................................

Tuesday, December 24, 2013

Kebaikan Nutriferon Shaklee

Assalamualaikum..

Haaaa hari ini Mar nak review salah satu lagi produk kesihatan dari Shaklee ni :)
Nutriferon ^_^

Kebaikan Nutriferon Shaklee

KERAP dijangkiti selsema, batuk dan demam? Anda mungkin memerlukan NUTRIFERON. Nutriferon adalah produk Shaklee yang dihasilkan bertujuan untuk ‘boost’ 
sistem perlindungan imuniti tubuh – interferon. Interferon adalah sejenis protein yang dihasilkan oleh tubuh kita untuk melawan virus, sekaligus mengelakkan virus tersebut ‘membiak’ dalam tubuh kita.

★ Apa Nutriferon ni?
Adalah inteferon semulajadi di dunia yang HANYA dipaten oleh Shaklee dan TIDAK dijual di kedai2 biasa.
Ia dihasilkan drpd ekstrak 4 tumbuhan (biji labu, bunga sunflower, honeysuckle jepun dan biji plantagi) yang mempunyai daya kebolehan mendorong pengeluaran semulajadi interferon tubuh.

★ Apa gunanya interferon ni?
1. Meningkatkan sistem imun dalam masa 3 hari.
Interferon mampu meransang dan meningkatkan secara keseluruhan sist. Imun tubuh.
2. Melindungi dari influenza.
Melindungi dengan berkesab drpd virus, microb termasuk selesema, flu, alergi dan influenza.
3. Meringankan stress dan kelesuan.
Meringankan kemudaratan yg disebabkan keresahan, stress, kelesuan dan gaya hidup sibuk.

★ Siapakah yang perlukan Nutriferon?

1. Mereka yang ingin kekal sihat
2. Mereka yang mempunyai masalah kesihatan
3. Individu yang selalu stress
4. Ibu yang menyusukan anaknya
5. Individu yang mengamalkan makan makanan secara tidak seimbang dan kehidupan yang aktif
6. Mereka yang banyak travelling & sentiasa bergerak
7. Sesiapa yang mempunyai sistem imunisasi yang rendah (biasanya, mereka ini mudah akan terjangkit, apabila orang sekeliling mereka tidak sihat)
8. Sesiapa yang mengidap selesema, demam, kanser / asma


Kebaikan nutriferon shaklee adalah terbukti secara klinikal SELAMAT, BERKESAN DAN 100% SEMULAJADI. Bagi yang ahli keluarga, anak-anak yang kerap demam, jatuh sakit dan juga selesema bolehlah mencuba kebaikan nutriferon shaklee yang sememangnya meningkatkan kembali imuniti tubuh kita.




KEBAIKAN NUTRIFERON SHAKLEE YANG TIADA BANDINGAN

Nutriferon merupakan rumusan berpaten yang istimewa yang membantu meningkatkan tahap keimunan badan tanpa penggunaan antibiotik sintetik yang boleh menyebabkan kesan sampingan pada manusia. Jadi, nutriferon amat sesuai untuk semua peringkat usia. Antara kebaikan Nutriferon adalah:-

1. Kukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari

Kajian menunjukkan interferon mampu meransang dan mempertingkatkan keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh untuk membunuh T-cells, B-cells & Makrofag

Jadi dapat membantu:-
a. Bantu sesiapa yang hadapi masalah tahap keimunan sering berkurang.
b. Sesuai untuk yang kerap selsema, kerap demam dan kerap jatuh sakit
melebihi seminggu
c. Ibu menyusu yang mana anaknya masih kerap demam atau demam berpanjangan

2. Bantu lawan kanser dan tumor otak

Polisakariada yang terdapat dalam interferon semulajadi meransang dan mengaktifkan
immunoglobulin melawan sel-sel tumor dan kanser.

3. Bantu kurangkan ketidakselesaan sewaktu kemoterapi

Polisakarida juga membantu mengurangkan ketidakselesaan semasa rawatan kemoterapi
dijalankan.

4. Melindungi dari Influenza, Selesema

Membantu seimbangkan respon alergi terhadap persekitaran dan pencemaran udara,
berkesan melindungi virus mikrob seperti selesema, alergi dan inflamasi dan influenza

Jadi nutriferon sangat bagus untuk:-

a. Bagus untuk immune booster pada keadaan ketika cuaca
tidak menentu, jerebu dll b. Sangat sesuai untuk orang yang kerap dikelilingi orang ramai
@ melancong, berada di luar negara dll

7. Meringankan stress dan Kelesuan
Rumusan nutriferon dapat ringankan rasa tidak sihat yang disebabkan oleh keresahan,
stress, kelesuan dan gaya hidup yang sibuk

8. Melambatkan penuaan


Formula unik nutriferon semulajadi yang pertama di dunia sebenarnya dapat meransang pengeluaran makrofag untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman dan menjadikan sel-sel kulit lebih sihat dan muda

9. Mengurangkan infeksi dan sakit kronik pesakit-pesakit hepatitis B & C

Keberkesanan kebaikan nutriferon shaklee dalam memerangi dan mengurangkan infeksi juga meminimumkan ketidakselesaan akibat penyakit hepatitis B & C ini seperti kembung perut, rasa mual, muntah dll

10. Membantu kesihatan wanita menopous menjadi lebih baik
Gejala-gejala seperti hipertensi, tahap kolestrol yang tinggi, kitaran darah dalam tubuh dan masalah-masalah lain berkaitan menopous dapat diatasi dengan pengambilan nutriferon.

12. Mengurangkan simptom-simptom ketika pra-haid dan sewaktu haid 
Mengurangkan simptom yang terjadi akibat ketidakseimbangan sistem endokrin seperti kekejangan otot, sakit belakang, sakit payudara, jerawat, kegelisahan, insomnia dan perubahan emosi yang tidak terjangka.

13. Bantu dalam pemulihan penyakit;-
a. Lepromatus (kusta),
b. Leishmaniasis (pelbagai penyakit yang disebabkan oleh jangkitan
organisma yang dikenali sebagai protozoa) &
c. Toxoplasmosis (penyakit yang disebabkan oleh parasit).


★ Kenapa mesti memilih Nutriferon Shaklee?
1. Ia membantu meningkatkan kadar interferon di dalam badan secara semulajadi - Saintis telah mengenalpasti interferon sebagai satu faktor penting penyumbang kepada sistem imunisasi yang sihat. Nutriferon adalah satu-satunya supplemen tambahan yang dihasilkan oleh US oleh Pakar Imunisasi yang menjumpai interferon.

2. Ia dihasilkan oleh pakar imun, Dr. Yasuhiko Kojima, immunilogist dunia yang terkenal yang telah menemui interferon pada tahun 1954. Beliau telah membuat penyelidikan selama 40 tahun bagi mencari sebatian semulajadi untuk merangsang pengeluaran interferon dalam badan kita. Nutriferon Shaklee adalah satu-satunya supllemen perlindungan di US.

