................................

Tuesday, August 27, 2013

Kisah di Hari Jadi :-)

Salam

"happy birthday to u..happy birthday to u..happy birthday to ibu..happy birthday to u"

Teringat2 incik suami dan cik anak (alma) nyanyi lagu hari jadi utk ibu kat restoran smlm.
Actually xtau pun apa plan incik suami. Pada mulanya mcm bosan je tarikh besday jatuh pd hari isnin. Suami i dah la xbyk cuti...sure xde jln2 n mkn2 punya. Redha jela.

Alih2 semalam ptg dlm pukul 6ptg,dia blk keje terus suruh aku siap2..katanya nk ajk gi mkn. Aku pun lps solat trus siap2 tapi sempat tny dia "abg..nk pkai biase ke lawa2.." ayt pompuan mengharap kn??? Hahaha
He said "pakai utk sambut besday la syg" terus aku senyum dlm iman :-P
Dalam perjalanan dia asik tgk jam je. Bila aku tny mkn kat mne dia kata mne2 je...

Sesampai di lokasi,dia parking kete,amik alma n trus masuk restoran tu laju2 sbb rintik2 hujan,takut alma kena ujan. Aku masih melenggang lenggok sambil bwk beg kamera. Masuk2 je aku tgk dia dah ada seat.

Tibe2....

Aku : huyoooo abg..ada lilin2 ni knp? (sambil tgk meja2 sekeliling yg lain xde pun lilin)
Dia : kan harijadi :-)
Aku : *senyum :-) abg dah order ke?
Dia : dah syg..
Aku : alaaaa b xorder pun.
Dia : abg dah order kan..
Aku : senyum :-)
Rupanya dia mmg dah booking meja n order menu.

Beberapa minit kemudian dtg la waiter hantar orange juice n choc blended. Pastu anta menu2 lain. Yang paling best ada cake! Muahahaha gelak happy :-)

Maka mkn la kami 3 beranak sambil senyum2 n pegang tgn *gituuuuuu
Candle lite dinner di harijadi mmg syok!

To husband : thanks syg di ats surprise tersebut. Love u! Tahun dpn blh la buat lg hihihi B terima je seadanya :-) love u!

Ok husband kata hadiah delay sbb flight delay. Hahaha hadiah beli on9 tp xsampai lg sbnrnya. Xsabarnya!!!

Syok raya bertiga :-)

Salam aidilfitri.

W/pun dah lama syawal muncul namun kemeriahannya masih terasa. Entah2 ada yg dalam kalangan korang yg masih di kampung kan? Ok itu over. Aku jeles hahaha
Amacam syawal tahun ni?di raikan meriah?alhamdulilah bagi aku sekeluarga meriah namun ala kadar :-) seronok raya tahun ni ada budak kecik kat rumah. Yela dah ada baby kannnn..so,dua2 belah rumah parents n PIL la ada baby :-) yela ank aku la anak sape lagi?haiyoooo

Setelah berbincang 30kali,kami sebulat suara memilih utk tahun ni raya pertama di Teluk Intan iaitu kampung opah suami aku. Ye,dia masih punya opah lagi alhamdulillah sebab aku sudah tiada atuk n opah dua2 belah ibuayah aku. Ibuayah ku ank yatim piatu hukhukhuk tahun lps raya 1st at my kampung,so raya ni bagi adil lah. Raya kampung beliau :-)

Keluarga dia mmg ramai,bergegar rumah. Pagi raya bermaaf2an n mkn2 n beraya2,ptg tu lps asar blk kampung aku plak kat kuala kangsar. Duk 1 negeri blh la lari2 kannnn cuba kalau sorg sarawak sorg kedah. *pitam

Ptg tu bertolak 6.30ptg dr Teluk Intan sampai kuala kangsar dekat 10mlm angkara jem ya amat! Insaf dah nk blk ptg or mlm raya T_T
Raya pertama sempat beraya dua buah rumah je iaitu rumah wan cik(mak sedara suami) n rumah ayah long (ayh sedara suami di Taiping) tahun ni xsempat nk terjah sangat. Mybe tahun depan perlu planning awl2..

Tahun ni suami amik cuti seminggu. Tahun dpn harap2 dia dpt cuti jgk. Kami bahagia beraya bertiga. Alma dapat duit raya huyoooo best! Nanti kita buka akaun tabung haji ye alma :-) best plak jadi ibu kpd bdk kcik ni sbb asik dpt duit raya je hihihi

SALAM LEBARAN MAAF ZAHIR BATIN DARI KAMI SEKELUARGA :-)

Sunday, August 4, 2013

1st time raya ada baby :-)

Salam,

Alhamdulillah kita sudah hampir selamat menunaikan ibadah puasa tahun ni. Syukur masih di beri kesempatan hingga ke detik ini,alhamdulillah ya Allah. Terasa sayu nk meninggalkan Ramadhan. Perasaan tenang,gembira di bulan Ramadhan membuatkan kita sayang nk tinggalkan bulan mulia ini. Namun masa silih berganti T_T

Syawal bakal menjelma bg meraikan kemenangan kita melaksanakan ibadah2 dlm bulan ramadhan. Di harap segala amalan kita diterima Allah SWT wallahualam..

Ok tahun ni aku sambut ramadhan bertiga :-) tahun lps bulan puasa,aku tgh sarat mengandung. Tahun ni alhamdulillah ada baby menemani ibuayah sahur n berbuka (sebok je bangun time ibuayah sahur huhu not gud not gud)

Seperti mana ibu2 lain,aku pun turut mementingkan persiapan ank lbh drp diri sndri.. Yela dia pestime nak raya kannnnnn harus la persiapan istimewa ckit. Excited beli kasut dia,baju dia,sepit rambut pun harus ada! Baru la gegurl hihihi

So,insyallah tahun ni kami beraya bertiga :-) xsabar plak hati kita ni kan! Yg penting sesi salam2.sbb alma dah pandai salam-salaman. Owh penuh la tabung alma mcm ni hihihi pakcik makcik alma jgn lupa ank buahmu ye muuaaaahhhh! Sambil kenyit2 mata (bodek) hihihi

Kepada kawan2,sahabat jauh dekat,sanak saudara jauh dekat,atuk nenek,kami mengambil kesempatan di sini memohon ampun maaf setulus ikhlas dr hujung rambut hingga hujung kaki bak kata omputeh head to toe hehehe

Raya jmput dtg rumah ye (kenyit2 mata lagi) hahaha

Bye

P/s: kuih raya dlm gmbr ni aku buat sendri hihi ok ke tidak?ok ke tidak?kalo ok kasi angguk itu kepala ^___^