Saturday, April 4, 2009

mari sama-sama happy




Sekarang masa untuk kita happy bersama..walaupun tengah bersesak-sesakkan dengan bebanan yang tidak mampu di papah dengan bahu sendiri wah3 Pendek kata pura-pura happy pun takpe asalkan jangan bermonyok --> aku cukup bengang orang yang suka monyok2 tak tentu pasal bikin hangat hati je kalo muka tu cantik takpe la kan nak monyok ke apa ke ni tak muka cam huh.....

Bagi seorang manusia, sesuatu yang paling penting adalah kegembiraan. Dengan adanya kegembiraan segalanya pasti akan menjadi milik anda. Gembira dapat menghilangkan kesedihan, gembira dapat menghilangkan kesakitan, gembira juga dapat menghilangkan keresahan. Pendek kata, anda boleh memprolehi apa sahaja jika anda gembira. Bak kata Joe Vitale di dalam bukunya ‘attractor factor ‘ kunci kejayaan adalah kegembiraan. Jadi tidak rugi sekiranya kita memberi dan berkongsi kegembiraan dengan individu yang lain. Tidak salah sekiranya berkongsi kegembiraan jika ada individu disekeliling anda yang menderita dalam kesakitan. Peganglah prinsip, anda akan gembira jika melihat individu lain gembira. InsyaALLAH saham kebahagiaan dan kagembiraan tersebut juga menjadi milik anda. Bukankah ianya juga satu keuntungan bagi diri kita. Inilah yang dinamakan hukum ganjaran.

nota kaki : http://lincomel.com

BY:BABYBOO

No comments:

Post a Comment