3. Campuran interferon yang dipatenkan – elemen tumbuh-tumbuhan penggalak. Nutriferon mempunyai MACH, 1 campuran interferon daripada ekstrak tumbuhan yang telah dipatenkan formula ekslusif yang mengandungi ekstrak labu, ekstrak safflower, ekstrak benih Asian Plantain dan ekstrak Japanese Honeysuckl.

4. Di sokong oleh 4 kajian klinikal ke atas manusia, Ujian klinikal ini mengesahkan kesihatan luarbiasa dan sokongan imunisasi hasil manfaat daripada campuran ekstrak proprietari yang ditemui di dalam Nutriferon.

5. Formula ekslusif dilindungi oleh 3 paten – Nutriferon disokong oleh 3 paten dan hanya boleh didapati melalui Shaklee dan Independent Distributor Shaklee sahaja. Formula yang unik dan berpaten ini hanya ekslusif di Shaklee.

6. Ia dibuat menurut sistem piawaian kualiti yang terbaik. Ia telah melalui ujian sistematik yang ketat untuk keselamatan, kesucian, potensi & prestasinya.

Oleh itu tuan/puan, jika anda seringkali selesema dan demam, nutriferon adalah sgt sesuai utk mencegah sebelum ianya berlarutan. Lebih2 jika tuan/puan sering outstation, nutriferon memang sgt berkesan, mudah dibawa dan selamat untuk diambil.

Jika tuan/puan perlukan consultansy, jangan segan silu untuk menghubungi saya. Saya sedia membantu.




Hubungi saya untuk pertanyaan lebih lanjut:

Marin Muhammad | ID:1076246 | Call/SMS/Whatsapp/Wechat 019-4501317
Email: marinaadeq@gmail.com
FB: Marina Healthy Beauty

Thursday, December 19, 2013

Produk Penjagaan Kulit Shaklee (skincare)

Assalamualaikum

Ramai tidak tahu Shaklee juga ada produk untuk penjagaan kulit selain daripada vitamin untuk kulit. Vitamin kita boleh ambil untuk penjagaan dalaman, bahagian luaran kulit pula kita boleh pakai Nutriwhite ataupun Enfuselle. 



NutriWhite mengandungi :

Ultimate Protection Whitening Lotion SPF 15

· Licin serta kaya dengan pati botani seperti Mulberi untuk mencegah kerosakan kulit kesan daripada cahaya matahari dan Mountain Arnica untuk menghilangkan radang kulit, pelembap yang bertindak daripada semua sudut ini melindungi anda daripada kesan-kesan memudaratkan cahaya matahari dan membantu membina daya ketahanan kulit terhadap kerosakan persekitaran


Overnight Renewal Whitening Cream

· Memperbaharui dan mengembalikan keremajaan kulit sewaktu tidur
· Linden menyihatkan serta melembapkan kulit secara mendalam
· Scullcap mencerah dan menghilangkan radang kulit
· Vitamin C aktif mengurangkan tompok-tompok hitam serta mengembalikan keserian wajah
· Pada waktu pagi, anda akan bangun dengan kulit yang gebu, halus, cerah dan berseri


Gentle Deep Foaming Cleanser

· Membersihkan dan menyegarkan kulit
· Rumpai laut menghilangkan kekotoran, membuang sel-sel mati dan menegangkan
· Alga Hijau menyahtoksin dan melembapkan
· Strawberi Begonia mencerahkan dan mengimbangkan pigmen
· Lembut dan menyegarkan


Soothing Radiance Whitening Softener

· Ia lembut dan mengembalikan kulit pada pH yang seimbang
· Kulit berasa lebih segar dan tegang dengan Rosemary
· Kudzu menegangkan dan mencerahkan
· Marshmallow melembapkan
· Ianya sangat berkesan

Gentle Action Makeup Remover

· Menjadikan kulit anda licin, lembut dan berseri
· Tunas Pokok Bic menghilangkan sel mati dengan lembut tanpa meninggalkan kesan
· Aloe Vera menyegarkan dan menegangkan kulit
· Lembut, tidak berminyak, dan kulit anda akan kelihatan lebih berseri

Daily Defense Whitening Essence
Cara yang menyenangkan untuk mendapatkan kulit muka yang licin dan berseri yang diformulasi dengan:
· Bearberry untuk mencerahkan dan menegangkan kulit,
· Strawberi Begonia untuk mengimbangkan pigmen
· Kacang Soya untuk melembutkan dan mengurangkan tompok-tompok hitam
· Mulberi untuk mencegah daripada kerosakan kesan daripada cahaya matahari
· Di samping itu, Vitamin C aktif ditambah untuk memperbaiki kulit serta mengembalikan seri wajah
· Lembut dan mudah diserap oleh kulit


Spot Whitening Treatment

· Memperbaiki kesan-kesan matahari serta jeragat kulit dengan cepat
· Kuasa pencerahan botani dihasilkan daripada pati Likuoris dan Peony, yang amat bernilai disebabkan kesannya dalam mencerahkan, melindungi serta menghilangkan radang kulit
· Cats Claw menegangkan kulit
· Vitamin C aktif membawa kecerahan yang baru untuk kulit anda dengan rawak wajah yang lebih halus





Enfuselle mengandungi :
Hydrating Cleansing Lotion
Emulsi berkrim ini bertindak menanggalkan kotoran, bahan pencemaran dan mekap tanpa menjejaskan lapisan minyak semulajadi kulit.
· Emolien yang kaya serta tambahan Vitamin E menjadikan kulit halus, seimbang dan berseri
· Mencerahkan tona kulit
· pH yang seimbang
· Hipoalergenik

Purifying Cleansing Gel

Gel berbusa bertindak dengan lembut untuk menyingkirkan bahan pencemaran, mekap dan minyak berlebihan.
· Bahan-bahan khas serta tambahan Vitamin E menjadikan kulit terasa segar dan lembut
· Mencerahkan tona kulit
· pH yang seimbang
· Hipoalergenik

Hydrating Toner
Hydrating Toner melegakan dan menyediakan kulit untuk rawatan Enfuselle.
· Terbukti secara klinikal
· Meneutralkan kerosakan sel akibat tindak balas kulit dengan besi dalam air paip
· pH yang seimbang
· Rumusan tanpa alkohol yang menyejat dengan cepat tanpa mengeringkan kulit
· Melindungi lapisan minyak semulajadi kulit, menyucikan dan melembutkan dengan ekstrak witch hazel dan kamomil

Purifying Toner
Purifying Toner merangsang dan menyegarkan kulit sebagai persediaan rawatan Enfuselle.
· Terbukti secara klinikal
· Meneutralkan kerosakan sel akibat tindak balas kulit dengan besi dalam air paip
· pH yang seimbang
· Menyegarkan dan memperhalus kulit dengan ekstrak likoris, ginseng dan witch hazel
· Meminimumkan kemunculan liang-liang yang besar pada kulit
· Membantu mengawal kulit berminyak
· Hipoalergenik

Hydrating Moisturizer
Krim tanpa minyak dan tidak melekit yang kaya dengan agen pelembap bagi menyerlahkan kehalusan dan keanjalan kulit dengan serta-merta.
Terbukti secara klinikal:
· 102% peningkatan keanjalan kulit dalam masa 28 hari
· 195% pengurangan garis-garis halus dalam masa 28 hari
· 21% pengurangan kedutan dalam masa 28 hari
· Kesan yang ketara dapat dilihat dengan serta-merta, dan ia berterusan sehingga 24 jam
· Garis-garis halus berkurangan dengan ketara
· Hipoalergenik

Balancing Moisturizer

Formula yang ringkas, tidak berminyak dan mampu mengawal pengeluaran minyak pada wajah bertindak dengan membekalkan kelembapan segera yang kulit anda perlukan bagi menjadikan wajah kelihatan halus serta tidak berkilat.

