Tuesday, November 12, 2013

Coretan EMOSI

Assalamualaikum..

Semua sihat? korang tengah buat apa? dah sarapan? Orang Sabah sarawak dah nak lunch kot gamaknya jam 10pagi :p

Lately aku xberapa nak ada mood la..xtau pasal apa. malas je rasa nak buat apa2. hati ni cepat sgt sensitip! tak boleh org cakap lepas skit, aku mula la nak sentap & terasa. yang orang cakap lepas pun satu hal..perlu ke menyakitkan hati org secara tiba2? ei nyampah nya....memang malas la aku nak melayan. DOWN je.

Rasa nak pergi bercuti je. kalaulah petik jari je keluar duit, memang perkara pertama aku nak buat adalah HOLIDAY. Tenangkan fikiran & jiwa. SHOPPING secara meriah dan makan pelbagai menu secara DIET.ehhh? hehehe 

Nak buat keje rumah pun aku malas je lately. Aku terasa xde apa sangat pun beza aku buat dengan xbuat. Apa berlaku sekeliling pun malas nak fikir. maybe kena TERAPI ni. Kalau dapat HADIAH ke..HOLIDAY ke baru ada mood kot. 

Ingat nak reward beli sesuatu utk diri sendiri bagi lebih bersemangat sikit nak tempuh hari2 mendatang ewahhhhh Tapi nak beli apa ye? Duit kalau meriah xpela ni yang hadoooo je hehehe rasa lemau je nak buat keje..nak jaga alma pun rasa nak xnak je. kalau alma buat perangai, aku kdg tengok je..... kenapa kenapa kenapa?????

Rasa nak menangis pun ada...kadang teringat mak abah kat kampung rasa nak balik kampung seminggu dua je jaga abah yg tgh xsihat tu :'( Bila cerita tentang Abah mula la bertakung air mata. Abah xsihat.....mak pun xkuat nak jaga abah...Aku kat sini asik fikir je tentang mereka. Tapi aku sekarang dah berkahwin. Ada komitmen family sendiri. Tapi kadang2 jenguk juga mak abah. But dah xmacam dulu la lepak lama kat kampung sebab dah ada anak n suami :'( ada tanggungjawab lain.

Hari ini hari Selasa kan? lambatnya Sabtu.....lambatnya....cuba sebolehnya nak memenuhi kehidupan sehari2 dengan aktiviti berfaedah & menenangkan tapi baru nak amik masa utk diri sendiri,anak dah meragam nak aku layan. Nak itu la ini la...memang xde la nak berehat sangat. xpela semua itu pahala. 

cuma aku perlukan mood itu kembali. mana mood..mana..mana.......mood..come to me bebeh~

*korang pernah rasa x perasaan huru hara mcm aku lalui ni?


No comments:

Post a Comment