................................

Friday, April 10, 2009

politik di internet


Teknologi komunikasi terutamanya internet dilihat sebagai medium utama hal ehwal politik. Terdapat beberapa persoalan yang perlu dijawab apabila membincangkan tentang perkaitan teknologi komunikasi dan politik. Persoalan tersebut ialah sejauh manakah kewujudan teknologi komunikasi iaitu internet digunakan sebagai medium untuk membincangkan hal ehwal politik? Adakah masyarakat mempunyai peluang yang penuh untuk berbincang hal ehwal politik menerusi internet? Apakah pula kebaikan dan keburukannya kepada politik negara? Persoalan-persoalan inilah yang akan dijawab dalam artikel ini.

Dalam era globalisasi yang semakin mengejar kepesatan pembangunan, penggunaan internet kini semakin meluas dan memainkan peranan penting dalam kempen pilihanraya. Melalui situasi ini, internet menjadi alat penting kepada pengkritik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk mempengaruhi pandangan umum. Hal ini membuatkan kita menerima medium digital sebagai media alternative bagi saluran meluahkan pandangan.Bukan sahaja kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), tetapi kecanggihan teknologi kini turut mengalu-alukan penglibatan masyarakat terhadap proses politik negara. Melalui teknologi kini, masyarakat berhak menyuarakan pandangan dan pendirian mereka sendiri tanpa sebarang sekatan.

Terdapat unsur kebaikan terhadap proses politik juga pemerintahan demokrasi di negara kita. Hal ini dapat dijelaskan lagi melalui peranan teknologi seperti internet, yang mampu melebarkan maklumat kepada masyarakat. Melalui penyebaran maklumat yang meluas, masyarakat dapat mengetahui setiap isu yang berlaku dalam dunia politik negara. Selain itu, apabila rakyat menggunakan medium internet untuk membincangkan hal ehwal politik serta meluahkan ketidakpuashatian dengan kerajaan, ia boleh menyedarkan pemerintah tentang kesilapan yang dilaksanakan dan memperbetulkan kesilapan tersebut untuk kebaikan rakyat.

Dalam pada kita menitikberatkan penggunaan teknologi dalam politik, kita harus sedari bahawa kehadiran teknologi komunikasi dalam arena politik ini tidak semestinya membawa kepada kebaikan semata-mata. Juga terdapat banyak keburukan yang diperolehi. Antaranya, sikap masyarakat atau pihak berkepentingan yang bersikap ‘ baling batu sembunyi tangan ‘. Hal ini akan menimbulkan konflik yang tiada kesudahan kerana ia terus dianggap sebagai hanya sebagai khabar angin yang tidak pasti untuk dipercayai atau tidak. Ini berikutan maklumat yang disampaikan melalui email boleh dimanipulasi dan dihapuskan, sehingga sulit untuk dijadikan bukti.

Ekoran daripada unsur kebaikan dan keburukan, munculnya kesan yang terdapat dalam penggunaan teknologi terhadap politik. Antaranya ialah dapat membantu parti-parti politik dalam menstabilkan pentadbiran negara. Namun begitu, penggunaan teknologi komunikasi ini juga boleh menyebabkan kekecohan berlaku berikutan maklumat yang belum pasti kebenarannya.

Kesimpulannya, teknologi komunikasi terutamanya internet sememangnya memberikan peluang yang meluas kepada masyarakat untuk melibatkan diri dalam perbincangan dan perdebatan tentang hal ehwal politik. Ini boleh diandaikan bahawa internet berfungsi sebagai sfera awam yang memberikan peluang kepada rakyat untuk mengeluarkan pendapat tentang politik. Namun begitu, perbincangan politik menerusi boleh memberikan kesan negatif kepada masyarakat dan negara jika tidak digunakan dengan sebaiknya oleh masyarakat.

NOTA KAKI: ni antara article yg kami buat utk subjek sem lepas...---> (http://blissourteam.blogspot.com)

BY:BABYBOO

Wednesday, April 8, 2009

Di tag aizat

aku di tag oleh si aizat nih~

Upload picture yang anda gemari dan jawab soklan dibawah

Kenapa anda suke gambar ini?

Sebab kat picture ni mata aku nampak ketara colour hazel = asli weh
lagipon gambar ini kerap kali di puji boipren aku hohoho

Bila kali terakhir mkn pizza?

Pizza hut ke?kalo pizza biasa aku baru je mkn beberapa minggu lalu = tak hingat

Lagu terakhir yg anda dengar?

Did u get my message by Jason mraz. aku play MP3 kebetulan wkt aku post entry ni lagu tu berkumandang wehh huhu

Apa yg anda buat selain selesaikan tag ini?

minum tea o panas yg aku buat sendiri okehh (aku pandai buat tea yeye!)

Selain nama sendiri anda suka dipanggil dgn panggilan apa?

  • baby (panggilan dr my boo)
  • maina (abah panggil xde R di situ ye)
    kak ngah ( mak panggil kadang2 )
  • rumate(iza panggil) itu sahaja!
  • jgn panggil nama lain aku tampor nti kn aizat kan..ngeh3

Tag lagi 5 org *soalan seterusnya ada kaitan dengan org yg anda tag!

  1. eleida
  2. asnacute
  3. youjie
  4. sis yana
  5. ana

Siapa no 1 pada anda?

coursemate aku yang senget yang suka tukar2 skin blog dia huhu sila jwb tag aku nih makcik~

no.3 ada hubungan ngan sape?

hubungan cinta dengan boo dia huhu arini besday boo dia, sok besday dia!

Kata sesuatu berkenaan no 5:

cousemate aku gak yang merupakan kwn seperjuangan aku praktikal nti di mdia prima!dia sdg di lamun cinta wehh wink!ops!

Bagaimana dgn org no 4?

kawan blog yang rajin update blog and blognya colorfull wehh gi mlawat cpt~ lari!!

Siapa org no 2?

kawan blog yang rajin makan n jejalan ngan dear dia..dia ni dh keje n sambil blajo~ kamoo di tag! huhu

p/s : aku dah jawab tag ko aizat . kengkawan jgn lupa jwb tag di kala kamoo free (percuma) huaaaa lalalalalala

BY:BABYBOO