dijangkiti bakteria pada mata sekiranya anda mencium seekor kucing yang mempunyai bakteria pada bulunya dan kemudian menggosok mata anda. Ramai orang yang mendapat jangkitan ini tidak pasti samaada mereka pernah digigit atau dicakar oleh seekor kucing. Penyakit Cakaran Kucing bukanlah satu penyakit yang teruk kepada orang yang sihat tubuh badannya. Tetapi ia boleh jadi satu masalah kepada mereka yang mempunyai sistem-sistem ketahanan badan yang lemah. Ini termasuk pesakit yang menerima rawatan Kemoterapi untuk kanser, mereka yang mempunyai kencing manis serta mereka yang mempunyai penyakit AIDS. Penyakit cakaran kucing ini juga di panggil demam cakaran kucing.

Apakah Gejala-Gejala Penyakit Cakaran Kucing?
Satu gelembung atau lecur akan kelihatan pada bahagian yang terkena gigitan atau cakaran. Gelembung dan lecur ini akan mengambil masa selama 3 hingga 10 hari untuk kelihatan selepas digigit atau dicakar oleh seekor kucing dan ianya memerlukan masa yang panjang untuk sembuh.

Satu jangkitan pada Kelenjar Limfa juga bolah terjadi, kelenjar-kelenjar paling hampir dengan kesan gigitan dan cakaran juga akan terjejas. Misalnya, jika jangkitan ialah dari cakaran kucing pada lengan anda, kelenjar-kelenjar dalam lengan anda mungkin menjadi kembang dan membengkak serta anda boleh mendapat demam.

Bagaimanakah Penyakit ini Didiagnosis?
jika anda mendapati diri anda telah digigit atau dicakar oleh seekor kucing, doktor mungkin akan dapat mengenalpasti penyakit berkenaan berdasarkan fakta itu. Kemudiannya anda akan jatuh sakit seperti kelenjar-kelenjar di kawasan gigitan atau cakaran mulai sakit, kelenjar limfa juga akan turut bengkak. apabila diagnosis tidak jelas, satu ujian darah mungkin membantu doktor anda membuat diagnosis.

Bagaimanakah Penyakit Cakaran Kucing Dirawat?
Kebanyakan pesakit yang terkena penyakit ini sembuh tanpa rawatan. Selalunya, pesakit hanya perlu mengambil ‘pain killer’ seperti Aspirin dan sebagainya untuk membantu melegakan kesakitan dan ketidakselesaan.

Bagaimanapun, antibiotik mungkin diperlukan sekiranya kelenjar limfa menjadi sakit dan membengkak untuk jangka masa lebih dari 2 hingga 3 bulan . Pengambilan Antibiotik mungkin dapat membantu sekiranya pesakit mendapat demam dan terkena jangkitan pada tulang, hati dan organ-organ yang lain.

Bolehkah penyakit cakar kucing jadi dicegah?
Elakkan diri dari berhubung dengan kucing adalah cara paling mudah untuk mencegah penyakit berkenaan. Walaubagaimanapun anda tidak perlu untuk terus menghapuskan kucing-kucing anda. Sebaliknya anda perlu cuba mengelakkan sebarang keadaan di mana anda mungkin digigit atau dicakar oleh kucing. Seterusnya Jangan membangkitkan kemarahan seekor kucing. Kebanyakan kes digigit dan dicakar kucing adalah disebabkan berlaku provokasi terlebih dahulu terhadap kucing. Anda juga perlu membasuh tangan dengan bersih dan betul selepas mengendalikan kucing dan ia merupakan satu cara yang paling baik untuk menghalang sebarang jangkitan berkaitan kucing.

Friday, July 23, 2010

Kaki busuk! crocs la sgt~


Traik nafas.......uh! ah!ok kita taip semua entry yang musnah tadi..lap air mata *ok tipu xnangis pun! atas kekhilafan sendiri, ko delete entry ko sendiri marina! nak nangis ke nak gelak ni? *kompius...............


ok tadi, aku membuang masa menaip 1 entry yang tidaklah bermanfaat mana pun tapi entry tentang diri aku..tajuknya 'KAKI BUSUK" hahahaha


Kenapa? ok jawapannya sebab aku nak share ngan uols..


korang pernah pakai kasut crocs ala ladies yang bertutup sopan itu?


mesti ada yang pernah kan?


ala..yang selalu buat aku tersadung tu la budus kan?


ok, al kisahnya aku pkai heels gi ofis b4 ni..seminggu lepas keje, adik aku beli la kasut crocs tu..kan kasut tu getah..


aku yang malas nak berheels2 bagai ni meng'songlap' kasut beru beliau untuk di angkut ke sana ke sini ke situ dan ke lain2 tempat..


