Salam aidilfitri.
W/pun dah lama syawal muncul namun kemeriahannya masih terasa. Entah2 ada yg dalam kalangan korang yg masih di kampung kan? Ok itu over. Aku jeles hahaha
Amacam syawal tahun ni?di raikan meriah?alhamdulilah bagi aku sekeluarga meriah namun ala kadar :-) seronok raya tahun ni ada budak kecik kat rumah. Yela dah ada baby kannnn..so,dua2 belah rumah parents n PIL la ada baby :-) yela ank aku la anak sape lagi?haiyoooo
Setelah berbincang 30kali,kami sebulat suara memilih utk tahun ni raya pertama di Teluk Intan iaitu kampung opah suami aku. Ye,dia masih punya opah lagi alhamdulillah sebab aku sudah tiada atuk n opah dua2 belah ibuayah aku. Ibuayah ku ank yatim piatu hukhukhuk tahun lps raya 1st at my kampung,so raya ni bagi adil lah. Raya kampung beliau :-)
Keluarga dia mmg ramai,bergegar rumah. Pagi raya bermaaf2an n mkn2 n beraya2,ptg tu lps asar blk kampung aku plak kat kuala kangsar. Duk 1 negeri blh la lari2 kannnn cuba kalau sorg sarawak sorg kedah. *pitam
Ptg tu bertolak 6.30ptg dr Teluk Intan sampai kuala kangsar dekat 10mlm angkara jem ya amat! Insaf dah nk blk ptg or mlm raya T_T
Raya pertama sempat beraya dua buah rumah je iaitu rumah wan cik(mak sedara suami) n rumah ayah long (ayh sedara suami di Taiping) tahun ni xsempat nk terjah sangat. Mybe tahun depan perlu planning awl2..
Tahun ni suami amik cuti seminggu. Tahun dpn harap2 dia dpt cuti jgk. Kami bahagia beraya bertiga. Alma dapat duit raya huyoooo best! Nanti kita buka akaun tabung haji ye alma :-) best plak jadi ibu kpd bdk kcik ni sbb asik dpt duit raya je hihihi
SALAM LEBARAN MAAF ZAHIR BATIN DARI KAMI SEKELUARGA :-)
No comments:
Post a Comment