Terbukti secara klinikal:
· 146% peningkatan keanjalan kulit dalam masa 28 hari
· 268% pengurangan garis-garis halus dalam masa 28 hari
· 173% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa 28 hari
· Membantu mengembalikan keseimbangan minyak pada kulit
· Hipoalergenik

Eye Treatment
Mengurangkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan serta menghilangkan sembap bawah mata dengan bantuan pelbagai nutrien dan botani khusus.
Terbukti secara klinikal:
· 233% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa dua minggu
· 120% peningkatan kekenyalan dan keanjalan kulit dalam masa dua minggu
· 209% pengurangan garis-garis halus pada kulit dalam masa lapan minggu
· 32% peningkatan kemampuan kulit untuk menahan lembapan lebih lama dalam masa lapan minggu
· Ton kulit yang kembali sekata dalam masa 12 minggu
· Kandungan botani anti-penuaan dan vitamin C memberikan faedah yang ketara pada kulit halus di sekeliling mata
· Juga sesuai untuk bahagian leher dan mulut
· Hipoalergenik, diakui oleh pakar-pakar oftalmologi dan selamat untuk pemakai kanta lekap




Click to view larger


Contact for order
Marina Muhammad
0194501317
ID : 1076246

Tuesday, December 17, 2013

SHAKLEE ATASI PERIOD TAK TERATUR

 Assalamualaikum...

Entry kali ini Mar nak cerita tentang hal wanita. Hanya wanita yang mengalaminya dan memiliknya. Apakah itu? Semestinya kitaran haid. Wanita yang normal pasti mempunyai kitaran haid yang teratur. Bagaimanakah yang tidak teratur?

Bila haid tak etartur pasti akan susah hati. kadang kala rasa tak selesa.


Masalah haid tidak teratur sering melanda kepada kebanyakan kaum wanita sama ada baru berkahwin, sudah lama berkahwin, sudah mempunyai anak dan merancang untuk hamil lagi atau yang masih gadis sunti. Walaupun nampak remeh tapi ia akan menjadi serius jika wanita berkahwin ingin hamil. 

Jika dibiarkan ia akan menyebabkan sistem pembiakan kurang subur. Salah satu daripada punca kitaran haid yang tidak teratur ialah ketidakstabilan hormon di dalam badan yang akan mengeluarkan hormon stress lalu menganggu ovulasi dan seterusnya mengganggu kitaran haid anda.

Dibawah merupakan 12 punca kenapa haid tidak teratur:

Penggunaan Ubat-ubatan

Sekiranya anda mengamalkan ubatan tradisional seperti jamu atau herba, berkemungkinan ubatan tersebut akan mempengaruhi kitaran haid anda.

Berlebihan Hormon Prolaktin

Hormon prolaktin yang berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid anda lewat atau tidak datang selama berbulan-bulan. Masalah gangguan hormon seperti ini dapat diatasi dengan pengambilan GLA COMPLEX SHAKLEE


Menyusukan anak

Sekiranya ibu menyusukan anak, kemungkinan besar haid si ibu tidak akan datang. Menyusukan anak boleh mengelakkan berlakunya hamil dalam masa terdekat. Amat bagus untuk merancang jarak anak berikutnya.

Masalah tiroid
Rasa panas, berdebar-debar dan kekurangan berat badan secara mendadak adalah tanda bahawa anda mungkin mengidap penyakit tiroid. Jangan berlengah sekiranya ia disertai dengan haid yang sedikit atau tiada langsung.

Kegemukan
Lebihan lemak dalam badan boleh menyebabkan ketidak seimbangan hormon dalam badan kerana lemak merupakan tempat simpanan hormon estrogen. Lebihan hormon estrogen akan menyebabkan kitaran haid anda terganggu. Sekiranya anda mengurangkan 10% daripada berat badan anda, peluang anda untuk hamil akan meningkat.

Terlalu kurus
Tidak cukup lemak dalam badan juga boleh memberikan masalah terhadap kitaran haid anda. Ini kerap terjadi kepada mereka yang terlalu banyak bersenam seperti atlit dan penari balet. Kitaran haid anda akan kembali teratur sekiranya anda mendapat berat badan yang ideal.

Tersilap tarikh haid yang terakhir

Masalah ini juga kerap terjadi. Dikatakan 40% wanita gagal mengingati dengan tepat tarikh sebenar haid mereka. Pastikan anda mencatat hari pertama haid anda pada setiap bulan sebagai rujukan.

Monopos
Bagi mereka yang berusia lewat 40an, haid yang sedikit & kekerapan yang kurang adalah petanda bahawa anda akan mengalami menopos.. Sekiranya anda bimbang, sila berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan.. Anda juga disarankan untuk menjalani pap smear bagi memastikan yang anda tidak mengalami masalah dipangkal rahim.

Perancang keluarga
Sekiranya anda mengambil hormon pencegah hamil seperti depo-provera atau implanon, ia adalah sebab mengapa haid anda lewat datang. Alat pencegah hamil berhormon menghalang ovulasi terjadi maka kitaran haid anda akan terganggu.

Hamil

Akhir sekali, mungkin haid anda lewat kerana anda mengandung. Tahniah!



Untuk atasi masalah haid tidak teratur, saya cadangkan anda amalkan GLA Complex. Selain daripada mengatasi masalah haid tak teratur, GLA Complex juga banyak kelebihan lain..

Jom kita lihat testimoni di bawah:




Jadi masih tidak percaya lagi? Terbukti GLA Complex menyelesaikan masalah haid tidak teratur kaum hawa dan masalah lain juga :)


Boleh Pm me for more info ye.
ID :1076246
Marina Muhammad
0194501317

PENYAKIT TIROID DAN SHAKLEE

Assalamualaikum...

Hari ni Mar nak kongsi beberapa info mengenai Penyakit Tiroid. kebanyakan rakyat Malaysia ramai menghidap penyakit ini.