Permasalahannya di sini beb : kenapa kalo pkai kasut tu, kaki aku berbau?


Berbau beb! getah kowt!


tension2 tapi aku suka ksut tu simple!
mcm mne erk?


maksud aku mcm mne aku nak atasi 'benda' tu? pakai stokin? ala...........skema la pulak..rimas la aku.


pakai selipar je gi keje? hohoho idea bagus! tapi kalo company ni bapak aku CEO nya kan..


Pakai ksut biasa bukan getah?alaaaaaaaaaaa mcm xbest plak nk gerak sana sini..mcm ape jeh..nak2 kalo kasut tutup skema tahap interview tu..lagi koserrrrrrrrr mak xsuka mak xsuka noks!


basuh kaki ngn air limau? hoi! xterlimau kan kalo kasut tu pelik...............


wat dono je bau tu? hotak ko! hahahaha ko xsedar org ramai keliling aku? nak kena maki silalah wat dono hohoho


suh boo belanja kasut lain yg best mcm tu jgk tapi yg xde bau2 n selesa? ha!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! itu yg kita carik ye kawan2! dh ketemui jwapan!


ada sape2 nak bantah cadangan last ni? BERANI KO NAK BANTAH? ;p


sekian..


BABYBOO

merajuk!

Salam...

aku merajuk! sebab entry aku taip pjg berjela musnah huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

tgh menenangkan diri..dr affandy! sila bg i terapi pemulihan~ ouch!

Friday, July 16, 2010

Konvo oo konvo..jubah oo jubah..


MOOD: XSABAR2!

salam uols..

nampak x keserabutan kat kepala otak miong aku ni? xnampak? ha mmg la sebab xscan~

kalo scan, segala mcm wayar bersimpang limpang kat kepala aku ni..*agaknya lah kan
aku tgh keje now, tapi singgah jap nak meluahkan apa aku rasa ni di sini. xkan ko nak melangut je PC BONGKAH ( mcm TV lama) ni 24 jam kn..ko sape??? besar sgt? hehehehe pekerja ala2 je kowt! ouch~ aku mmg mcm ni suka amik kesempatan disebalik kesempitan -------> JGN TIRU GAYA INI DI OFIS


lagi beberapa mgu (lamanya lg) aku nak konvokesyen! Oyeah!!!!!!!!!!!!!! hepi sebab xsbr nk jumpa kwn2 kat sana..hope korg semua pegi ye kawan! aku nk jumpa nih semangat x aku masuk2 kje terus apply cuti konvo? w/pun tnpa gaji lantak kan aje..jnji aku cotiiiiiiiiiii


ok now tgh serabut pk:


1- 31 Julai ni amik jubah, nk kena pegi ke x..mmg la cuti tp ongkos??? dh la 4 ogos nk blk perak nk konvo 5 ogos kat penang..


2- Rumah..nk move ke x dr umah makcik aku tu..yela jauh kot nk g keje even (dekat sebenarnya) tapi hakikatnya nak duk ngn kwn2 1,2,3 ! ok gelak2 cepat) baru la remaja uols!


3- nak amik kete ke x..ha! ni pk gak even mls dh nk pk..bru start keje xkn ko nk amik kete gilo apo???? tp kalo xde kete ko nk naik taxi g blk RM30 hari2??? itu lbh sewel kot huhuhuhu


4- Bisnes ladieshopku~ Owh ini serabut jgk! nk jg hati regular customer tp aku bz kot..keje 8.30 pg- 6ptg tp kdg2 blk mlm..blk2 dh lth..nk tgk order pun xsempat nasib adik aku ada handle kn tp lpas adik aku g U???? sape nk handle??? aku gak kn? oh permudahkan urusanku ya ALLAH


5- puasa ( jom gilir3 gelak kan aku) aku xhbs ganti puasa lagi hahahaha kne genti cepat2 tp aku ada msalah air dlm bdn! aku xleh kalo xamik air putih secukupnya dlm bdn, aku akn jd haish~ ntah laaaaaaaaaaaaaaaaaa agk stress tnpa air masak! tp ibadah tetap harus dibayar Mar! caiyokkkkkkk!


