................................

Monday, July 7, 2014

Percutian Kota Kinabalu ^_^

Assalamualaikum wbt

MasyaAllah bersawang blog aku ni :p maaf lah ye, komitmen mak2 mcm aku ni banyak, jadi ampunkanlah kwnmu ini hehehe hari ini entah mana datang semangat nak update blog entah la yang pasti nak kasi clear sawang2 dulu.

Just nak update untuk kenangan terindah kami dan juga untuk rujukan kepada sesiapa nak ke Kota Kinabalu, Sabah untuk bercuti akan datang. Sedikit sebanyak membantu korang untuk review mengenai hotel, flight, tempat-tempat menarik, makanan2 menarik. Tak gitu?

Ok, actually aku beli tiket flight ni dah lama, time anniversary perkahwinan kami tahun lepas on 25 Nov 2013 hadiah dari suami tercinta,  kebetulan time tu ada promo free seat, kami dpt harga berpatutan la untuk 2 dewasa, 1 infant (bwh 2tahun) with luggage 15kg (balik sahaja), makan 1 set tuna wrap (balik sahaja) dengan harga RM266. Murah kan? Kiranya kami booking tiket 7bulan sebelum ke sana. of course dengan airasia, penerbangan termurah dunia ;p

Kami bercuti 4hari 3malam, 1 malam ke Kundasang, 2 malam di Kota Kinabalu town ^_^ alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Walaupun ini adalah 1st time aku & alma naik flight, tapi alma gud girl. Behave sangat! tenkiu alma anak :)

Alma nampak sgt seronok sebab dah boleh berlari2 ke sana sini, mudah jaga, walaupun sometimes merengek nak Breasfeed (BF) depan khalayak :p  aku chillex je BF anak depan public, but cover la.

DAY 1

Kami turun flight, terus ambil kereta sewa (Encik Isa) Saga BML 1.3 RM120/day. Kami plan nak ambil dua hari, sebab nak ke Kundasang 1 hari, 1 hari lagi nak bawa round2 KK. Tapi suami decide sewa sehari setengah je, lepas turun Kundasang pulang semula kereta sebab problem parking. Sana depan hotel pun parking kena bayar, sejam RM3, jenuh la nak bayar parking, so pulangkan, naik taxi je nak ke mana2 tapi kami berjalan kaki je sebab xjauh dengan tempat2 menarik.

Kundasang, Sabah.


Waktu nak ke Kundasang tu, memang jauh la dalam 2jam perjalanan dari Bandar KK. Tambah2 sesat sikit, jd lah 2jam setengah hehehe
Di Kundasang kami tidur di JResidence. Ok la, murah dan mendamaikan. RM89/nite. tapi xnampak lah view Kinabalu mountain. Plan nak tidur kat Kinabalu Pine Resort (KPR) tapi mcm membazir plak sebab 1malam RM270, pagi2 dah nak gerak. Suami kata mcm rugi je, so decide amik JResidence, best!!!!!!! view hijau2 nature :) Tapi mujur xtidur kat KPR sebab jauh bak hang!

Kundasang memang sejuk melampau! tahap gigil2 gituuu. Bilik2 hotel mmg semua takde aircond, mcm Cameron tapi Kundasang lebih sejuk. Kalau xmandi water heater, mmg pakat xmandi kot :p so, kami di Kundasang sehari suntuk, sambil2 melawat tempat2 menarik seperti Kinabalu park (kaki gunung), Desa Dairy farm (New zealand malaysia), Sg Luanti (SPA ikan), Hot spring Poring (yg ni kami xpergi sebab malas) hahaha tapi korang kena pergi sebab mcm best je tgk pic :)








JResidence Hotel.


Kinabalu Park
Masuk sini RM3/head
Best sgt! MMg clear view Gunung Kinabalu. Korang akan impress punya mcm aku impress :p


Cantik kan!! nampak x Gunung Kinabalu belakang tu? 
dah la cantik, sejuk,nyaman Subhanallah :') rasa nak pergi lagi :p



Ok pic ats ni on the way nak ke Desa Dairy farm. kami singgah tepi jalan nak bergambar. Kat sini juga la ibu alma cuci pampers alma, dan2 dia nak " melepas " :p Kinabalu Mountain tu batu!
 Dulu aku ingat mcm gunung2 lain hijau2 pokok gituuuu bila tgk dekat2 depan2, eh2 batu! kagum sgt :')


Haaa kalau ke Kundasang, wajib ke Desa Dairy Farm ye kawan2. Ladang lembu, kambing, rumput menghijau dgn suhu yg dingin sambil minum susu segar dr ladang adalah awesome. Aiskrim pun sedap! Sampai alma buat drama kejap nangis2 nak suap sendiri aiskrim comot2 ;'p
Ok xnak cerita lebih2, nanti korg pergi ye better pergi pagi2 :)


kan kan kan kan dah kata lawa :)





Lepas ke DDF, boleh ke Sungai Luanti pulak merasa Spa ikan hehehe
mula2 aku macam geli2, takut2, tapi bila pikir alang2 dah sampai, ruginya xtry! aku pun beranikan diri :p walaupun dlm hati mcm uwaaaaaaaaaaaaa risau plak. tp xde apa2 pun, syok! masuk RM5 sorang je, xmahal pun.


On the way nak balik ke Kota Kinabalu semula petang tu, kami singgah di Rumah Terbalik, Tamparuli. RM10/head. Rumah ni penuh dgn cerita tersendiri, nanti kalau korang ke sana, ada somebody akan guide korang bawa masuk dalam rumah tu dan cerita serba sedikit mengenai rumah tu. Kena pergi ye!

:p



Ok, ptg tu sampai KK terus check in hotel. Kami pilih hotel depan2 pasar Philiphine tu je, banyak sgt hotel, korang boleh decide nak tidur hotel mana. Rate dr RM90-RM300/nite, haaa pilih la :) kami tidur 2mlm, KK waterfront, RM138/nite bili standard. Ok juga la, bilik luas, service bagus :) 

Dekat sgt2 dengan tempat2 shopping dan makan, so jalan kaki je. Lintas jalan dan tara!!!!!!!!!! dah sampai :) 

Ok kalau dah check in, dah boleh pergi dinner seafood. Dalam jam 6ptg tu dah boleh keluar ke pasar philiphine dah, makan besar :p

kenangan sungguh :') happy!


Shopping time :p 
seharian shopping dari 9pg-3ptg :p


Esok ptg nya pergi melepak tepi laut, bg alma bebas2 skit lompat2 hehehe pastu sambung makan besau lagi sampai puas, sebab esoknya dah nak balik ;')




Little family :') hope kekal sehingga syurga.




Nyummy!!!!!!!



Bahan mentah semua fresh2 tau. Korang akan rasa nak makan semua makanan hehehe boleh aje, asalkan sediakan ongkosnya.

Ok la, nanti korg dah pergi, share story pastu tag me ye. Nak juga baca pengalaman korang pulak.

tata :)