Penyakit tiroid bagi yang tidak mengetahui kesannya mungkin akan menganggap penyakit ini sebagai penyakit remeh. Namun hakikat sebenar, penyakit tiroid ini merbahaya hingga boleh membawa maut pada si pengidap jika tidak dirawat dengan segera.
Jika mengikut dari bacaan dari beberapa sumber seperti wikipedia dan akhbar Utusan, wanita lebih mudah untuk diserang penyakit tiroid berbanding lelaki. Empat nisbah satu penyakit tiroid menyerang wanita berusia 20 tahun ke atas kerana sebab dan alasan yang tidak diketahui hingga kini. Penyakit ini boleh berlaku semasa dan selepas kehamilan.
sakit tiroid

Punca penyakit Tiroid – Kelenjar tiroid ialah organ endokrin yang terletak di leher manusia. Fungsinya ialah mengeluarkan hormon tiroid. Antara hormon yang terpenting ialah Thyroxine (T4) dan Triiodothyronine (T3). Hormon-hormon ini mengawal metabolisma (pengeluaran tenaga)

Ada dua jenis penyakit tiroid yang utama:-

1) Hipertiroidisme / Tirotoksikosis
2) Hipotiroidisme

Hipertiroidisme / Tirotoksikosis
Hormon tiroid T3 dan T4 didapati lebih tinggi daripada orang biasa. Antara penyebab penyakit ini ialah :
Grave’s disease. Antibodi di dalam badan menyebabkan tiroid membesar dan mengeluarkan lebih hormon. Selalunya semua (atau sebahagian besar) sel tiroid orang yang menghidapi penyakit ini mengeluarkan hormon berlebihan
Thyroiditis (tiroid bengkak). Selalunya keadaan ini boleh elok sendiri
Toxic nodule goitre. Terlalu banyak iodin di dalam makanan

Tanda-tanda orang yang menghidapi hipertiroidisme:
Bengkak di leher
Cirit birit
Degupan jantung bertambah, sentiasa berdebar-debar
Gementar dan gelisah, terketar-ketar
Haid tidak teratur, kurang atau tidak datang
Kesuburan turun
Penumpuan kurang
Mata menjadi besar (bulging)
Angin yang tidak menentu
Kejang otot
Oesteoporosis (kereputan tulang)
Pengeluaran peluh banyak, bertambah. Kulit lembap
Suhu badan naik, tak tahan panas
Rambut tidak kuat
Sukar bernafas
Sukar tidur
Tekanan darah naik
Turun berat badan walaupun selera naik
Lemah

Hipotiroidisme
Orang yang menghidap hypothyroidism pula tidak mempunyai hormon tiroid yang cukup.

Tanda-tanda orang yang menghadapi hipotiroidisme-
bengkak kaki
ingatan terganggu
lembap
malas
kuat tidur
badan sering terasa sejuk dan boleh mengakibatkan masalah jantung

Bagaimana cara untuk merawat penyakit kelenjar Tiroid?
Pesakit yang mengalami penyakit HIPOTIROIDISME mudah dirawat, tetapi terpaksa mengambil hormon tiroksin seumur hidup. Dos ubat juga mungkin diubah secara berkala bergantung kepada aras hormon tiroid.
Bagi yang mengalami sakit HIPERTIROIDISME pula, iodin beradioaktif diberikan untuk memusnahkan sebahagian kelenjar tiroid. Pembedahan juga salah satu daripada kaedah rawatan.
Walaupun dengarnya seperti menakutkan, tetapi penyakit ini tidak merbahaya sekiranya pesakit menerima rawatan dari peringkat awal.


Pesakit HYPOTIROID tidak boleh mengambil ESP
Pesakit HYPERTIROID tidak boleh mengambil Vitalea

Apakah supplement Shaklee yang menjadi pilihan utk pesakit tiroid ini???

bagi yg jenis HYPER
= VIVIX
= ESP

bagi yg jenis HYPO
= VITALEA
= VIT E COMPLEX
= OMEGA GUARD
= B COMPLEX


ESP (energizing soys Protein)
- mengandungi protein soya yg mempunyai estrogen
- Kajian mwendapati estrogen boleh mengahalang pengeluaran hormon tiroid seterusnya mengurangkan paras hormon tiroid dalam badan.
- ini berguna utk pesakit hypertiroidisme iaitu terlebih hormon tiroid
- boleh menyebabkan kurang rembesan hormon tiroid jadi tidak sesuai untuk pesakit hipotiroidisme (kurang hormon tiroid)

VITALEA
- Multivitamin yg mempunyai semua vitamin baik seperti iodin, vit a,d,e, b2,b3 dan zinc sgt sesuai utk pesakit hipotiroidisme
- Sumber iodin (sumber kekurangn iodin adlah punca penyakit hypotiroidisme)
- vitamin a, d menmbah keberkesanan t3 (hormon tiroid yg aktif)
- vitamin b2,b3 dan b6 berfungsi dalam pengahsilan hormon tiroid
- zinc diperlukan dalam penghasilan tiroksin atau t4(hormon tiroid yg tidak aktif) dalam kelenjar tiroid dan proses penukaran t4 kpd t3 (hormon tiroid aktif)




VITAMIN E
- Mengandungi 10mg selenium semulajadi
- selenium diperlukan utk penukaran kepada t3 dan juga mengurangkan antibodi kpd tiroid (salah satu penyebab hipotiroidisme ialah autoimmune atau kehadiran antibodi terhadap sel tiroid dalam badan)

Utk order contact saya..
Marina Muhammad
ID member : 1076246
marinaadeq@gmail.com

Monday, December 16, 2013

Set Penjagaan Rambut Shaklee


Assalamualaikum...

Haa...terkejut tak? SHAKLEE ni bukan setakat jual suplemen & vitamin utk kesihatan je, akan tetapi menyeluruh! Ada pencuci pakaian, dan paling best ada set penjagaan rambut ni. Oyeah!!


Kepada anda yg mementingkan penjagaan diri dari hujung rambut ke hujung kaki, haa SHAKLE ini adalah produk terbaik korang kena cuba :) senyum ^_____________^


Memula ragu-ragu la juga, sebab harganya lebih mahal daripada shampoo yang biasa kita beli kat kedai tu. Kuantiti pun sikit, 296ml sahaja.

Kali pertama pakai memang terus jatuh cinta. Kandungannya agak pekat, tanpa pewarna, jadi kita tak perlu tuang banyak-banyak untuk cuci rambut. Selepas cuci, kulit kepala rasa bersih dan kering, kepala rasa ringan sangat. Tak seperti shampoo biasa, perlu pakai banyak bagi yang berambut panjang. Lepas bilas dengan air, kepala masih rasa licin, macam ada jer benda melekat atas kulit kepala tu kan? Huhuhu..

Dan yang paling best, dengan menggunakan shampoo Shaklee, kita tak perlu cuci rambut hari-hari. Hari kedua dan ketiga pun masih rasa bersih. So, berbaloi la.. Walaupun harganya mahal dan kuantiti sedikit, kita tak perlu pakai hari-hari, rambut dan kulit kepala pun bertambah sihat.
Alhamdulillah..

Okey kat sini Mar nak attach percentage hasil dari kajian yg telah dijalankan utk shampoo Shaklee ni.



Sebenarnya, masalah rambut gugur bukanlah perkara pelik. Ianya disebabkan beberapa faktor seperti di bawah:

Penurunan mendadak Estrogen selepas bersalin (ini memang mar hadapi)
Kandungan Estrogen yang tinggi semasa mengandung menyebabkan pembentukan scalp rambut yang sihat dan ia mengunci akar rambut dengan kuat maka pertumbuhan rambut berlaku dengan baik. Tetapi sebaik sahaja bersalin penurunan kadar estrogen secara mendadak menyebabkan akar rambut longgar dan mudah gugur.