6- senyum... aku jarang dh senyum2 ni kat opis..gila kau nk senyum tetibe??? hal ini kerana aku xde teman utk melemparkan senyuman manis hek ko!) aku ni..akak2 sni senyum skit2 je aku plak jenis suka sengih2 gelak2 sepanjang masa, haruslah kedut muka aku xsenyum! wei keje la sni kita main lwn senyum!


7- PC dan internet! ha ni msalah no.2 antara msalah di atas selepas senyum hahahhahaha PC aku ni PC zaman dinasour yg mcm bongkah TV lama tu (imagine cpt!) biase aku pkai Flat screen kat bilik berita USM tp cni hohoo jeng3!harus lah aku semot nk menaip..........internet plak sebal2 lagi la..wartawan lah sgt kalo xde internet ko nk tahu news cane? sape nk menjawab??


ha ni jela aku nk update hari ni..gigih ni menaip w/pun aku dh nk beku kat opis ni..leh x nk opis pkai kipas je? aku rimas r sejuk2 ni skt2 bdn je..belum tua body dh nk expired..oh tidak!!!!!!!!!!!!!!!!


p/s: aku dh blh keluar parking dh tp skit2 jela hohoho jom sengih2! frendz jgn lupa jnji kte adegan baling2 topi okeh ^_^


BABYBOO



Tuesday, July 13, 2010

bernafas..


salam..lama aku xupdate blog ni tapi lagi lama boo xupdate kan?kan? see...dia mmg tau :( ok2 now nak cte pasal keje..kn aku dh bergelar wartawan..

so korg phm2 la reporter ni kecoh je sana sni tambah2 aku baru ei! helooO blur amat!


mana x blur, dlu praktikal kat TV9, broadcast journalist, pastu final project buat newspaper..alih2 keje tetibe tercampak ke magazine hiburan! owh! apakah??????? tp xpe, aku pelan2 kayuh beb!

sape yg mula2 keje trus hebat kn sah2 sama je kte semua (cewah aku xnk kalah hahahaha) <-- tutup kurungan!


keje mag hiburan ni mind set
kena tukar........huhuhuhu! harus byk idea..kena kembangkan otak aku yg sempit ni nk Pk mcm2 angle! adei............seksa den!

pape pun doakan aku tau..now aku drive ke tempat keje sendiri okeh! boo tiada di sisi :( pagi2 di shah alam kete berlambak gilerrrrrrr harus aku terketar2 tp now dh lancar!

ke mane2 dh aku bwk si puteh boo tu..harap xtersagat kete org..


pagi td huwaaaaaaaaaa aku terundur over plak terhentam tembok batu tercalar si puteh ouch! sedih sakit!
maaf boo :9 boo kata xpe, asal aku selamat n xlanggar kete org..

makasih dear..................
love u muah!

ok la nk mandi..letih plak td teman alin g photoshoot raya..now nk ressssT~ ^_^ bubaii!

Friday, July 9, 2010

T_T aku xbiasa..

salam...

akhirnya genap seminggu aku kerja kat karangkraft ni...

majalah media hiburan cukup menyeronokkan...environment keje yang best!

tapi..................aku masih xbiase..

masih xdpt ngam lagi dlm dunia keje ni..hope akn ok semuanya..

xbiase....................................................

xbiase...............T_T

ok, siapa yg minat media hiburan, beli la yek cari gambar aku ops!

Sunday, July 4, 2010

ketenangan

Salam...

makin hari makin jarang aku hapdet blog ni..bz? buat2 bz selalu la nk kata bz tahap aku nk berak pun xsempat..tipu ah!

aku sempat je ke sne sni tp urusan biz la ladieshop..

teman2~aku ada msalah............

doakan masalah aku cepat settle ye..

sgt xtenang now......mcm mne nk masuk keje kalo xtenang..

esk hari 1st aku ke tempat keje..

moga Allah permudahkn segala urusan aku hendaknya.........

rindu saat bergelar pelajar..

ok ada sesiapa pelajar USM??meh beli tdung ngn akak meh murah2! akak pos kat bilik uols meh~

^_^ blh tlg2 akak biz sama...nk x?

contact me :)