Thursday, September 4, 2008

peristiwa bingit di shah alam

Kadak Bassis
bittersweet di UiTM Kedah
Rimza Aku Emmet


30Ogos2008-Dewan Kompleks Sukan,UiTM Shah Alam. Satu peristiwa yang agak menarik untuk dikongsi dengan pembaca telah berlaku sekitar jam 2.00pm. Program anjuran Celcom Xpac yang diadakan sempena Feskem 2008 di UiTM itu telah mengadakan beberapa program antaranya gig Outloud yang penulis sendiri hadiri untuk menyaksikan kemeriahan dan kebingitan gig yang diadakan di dewan kompleks sukan UiTM itu.

Gig yang diadakan bermula 29Ogos hingga 30Ogos sahaja. Walaubagaimanapun, aku hanya menghadiri gig pada 30Ogos sahaja berikutan faktor tenaga di mana aku agak kepenatan berkerja mencari rezeki pada 29Ogos. Menurut kawan aku, 'rimza' memberitahu bahawa pada 29Ogos, gig itu dihadiri oleh, Suki dan Hujan.

Pada malam itu juga telah berlakunya satu peristiwa battle of the band antara student UiTM. Pelbagai ragam juga yang muncul di pentas merah itu, di mana di situlah tempatnya untuk anak-anak muda IPTA berkreatif dan beradu jari, tangan, kaki, suara, dan tenaga yang ada untuk menonjolkan bakat masing-masing.

Rimza, kawan aku sendiri dapat satu kenangan manis pada malam itu, di mana sewaktu band Hujan perform, sempena ketiadaan Noh, beliau mengangkat tangan tanpa segan silu nak ganti tempat Noh di atas pentas bersama Hujan. Bestnya beliau apabila, terpilih untuk menggantikan tempat Noh. Mlangnya, hahaha sebab terlalu excited, Hujan yang mainkan lagu 'bila aku sudah tiada' masa itu, Rimza lupa lirik, langsung tak ingat waktu tu. Tapi nasib agak baik sikit bila ada ahli Hujan yang backup memandangkan rimza terlalu seronok di atas pentas hingga lupa untuk mengeluarkan suaranya nyanyikan lagu tersebut. Kenangan macam tu, memanglah sukar dilupakan.

pada 30Ogos, aku ke Shah Alam seorang diri dari Seri Kembangan. Aku sampai awal di flat habitat rimza, membolehkan kami solat Zohor terlebih dahulu dan sempat memuaskan perut yang kelaparan. Setibanya kami di dewan, band dari UiTM yang menang dalam acara battle of the band pada malam itu sedang membuat persembahan. Vokalis yang berbadan besar tersebut, mempunyai suara yang agak okey. boleh jadi macam vaokalis one buck shot ni, cuma perlu banyak sikit senaman dan belajar untuk mengayakan diri. All the best bro!

2.30pm, artis yang mula membuat persembahan pada hari itu O@G. Bermula dengan lagu baru mereka sempena hari menyambut kemerdekaan, mereka telah mencipta lagu bertajuk Merdeka. Crowd agak kekeliruan kerana tak tahu lirik disebabkan lagu tu teramatlah barunya. cume di saat chorus, crowd menyanyikan sama2, 'merdeka merdeka,mer de kaaaaa..' dan kemudian mereka memainkan lagu seterusnye dengan selumber je yang bertajuk Slumber dan diikuti lagu yang aku tak berapa nak pasti tajuknya.

lagu terakhir yang mereka mainkan is 60's tv. lagu ni, memang aku semangat nyanyi sama-sama sebab aku teramatlah hafal lirik lagu ini. Radhi berabut panjang degan gaya gila-gilanya buat pentas kelihatan amat hidup dan happening hingga beliau sendiri pening berpusing macam gasing.

Kemudian di ikuti dengan sebuah band yang di beri nama Abstrak Hingga ke Bulan, sebuah band di mana vokalis adalah perempuan dan vokalis serta basis adalah bekas pelajar UiTM juga suatu ketika dahulu. Antara lagu yang dimainkan bertajuk menanti, seakan-akan nyanyian Ella. Band ini yang kelihatan ahli kumpulan yang tidak begitu sepadan dari segi umur, di mana antara ahlinya yang sudah berumur berdasarkan dari segi rupa, gaya, dan cara pembawakan muziknya. Pada aku, mungkin tak sesuai kerana cara pemikiran kini dan dahulu berbeza. itu, pendapat aku, dan lain orang, lain pendapat. Tapi overall memang ok jugak band ni. memang cocok sampai ke bulan.

Bau come up with vokalis yang tinggi berbadan tegap menyayikan beberapa buah lagu mereka termasuk sebuah lagu yang dijadikan lagu tema drama Cindarella di TV3. Overall memang ok sahaja band ni main. keyboard player dia pun macam happening jugak. well guys, nice performance.

stage semakin hangat dengan hadirnya kegilaan Lan iaitu Meet Uncle Hussein. Mulaya degan lagu la la la la..la la la la la la..kerjalah. di sini, kebanyakan crowd nyanyi sekali, di mana aku juga turut berlala. dan diteruskan degan beberapa buah lagu lagi dari album mereka yang turut juga memainkan lagu yang paling aku gemari dari band ini iaitu Lagu Untukmu di mana aku nyanyi lagu ini bersama sehingga habis.