Pengambilan makanan berproses sebagai diet harian
Rambut juga seperti rumput hijau di padang, perlukan bekalan nutrient dan air yang cukup agar ia tumbuh subur. Pengambilan diet dengan makanan berproses menyebabkan badan kita sukar untuk menerima nutrient yang cukup untuk berfungsi. Otak akan menghantar gelombang untuk mengambil nutrient dari rambut kerana rambut secara amnya tidak mempunyai fungsi penting dalam meneruskan aktiviti harian. Kerana kekurangan nutrien seperti zinc, zat besi, protien dan lain-lain menyebabkan rambut kusam dan akhirnya gugur.

Stress
Stress memerlukan banyak B-complex, ia juga menyebabkan sekatan pada salur darah yang menyukarkan penyaluran nutrient kepada rambut.

Bahan kimia dalam produk rambut
Kebanyakan syampu di pasaran terhasil dari bahan kimia merbahaya yang merosakkan rambut. Macam-macam iklan yang kononnya nak luruskan lambut, lebatkan rambut, atasi rambut gugur dan produk ini dijual dengan harga yang murah. Hakikatnya, produk-produk ini mengandungi bahan kimia yang akan membuatkan rambut kita semakin rosak.

Untuk memastikan rambut yang sihat, pemakanan yang seimbang adalah perlu. Makanan untuk rambut yang sihat adalah makanan yang kaya dengan protein, Vitamin B Complex, Zink dan Vitamin C. Dan jika mengamalkan supplemen, pengambilan vitamin-vitamin di atas dan multivitamin akan membantu menghasilkan rambut yang sihat. Namun, pengambilan vitamin haruslah konsisten selama sekurang kurangnya 90 hari kerana sel dalam tubuh hidup antara 90 hingga 120 hari. Maka perlu masa untuk sel menerima dan menyerap dengan baik semua vitamin yang kita ambil.


Set penjagaan rambut Shaklee dikenali sebagai ProSante, adalah bebas kimia dan selamat untuk digunakan.

(1) Long Lasting Finishing Spray
“Medium hold” memastikan gaya rambut tidak berubah
Memberikan perlindungan UV
Menguruskan rambut yang dikeriting halus dan rambut yang mudah kusut

(2) Revitalizing Shampoo
Melicinkan kutikel rambut dan melebatkan rambut
Sistem pembersih yang lembut dan berpaten
Menyegarkan dan menyeimbangkan kulit kepala dan rambut tanpa terlalu melembapkan atau mengeringkannya

(3) Purifying Shampoo
Membersih dengan menyeluruh, menyingkirkan sisa-sisa produk fesyen rambut, pengumpulan mineral dan bahan-bahan cemar persekitaran lain
Mengekalkan keseimbangan lipid dan lembapan semulajadi serta tidak melunturkan warna rambut
Ideal untuk mengawal lapisan kulit kepala yang sihat, rambut juga tidak berkelemumur

(4) Replenishing Conditioner
Perapi dan pelembap yang pekat bagi rambut yang berkilat dan lembut bak sutera
Memperbaiki kerosakan pada permukaan rambut dan memperbaiki hujung rambut yang bercabang
Menguatkan rambut dengan protein dan humektan yang berasal dari alam semulajadi

(5) Lightweight Conditioner
Melicinkan dan melembapkan rambut tanpa menjadikannya terlalu melekit
Mengembalikan elemen struktur supaya rambut kelihatan lebat, berkilat dan sihat
Menghilangkan kesan statik agar rambut mudah digayakan dan diurus

(6) Nourishing Scalp Treatment
Menyelesaikan semua masalah rambut dengan serum yang amat mudah diserap oleh kulit bagi melancarkan peredaran, menentang factor persekitaran yang merosakkan dan juga membekalkan khasiat kepada kulit kepala.
Vitamin antioksida iaitu A dan E, dan juga Koenzim Q10 melindungi anda daripada kerosakan akibat radikal bebas dan pencemaran persekitaran.
Bertindak membekalkan ruang yang optimum untuk rambut anda.
Formula tanpa bilas memudahkan anda menggunakan dan menggayakannya.
Tidak menjadikan rambut melekit atau berminyak.

Perbezaan Shaklee
ProSanté Nourishing Scalp Treatment adalah formula eksklusif, yang terbukti mampu mengurangkan keguguran rambut semasa menyikat dan dapat melebatkan serta menguatkan rambut secara semula jadi apabila digunakan sebagai sebahagian daripada sistem Penjagaan Rambut ProSanté.


Yang mana satu anda perlukan?
Keperluan adalah mengikut jenis dan masalah rambut anda seperti berikut:

Bagi mereka yang mengalami masalah keguguran rambut anda boleh gunakan set berikut:
Revitalizing Shampoo
Lightweight Conditioner
Nourishing Scalp Treatment

Set ini boleh digunakan secara harian.

Bagi mereka yang mengalami masalah rambut berkelemumur, rambut bercabang, rambut rosak dan berminyak, anda boleh gunakan set berikut:
Purifying Shampoo
Replenishing Conditioner
Nourishing Scalp Treatment

Set ini untuk kegunaan 1-2 kali seminggu, bukan harian.

Jom Suburkan Rambut Anda!

Kulit kepala yang sihat adalah asas kepada rambut yang sihat. Itulah sebabnya kenapa setiap produk ProSanté mengandungi Scalp Health Complex, iaitu gabungan 10 vitamin, mineral dan herba bagi menyediakan persekitaran optimum untuk rambut yang sihat, lebat dan menawan.

Shaklee memilih bahan-bahan seperti:
Ekstrak swertia dan halia untuk merangsang peredaran darah dan membekalkan tenaga untuk folikel rambut; Mineral kulit yang penting seperti kuprum, zink, mangan serta vitamin A dan E untuk membantu metabolisme kulit kepala yang sihat; dan Minyak daun pokok teh serta esktrak teh hijau untuk menentang kerosakan akibat radikal bebas dan faktor-faktor persekitaran lain.

Dan anda juga tidak akan menemui sebarang bahan kimia kuat yang boleh merosakkan rambut dan juga kulit kepala anda dalam rangkaian penjagaan produk ProSanté.

Jom baca testimoni consumer lain yang telah menggunakan set ini.

*sesiapa nak walk in beli direct di HQ shaklee, boleh gunakan ID mar ye tapi mesej atau email dulu inform ye :)

Apa tunggu lagi? Jom cuba dulu baru tahu keberkesanannya ^_^
ID : 1076246
Marina Muhammad
No tel ; 019-4501317
emel : marinaadeq@gmail.com

Tuesday, December 10, 2013

1001 KHASIAT VIVIX SHAKLEE

Assalamualaikum...


