Tuesday, January 20, 2009

hari aku ketawa ngekek-ngekek

*Rasa boring? Tak tau nak buat apa, dah tu otak jenis takde sense of creativity pulak kan..apa kata korang cuba antara idea di bawah ini.

Apa boleh di buat dengan kotak kosong?

  • buat tempat kucing beranak
  • bermeditasi dalam kotak
  • jadikan sebagai rumah kedua
  • buat meja pastu bubuh alas kain corak-corak ye!
  • buat sampan untuk cicak, semut, mentadak dan sebagainya.
  • try serkup kepala bapak mertua korang.
  • untuk cover alat sulit jika di peras ugut (maknanya pakaian luar dalam pun di samun)
  • masuk dalam kotak dan suruh adik tarik, macam main tarik upih tu.
  • bina jadikan robot gundam
  • kalo rasa muka agak hodoh, boleh buat tutup muka untuk mengelakkan serangan sakit jantung kepada orang awam.
*moral - manafaatkan la kotak kosong sebaiknya kerana ada kala ia amat berguna even untuk packing brg wkt abis sem ye (bdk2 hostel sedunia)



*Di sebuah ofis yang ntah mane-mane ofis :


Lan : Mat, bos panggil ko.

Mat: apasal weh?

Lan: Ntah, mane lah aku tahu


Bos : Ha Mat, masuk...Mat, saya nak tanya awak sesuatu

Mat: apa dia bos?

Bos: awak percaya tak khidupan selepas mati?

Mat: tentulah percaya, sebagai umat Islam kita mestilah bla..bla..bla..

Bos: bagus la gitu..

Mat: knp bos?

Bos: minggu lepas awk ada amik cuti sebab datuk awk meninggal, baru pagi tadi dia cari awak kat ofis

Mat: errrr...yeke bos....(muka mcm taik)

*moral - tlg la bg reason yg munasabah skit even terpaksa menipu bos kamu (bagi yang dah keje ye *incik Boo)

p/s : sumber di peti dari UJANG 2009 ( tu pun pinjam kwn jiran aku sebab bosan tak tau nak buat apa even asgmnt blambak2)

No comments:

Post a Comment