Lan kelihatan agak agresif sehingga ada satu ketika dia terlepas stand microphone sehingga terkena guitar si guitarist mereka membuatkan guitarist tersebut berang lalu menendang stand tersebut bagaikan bola yang tiada angin. Jumpa Pakcik Hussein mengakhiri persembahan mereka dengan memainkan lagu Allahyarham seniman negara bernama Sudirman, lagu Balik Kampung. memang macam siot.

Stage kembali hangat dengan kehadiran sebuah band bergelar They Will Kill Us All. memang mereka membunuh aku. membunuh jiwa aku yang nak tengok performance band fav aku, tapi tak mati lagi. band ni memang gempak habis, dengan kenyaringan bunyi guitar, di mana pemainnya nampak professional begitu juga dengan gaya persembahannya. aku tertarik dengan lagu mereka bertajuk Running Into Space, sound like in hall di mana bunyi bergaung membuat lagu ini aku rasa penuh. tidak ku tahu ape yang penuh, tapu penuh.

Dari jauh, kelihatan ramai artis mula masuk untuk persembahan seterusnya. Kelihatan abang rom dari majalah ROTTW juga turut hadir untu membuat liputan. Seterusnya persembahan dari sebuah band yang kini sudah mula di kenali oleh rakyat iaitu Bittersweet. Kali ini, persembahannya pada aku tak semantap persembahan mereka sewaktu mereka membuat persembahan si UiTM Sungai Petani.

Kali ini, silap yang saya nampak yang membuatkan persembahan mereka masa itu tidak mantap adalah dari segi voleum lead yang terlalu rendah, sehingga apabila tiba time for solo, tidak begitu kedengaran. jadi, tak menyerlah muzik yang dimainkan. Pijie yang nampak lembut nyanyi dengan tersenyum bile crowd mnyorakkan nama beliau.

Seterusnya crowd terus berkomplot buat bising dalam dewan tersebut bersama-sam band Komplot yang tampil dengan gaya tersendiri dan lagu-lagu yang mempunyai cara dan gaya muzik yang tersendiri. Keunikan band ini adalah dengan adanye pemain trompet yang memainkannye bergandingbahu dengan lead guitar. Ketika ini, crowd dah mula kepenatan dan semua sudah kelihatan tidak begitu happening. akan tetapi......

Apabila selesainya persembahan dari Komplot, crowd mula bangkit dengan sebuah semangat yang lain macam. Kelibat pemuzik Malaysia yang memperjuangkan muzik tanahair mula kelihatan masuk. Keramain sudah mula melaung-laungkan nama-nama ahli band tersebut. Band yang dimaksudkan adalah king of underground, BUTTERFINGERS. sejak dari mula, bila pengacara bertanyakan band ape yang ada hari ini, crowd menjerit "Butterfingers!!". Maka memang terbuktilah, inilah band yang dinanti-nantikan. Kelihatan Emmet, Loque, Kadak dan Loco masuk di pintu dan berborak-borak dengan band-band yang telah melakukan persembahan. Kadak mula-mula naik ke stage melambai-lambai crowd, setting yang perlu dan..

Emmet start with his nice smiles dan ucapan kata-kata aluan. Streaming guitar akustik dari Emmet dengan bunyi bergema yang unik daripada guitar loque membuatkan aku terasa seperti memakai earphone walkman sony ericsons dan mereka trus memulakan lagu bertajuk, Bebas di mana crowd turut sama menyanyikan lagu tersebut. Paling kuat crowd menyanyi sama-sama ketika part enjit-enjit, semut siapa sakit naik atas. Mereka meneruskan lagu seterusnya yang bertajuk, Joget. Lagu ini yang menyedarkan rakyat dan pihak media, semasa lirik di hujung lagu ini "ubah ubah ubah ubah..kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan". Lirik ini menekankan ketaksuban pihak media yang memuja lagu-lagu pendatang asing, selain meminggirkan pemuzik Malaysia.

Seterusnya lagu yang dimulakan dengan rolling drum yang simple, Maharani. Lagu ni sedap dengan oohhh..ooohh.."mereka kata aku gila, lagilah aku suka, otakku geliga, fikiran luarbiasa". Selepas habis lagu Maharani, loque membingitkan bunyi guitarnya dan perlahan beliau step into the next song, lagu yang ada juga kadang-kala terdengar di stesyen radio iaitu 1000Tahun. Crowd menyanyi lagu ini bersama-sama.

"Kembali,ku mahu hidup 1000 thaun lagi". Di akhir lagu ini, Emmet turun keluar dari stage dahulu sambil melambai ke arah crowd, dan di ikuti Loque yang meninggalkan sound effect guitarnya menemani Loco dan Kadak, dan akhir sekali, Kadak menamatkan lagu dengan petikan bassnya yang simple, bersahaja, dan amat baik di saat akhir sepeti itu.




-boo-

No comments:

Post a Comment