Dua minggu lepas balik kampung belikan Abah Herb lax dan B complex. Utk makluman korang, abah aku sakit sekarang ni. Dia ada sakit jantung. Saluran darah ke jantung dia tersumbat. Masya Allah selalu sgt pitam tangan berkerut2 (mcm nk jd strok) serius takut bila dengar mak cerita T_T (the point is dia xnak buat operation sebab umur abah dah nk masuk 63tahun doc said risiko sgt tggi utk dpt strok atau lumpuh after operation) *nangis

Cuba bagi abah mkn dua produk tu, alhamdulillah minggu lepas aku balik abah cakap "shaklee kamu bagi hari tu bagus la na...abah rasa selesa je perut ni. lawas kencing, buang air besar. Rasa selesa dan berpeluh". Alhamdulillah..mak pun cakap abah dh jarang pitam kalau tidak sehari sampai 8 kali! *nangis

Lepas ni nak bagi abah minum vivix pulak *tunggu dpt duit bonus dr shaklee minggu depan hehehehe okay, siapa nak tau mengenai vivix ni? kalau2 korang nk bg kat mak ayah atau sendri nk amalkan :)

Hari ni Mar nak share mengenai khasiat vivix shaklee ni utk semua. Seriusly ramai yg mengambil vivix ni akan merasakan perubahan yg drastik pada tubuh badan. Utk makluman semua, Vivix™ adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. 


Mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.








Tersenarai di atas adalah kebaikan, khasiat dan manfaat Vivix. Vivix cukup bagus untuk memperbaiki sel, menghapuskan radikal bebas dan memperbaiki DNA. 
Penjelasannya; 

Memperbaiki DNA. Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal.

Memperbaiki tenaga sel. Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.

Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi. Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.


10 KEBAIKAN VIVIX!
1) Menggalak penuaan yg sihat – awet muda dan anti-penuaan
2) Membantu mengelakan kanser – merencat sel kanser dari menjadi semakin serius
3) Mengurangkan risiko penyakit jantung – melindungi jantung
4) Mengurangkan kompilasi diabetes / kencing manis
5) Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi – melindungi saraf
6) Mengurangkan insiden bg penyakit nyanyuk
7) Membantu dlm proses penurunan berat badan
8) Menyokong kesihatan mata
9) Meningkatkan kesihatan imum badan
10) Menggalakan kesihatan keseluruhan


Vivix telah terbukti menyelesaikan masalah penyakit2 serius, antaranya :
• Diabetes
• Kolestrol tinggi
• Penyakit Kardiovaskular (Jantung)
• Tekanan Darah Tinggi
• Alzheimer atau nyanyuk
• Arthritis, Osteoporosis, Masalah sendi dan tulang
• Gout
• Letih
• Metabolisme badan RENDAH (antara sebab sukar turun berat badan)
• Masalah kulit dan bintik penuaan (kedut)
• Kanser dan tumor
• Katarak dan masalah mata
• Masalah saraf
• Lemah imun tahan daya badan - lambat sembuh


Di Shaklee, satu produk yang berjaya mencetuskan revolusi terbaru iaitu anti penuaan selular VIVIX adalah jawapan untuk masalah-masalah di atas.

Di kala usia meningkat ini, pengambilan pelbagai jenis ubat atau vitamin menjadi sangat sukar.TETAPI, anda hanya perlukan 1 SUDU TEH VIVIX sahaja sehari. Mudah sahaja kan?
Kandungan VIVIX adalah 10 kali ganda lebih kuat daripada resveratrol dalam memperlahankan pembentukan Protein AGE.

testimoni?? (klik gambar utk lebih jelas)






kalau2 korang masih ada mak abah lagi boleh la bagi dorang minum vivix ni....cegah sebelum terkena.
Rawat sebelum terlewat.
JOM DAPATKAN VIVIX SHAKLEE !

Marina Muhammad
ID : 1076246
No tel : 0194501317

Saturday, November 30, 2013

Jadual dan Waktu sesuai untuk pengambilan vitamin Shaklee

Assalamualaikum....

Salam sihat dan cantik bersama Shaklee ^_^



Masa Mar mula-mula start nk amibil suplemen & vitamin dari Shaklee ni dulu, memang Mar banyak sgt buat research. Masa nak makan Shaklee dulu, Mar pun tertanya2 sendiri.
Memang kat botol tu ada mention berapa biji perlu makan tapi still tertanya2 . betul tak?

Tengok kat botol, tulis before / after meal.

Tapi nak jugak tau EXACT / CORRECT / PERFECT time untuk penyerapan vitamin tu kat badan kan?? sebab kita ni seharian makan pelbagai jenis makanan. 


So bila waktu yang sesuai sebenarnya nak makan Shaklee ni? Boleh ke if nak makan few vitamins dalam masa yang sama?

So Mar google dan buat sedikit research berkaitan supelemen & vitamin Shaklee ni.
Jadi, jom kita review serba sedikit mengenai cara pengambilan yg sepatutnya.

 Check it out!

BASIC RULES : DO


Vitamin Larut Air (B & C)
Seelok elok nya di ambil dengan segelas air dan elak kan pengambilan makanan yang berlemak / berminyak.

Vitamin Larut Lemak (A,D,E,K)
Di ambil selepas mengambil makan berminyak/berlemak sebab vitamin larut lemak memerlu kan lemak untuk memudah kan penyerapan.

OsteMatrix (Calcium)
Seelok nya di ambil bersama produk tenusu seperti susu. So make sure calcium anda mempunyai magnesium sebab magnesium membantu calcium lebih mudah untuk di serap.

Iron
Di ambil bersama Vitamin C sebab iron perlu kan vitamin C untuk lebih mudah di serap.

Zinc
Di ambil bersama makanan. Kurang makanan, boleh menyebab kan loya.


Pengambilan air putih sebanyak 2-3L sehari mengikut berat badan
Contoh berat badan 70kg
Pengiraan : 70 bahagi 25 (sebab setiap berat badan 25kilo memerlukan 1 liter air kosong)
&) bahagi 25 = 2.8 liter yg diperlukan


BASIC RULES : DON'T!


Alfalfa + Vitamin E 
Elak kan pengambilan Alfalfa bersama Vitamin E kerana alfalfa akan menggangu penyerapan vitamin E.

Kalsium + Iron
Kalsium akan menghalang penyerapan iron. Vita Lea mempunyai iron. So, elak kan pengambilan bersama OsteMatrix. 

Alfalfa + GLA Complex
GLA Complex mempunyai vitamin E, again read no 1.

Vitamins + Kafein
Pengambilan vitamin bersama kafein seperti teh & kopi akan mengurang kan keberkesananpenyerapan vitamin.

Pesakit thalasemia tidak boleh mengambil Vita Lea kerana VL mempunyai iron.

Jadual pengambilan yg sesuai

After Breakfast (8am-10am) : 1x Vita Lea, 1x Vita C 

Morning Tea Break (10am-12am) : 1 glass of ESP / Meal Shake / Performance Drink 
*or can mix ESP + MS / ESP + MS + PD*

After lunch (12pm-2pm) : 1x B Complex, 2x Alfalfa
*Alfalfa depends pada kesesuaian badan individu nak amik berapa per day. Maximum per day =10 tablets. 

