kejap je masa berlalu. terasa mcm baru je kita selesai menunaikan ibadah puasa yg lalu, dah tiba bulan mulia ini semula :) setahun berlalu mcm xterasa. dlu sambut ramadhan masih bergelar tunangan incik Luqman. tahun ini bergelar Puan Marina @ isteri incik Luqman @ bakal ibu juga ^_^ ehem! insyallah pertengahan atau hujung bulan 9 ni saya akan bergelar ibu dan incik suami pula bergelar papa..
kalau ikut due date doctor, due date saya 26hb september 2012. beberapa puluh hari je lagi huhuhuhu saje je nk kiraan hari walhal boleh je nk sebut beberapa bulan je lg tapi mcm sikit je kalau nk kira dlm bulan ;p
setakat ini kami masih belum buat persiapan apa pun lagi. insyallah bulan depan baru nk beli barang2 si kecil dlm perut ni ^_^ bukan apa, incik suami kata kalau beli awal2 mcm xbest je..buktinya kami ada beli sehelai baju baby bulan 6 hari tu..lama tergantung dlm almari tu..asik tengok je lama2 mcm xfeel plak huhuhu so, sebulan sebelum lahir baru papanya nk buat persiapan..on jela mana2 pun.
2hb julai hari tu pergi check up. scan tgk baby, alhamdulillah baby sihat. cuma uri kat bawah skit. 18hb ni appointment jumpa pakar. hope xde apa yg serious...harap2 semua berjalan lancar. dlm hati hanya xsabar nk melahirkan je...
Baru-baru ni saya demam. nak kata teruk tu, xtau la. panas badan. incik suami bawak pergi kecemasan hospital. al maklum la duduk kat kuarters hospital ni sikit2 je pergi hospital huhu
nurse check suhu badan, tgk2 demam lagi mlm tu. walhal demam teruknya pagi-ptg. ingatkan mlm dah kebah, tgk2 demam lagi. hampir kena tahan wad. nasib la doctor tu baik hati. dia bg ubat dan suruh amik ubat kat rumah. kata doctor darah saya ada sedikit kuman. sebab tu badan lemah dan demam. gerun kn? so sy amik antibiotik now..hope lpas ni okay2 je. doakan saya ye!
bulan ni ramai kawan saya melahirkan baby mereka. ada 3 orang insyallah. Puan Syaira, Puan Ila dan Puan hanis..mari kita semua doakan semuanya berjalan lancar dan selamat. mesti baby mereka comel2 mcm mereka juga :)
menuju ke arah ramadhan al mubarak ini, marilah kita bersama penuhi hari2 kita dengan melakukan ibadah2 puasa,solat, di hiasi dgn bacaan2 ayat suci Al-Quran. mendoakan yg baik2 buat semua..jgn lupa berdoa pada yg sudah pergi menghadap ilahi...
nak tgk gambar terbaru saya yg sgt bambam dan bulat mcm doraemon? haaaaaaaaaa ni doraemon hijau k..hahahahaha
mempersembahkan! jeng ! jeng ! jeng! mummy to be 7 month ++ pregnancy...
hahahaha tajuk mcm surprise sangat je kan? nak tahu? nak tahu? haaaaaa nak cite la ni hehehehe
baru2 ni saya kan demam..dah cerita kat entry sebelum ni tentang demam. lepas tu tekak ni asik nk mkn coklat je. waktu pergi hospital masa demam hari tu ada request coklat dekat incik suami.. dia mcm xnk layan je. dia beli pun kecik je coklat tu. sekali ngap je dh habis.
dalam hati, ermmmm xpela xkesah asalkan dapat. esoknya dapat kejutan! hahaha luar biasa. lama xdpt kejutan mcm ni. yg peliknya kejutan depan mata xnampak.
incik suami saya beli cadbury bar choc saiz sederhana, dia lekat kat dinding bilik tidur, dia cover dengan rangka frame gambar..mcm dlm gambar bawah ni ^_^ waktu tu saya kat ruang tamu depan tgk TV. biasa la ibu mengandung kalau dah duduk satu tempat tu lama baru nk bangun haha saya tgk incik suami kuar masuk bilik. xde la hairan sgt. tetibe dia mintak reben. ingatkan dia nk buat apa..saya cakap la xde..xsyak apa2 lagi waktu ni.
lepas tu saya kata nak rehat dlm bilik. waktu tu dia tgh study sebab esoknya dia ada exam. saya mintak dia angkat bantal2 yg saya bawa gi depan tadi masuk bilik semula. saya masuk bilik dlu. laju terus ke arah tilam tanpa pikir apa2. tanpa mendongak ke arah lain. waktu incik suami nk pass bantal kat saya dia tutup mulut dia dgn bantal sambil gelak. saya cuak, ingat kan ada kucing kat belakang saya. sebab tingkap bilik terbuka luas. kat area umah saya ada kucing nakal selalu pch masuk umah org hehe risau gak maklum la takut kucing.
suspen btl. saya tanya kenapa kenapa kenapa dia diam..mata dia ke arah frame cadbury tu..saya pun pandang perlahan2. sekali! jeng! jeng! jeng! coklat! hahahaha terletak cantik je dlm frame hahahaha cute! terus ketawa guling2 sebab mmg frame tu btl2 atas kepala saya nk tdo tu. sebelum tu saya bgtau suami, sy xnk mkn apa2 mlm ni. tgk coklat trus nk mkn, tu yg dia ketawa berdekah2 tu hahaha
dia tny saya ' tadi masuk bilik tunduk je ke? xtgk atas? nampak tilam je?' hahahaha
saya jawab 'a'ah!' hahahahahaha
terburai gak ketawa besar saya mlm tu. until now rasa nk ketawa lagi wakakakaka lawak seh...........