Afternoon / evening tea break (2-6pm) : 1 glass of ESP / MS / PD


After dinner (6pm-9pm) : 1x Omega, 1x Lecithin, 1x Vita E 
*After dinner, makan vitamin yang ber kapsul

Before sleep (10pm-12am) : 2x OsteMatrix
*Oste pon sama. Depends pada kesesuaian badan individu nak amik berapa per day. Maximum per day =4 tablets. 
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<


EXTRA TIPS :

Lecithin 
For those yang mengambil Lecithin untuk tujuan berdiet / merendah kan colestrol,
ambil 2x after breakfast, 2x after lunch, 2x after dinner beserta dengan 2 biji alfalfa.

Zinc
Seminggu 2 kali kecuali mereka yang megalami masalah rambut serius.

Alfalfa 
Untuk ibu menyusu, masa terbaik selepas pam di ambil bersama segelas ESP.

Tuesday, November 26, 2013

Harga Produk Shaklee dan kebaikan Daftar Ahli Shaklee

Assalamualaikum...

Salam sihat.

Entry sebelum2 ni Mar selalu share tentang Produk Shaklee dan SetShaklee secara random. Kali ni Mar nak share tentang Harga Produk Shaklee yang telah syarikat Shaklee tetapkan untuk dijual di pasaran.

Harga Shaklee terbahagi kepada dua iaitu Harga Shaklee untuk pasaran runcit dan Harga Shaklee untuk Ahli Shaklee berDaftar atau PengedarShaklee Sah Malaysia.

Kenapa perlu ada dua Harga Shaklee? Kalau seragamkan jadi satu je tak boleh ? Sama konsep macam keahlian JCard, Tesco, Body Shop, Guess, Coach, dan pelbagai jenama lain.

Harga Shaklee dan privilege keahlian diwujudkan oleh Shaklee untuk menggalakkan pengguna menDaftar sebagai Ahli Shaklee atau Pengedar Shaklee.

Agar Ahli Shaklee berDaftar boleh mendapat manfaat dari Harga Ahli Shaklee setiap kali Ahli Shaklee membeli Produk Shaklee.

Malah Ahli Shaklee berDaftar juga berpeluang mendapat rebate tunai berbentuk bonus tunai sekiranya mencapai jumlah point tertentu dari pembelian Produk Shaklee.

Jadi jika korang nak pakai Produk Shaklee ni sebaiknya Daftar Ahli Shaklee terus, baru korang untung dapat point setiap kali membeliProduk Shaklee.

Kalau tak Pengedar Shaklee yang jual kat korang tu la yang untung dapat point dan dapat bonus cash $$

Kenapa ada Pengedar Shaklee yang jual ikut Harga Shaklee untuk ahli dan ada pulak yang jual ikut Harga Shaklee untuk retail?

Semua ni berkenaan sikap. Sikap orang kita bila berniaga dan bersaing, suka guna factor HARGA sebagai senjata. Sebab tu orang kita selalu gagal dalam bisnes. Satunya sebab permainan harga atau perang harga ini.

Dalam perniagaan, pihak yang menjual dengan harga kos atau harga ahli dipanggil sebagai market spoiler atau perosak pasaran. Dan biasanya mereka yang jual harga ahli ni hanya nak kejar sales tapi tak pentingkan kualiti.

Sebab tu ramai orang komplen makan Shaklee tapi takde kesan, sebab penjual tak tahu macam mana nak advice penjual sekadar jual untuk dapat point. Ini bahaya! Kepada yg mcm ni memang Mar tak suka sebab main jual je padahal tak rekemen suplemen/ produk yg selayaknya buat pelanggan. Main hentam sebab nak kejar sales. Not good!

So korang boleh pilihlah, nak beli Shaklee dari PengedarShaklee yang berkualiti dan bijak

Atau nak beli Shaklee dari sapa-sapa saja asalkan murah.

Dan jangan pulak korang fikir yang jual harga ahli tu suci murni dan yang jual harga retail tu tamak dan jahat.

Di Zaman nabi dulu pernah sahabat nabi Muhamamd saw tak silap aku saidina Umar, halau seorang peniaga di pasar sebab dia jual harga sangat murah dan mengganggu pasaran (perosak market / market spoiler)

Malah nabi Muhammad saw sendiri ada amik untung dalam berniaga. Kalaulah mengambil untung tu salah dan haram, tentulah nabi Muhammad saw takkan ambil untung.

Sebenarnya dalam perniagaan siapa yang jual harga kos atau harga ahli ini dikira sebagai zalim juga.

Sebagai contoh :

Seorang ibu tunggal anak 4, semua anak-anaknya kecil dan dia tak boleh pergi kerja sebab anaknya ada yang sakit dan perlukan penjagaan rapi.

Lalu dia pun nak berniaga Shaklee.

Dia sangat berharap nak dapat duit tunai harian daripada untung runcit dari Harga Shaklee harga retail.

Tapi pergi ke mana-mana pun semua minta harga ahli, bila dia ajak masuk ahli pelanggan taknak sebab pelanggan kata di tempat lain tak payah jadi ahli pun dapat harga ahli.

Jadi ibu tunggal ni pun jual la dengan harga ahli.

Sampai hujung bulan dia ingat boleh dapat bonus cash, rupanya tak dapat sebab tak cukup point, sebab dia hanya berjaya jual 5 botol vitamin saja, itu pun dengan harga yang mana tak dapat pun untung runcit walau sepuluh sen.

Siapa yang mewujudkan keadaan ini?

Dia lah yang menzalimi orang-orang macam ibu tunggal tadi.

Dan jangan heranlah

Satu company yang terlibat dengan perang harga macam ni selalunya akan jatuh, bukan sebab company tu tak bagus, tapi orang yang menjalankan perniagaan tu yang tak bagus.

Satu lagi Mar nak tanya kalau korang pegi Jusco masa JCard day, berani tak korang mintak kat cashier tu:

"Dik bagi akak harga ahli JCard la, kita kan sama-sama ISLAM.. “

Buat makluman Harga Shaklee berikut adalah Harga Shaklee untuk pengguna yang tidak berdaftar sebagai Ahli Shaklee.

Kalau nak beli Shaklee dengan Harga Shaklee harga ahli, silalah contact Pengedar Shaklee anda untuk Daftar Ahli Shaklee ya.

NUTRITION
Advanced Joint Health Tablet (60 biji) RM124.00
Alfalfa Complex (S)(330 biji) RM53.75
Alfalfa Complex (L)(700 biji) RM97.50
B-Complex (120 biji) RM53.75
CarotoMax (30 biji) RM74.00
Chewable Vita-C Plus (90 biji) RM37.50
Collagen Powder (15 sachet) RM298.00
CoQHealth (30 biji) RM124.00
DTX Complex (90 biji) RM155.00
ESP Soy Protein Isolate Powder (850g) RM150.00
Garlic Complex (60 biji) RM47.50
GLA Complex (60 biji) RM91.25
Herb-Lax (120 biji) RM52.50
Lecithin (180 biji) RM52.50
Meal Shakes French Vanilla (544g) RM113.75
Nutriferon (301.2g) RM181.25
Omega Guard (90 biji) RM136.00
Ostematrix (120 biji) RM61.00
Peppermint-Ginger Plus (90 biji) RM45.00
Performance- Natural Orange (539g) RM82.50
Sustained Release Vita-C Plus (180 biji) RM92.50
Vita-E Complex (120 biji) RM149.00
Vita-Lea Iron Formula (120 biji) RM88.75
Vivix (150ml) RM475.00
Zink Complex (120 biji) RM33.75

CINCH INCH LOST PLAN
Cinch Energy Tea Mix (28 sticks) RM131.00
Cinch Shake Mix Vanilla,Chocolate,Latte (15 serving) RM173

Kalau korang nak tau lebih tentang macam mana nak Daftar Ahli Shaklee atau nak tau senarai Harga Produk Shaklee, boleh hubungi Mar ye

ID : 1076246
Nama : Marina Muhammad
No telefon : 0194501317

Monday, November 25, 2013

Consume SetSlimming Shaklee dah muat baju lama ^_^

Assalamualaikum

Alhamdulillah, semalam Mar dapat testimoni daripada customer shaklee Mar sendiri yang mana sebelum ni dia ada order dan beli Omega Guard & Alffa shaklee.Sebelum ni dia memang tanya sendiri berkenaan set slimming ni via FB. Mar terus suggestkan omega guard dengan alfafa sebab mar pun consume dua jenis suplemen tu :)

Kalau customer yang betul-betul nak berkesan Mar akan suggestkan fullset slimming set ni iaitu tambahan Cinch atau ESP (energizing soys protein)
Tapi dekat customer, Mar akan tanya dulu nak yg set bajet atau xkisah harga (sebab sesetengah org kan student, baru start bekerja) sebab tu Mar kena tanya dulu. Bagi yg sungguh2 tu memang suggest fullset slimming baru cepat dan lebih berkesan.

Untuk customer Mar yang seorang ni dia consume Omega Guard & Alfafa ni dalam dua minggu. Maradvice dia amik 3 biji alfafa, sebiji omega guard dua kali sehari iaitu selepas makan tengahari dan selepas makan malam.

dan hasilnya?


Actually waktu dia beli set slimming ni, Lecithin out of stock sebab tu Mar suggest amik omega guard sebab fungsi sama cuma lecithin kena amik lebih dalam sehari.



Kalau nak consume set slimming bajet boleh je amik Alfafa & Lecithin sahaja ^_^ memadai
Kalau nak fullset boleh tambah Cinch ni. Cinch ni ada tiga perasa iaitu Coklat, Vanila & cafe Latte. Sedap! mengenyangkan ^_^





Mar sendiri pun makan set ni alhamdulillah menurun berat badan disamping susu badan sgt meriah (bagi breastfeed baby boleh gantikan Cinch tu dengan ESP energizing soys protein) ESP ni bukan utk ibu hamil, ibu pantang, ibu menyusu je malah banyak kebaikan utk semua. nak tahu? Tgk gambar di bawah ni.


Jadi apa tunggu lagi? Jom sihat, cantik bersama Shaklee :)
 utk order boleh contact mar sbg SID Shaklee anda. Consultation adalah percuma ^_^

ID : 1076246
Marina Muhammad
FB : Marina Muhammad
Whatsapp/SMS/Wechat : 019 4501317

Terima kasih customer :)

Thursday, November 21, 2013

SET KECANTIKAN SHAKLEE

Assalamualaikum...

Sihat? Alhamdulillah....

Hari ni Mar nak kongsi info mengenai set kecantikan Shaklee. Ramai wanita nak cantikkan? Sanggup habis beratus ringgit beli foundation la, bedak la, eyeshadow la, tempek sana sini tebal2 itu silap :) kalau cantik yang itu yang kalian inginkan mmg salah sama sekali sebab tempek tebal2 make up tu mcm meletihkan je. Mcm penat je. Bila cuci, muka berjerawat, xhalus mulus. *lelaki @ husband korang pun xsuka sebenarnya wife depa make up lebih2. Dorang pun geli tgk tebal2.

Sebenarnya kecantikan ni bermula dari dalaman kita. Maksud Mar, kalau badan kita byk toksin kita xdetox, xbuang, xrefresh, mcm mane nk dpt kulit yg sihat sekaligus nampak mulus? halus? kemerahan?

Selalu xdengar org sebut 'Natural Beauty'? see...sape xsuka? Mar sendiri pun mengamalkan produk Shaklee ni sangat berpuas hati. Kulit xkusam. Dah xkering. Sentiasa lembab dan sihat :) Bukan nak puji diri, tapi keberkesanan suplemen dari Shaklee ni memuaskan hatiku sungguh ^__^


Okay bagi yang nak menjadi kecantikan dalaman dan luaran, Shaklee ada pelbagai jenis suplemen. Tapi the main yg selalu orang makan utk kecantikan adalah 3 jenis iaitu Vita C (Vitamin C), Vita E (Vitamin E) & B complex.

KEPENTINGAN 3 PRODUK ni?





SET KECANTIKAN

B - complex
~ bertujuan untuk menambah pembuatan sel-sel darah
~mencegah kelesuan
~melegakan stress (memastikan sistem saraf berfungsi, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia)
~mengelakkan/membaiki masalah rambut beruban dan gugur
~baik untuk mata
~mencegah anemia
~meredakan senggugut

Vita-C
~membentuk kolagen
~memperbaiki simptom pendarahan
~meningkatkan imun sistem
~memerangi kanser
~mencantikkan kulit
~memperbaiki insomnia
~mengekalkan kolesterol yang sihat

Vita-E
~melindungi jantung

~mempertingkatkan kemampuan reproduktif
~anti-penuaan
~anti oksidan yang kuat
~kelestarian tenaga
~memperbaiki artritis
~menghalang keguguran janin
~memperbaiki parut

*****************************************************************************************
Peranan Vitamin E dalam kecantikan kulit:

Menjaga kesegaran dan keremajaan kulit
Melindungi kulit dari sinar ultra-ungu
Menjaga kelembapan kulit
Menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel

Peranan Vitamin C dalam kecantikan kulit:

Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya
Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit
Mencerahkan kulit

Peranan Vitamin B Complex dalam kecantikan kulit:

Sebagai pelembap
Mencegah pigmentasi
Melambatkan tanda penuaan
Mengubati jerawat
Kombinasi Vitamin E, B Complex dan Vitamin C menghasilkan:
Mengurangkan kedutan dan pembentukan garis-garis halus
Mencegah penuaan
Menjadikan kulit lebih kenyal
Mencerahkan kulit
Menjaga kulit dari sinaran UV
Mengurangkan parut jerawat
Menjadikan wajah bersinar dan bermaya
Menjadikan kulit wajah lebih cerah dan kemerahan
Menjadikan wajah lebih berseri

Testimoni customer


Jadi, dengan kombinasi ketiga-tiga vitamin di atas, insya allah anda akan mendapat kulit muka yang lebih cantik, berseri dan cerah.

Untuk order boleh hubungi mar ye.
ID : 1076246
No fon : 019 4501317
Boleh whatsapp, mesej, wechat, dan boleh juga PM kat FB. 
Nak tanya dulu pun boleh. memang kena banyak info kalau nak amik suplemen ni :) In shaa Allah mar akan jawab semua :)