Bila haid tak etartur pasti akan susah hati. kadang kala rasa tak selesa.
Masalah haid tidak teratur sering melanda kepada kebanyakan kaum wanita sama ada baru berkahwin, sudah lama berkahwin, sudah mempunyai anak dan merancang untuk hamil lagi atau yang masih gadis sunti. Walaupun nampak remeh tapi ia akan menjadi serius jika wanita berkahwin ingin hamil.
Jika dibiarkan ia akan menyebabkan sistem pembiakan kurang subur. Salah satu daripada punca kitaran haid yang tidak teratur ialah ketidakstabilan hormon di dalam badan yang akan mengeluarkan hormon stress lalu menganggu ovulasi dan seterusnya mengganggu kitaran haid anda.
Dibawah merupakan 12 punca kenapa haid tidak teratur:
Penggunaan Ubat-ubatan
Sekiranya anda mengamalkan ubatan tradisional seperti jamu atau herba, berkemungkinan ubatan tersebut akan mempengaruhi kitaran haid anda.
Berlebihan Hormon Prolaktin
Hormon prolaktin yang berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid anda lewat atau tidak datang selama berbulan-bulan. Masalah gangguan hormon seperti ini dapat diatasi dengan pengambilan GLA COMPLEX SHAKLEE
Menyusukan anak
Sekiranya ibu menyusukan anak, kemungkinan besar haid si ibu tidak akan datang. Menyusukan anak boleh mengelakkan berlakunya hamil dalam masa terdekat. Amat bagus untuk merancang jarak anak berikutnya.
Masalah tiroid
Rasa panas, berdebar-debar dan kekurangan berat badan secara mendadak adalah tanda bahawa anda mungkin mengidap penyakit tiroid. Jangan berlengah sekiranya ia disertai dengan haid yang sedikit atau tiada langsung.
Kegemukan
Lebihan lemak dalam badan boleh menyebabkan ketidak seimbangan hormon dalam badan kerana lemak merupakan tempat simpanan hormon estrogen. Lebihan hormon estrogen akan menyebabkan kitaran haid anda terganggu. Sekiranya anda mengurangkan 10% daripada berat badan anda, peluang anda untuk hamil akan meningkat.
Terlalu kurus
Tidak cukup lemak dalam badan juga boleh memberikan masalah terhadap kitaran haid anda. Ini kerap terjadi kepada mereka yang terlalu banyak bersenam seperti atlit dan penari balet. Kitaran haid anda akan kembali teratur sekiranya anda mendapat berat badan yang ideal.
Tersilap tarikh haid yang terakhir
Masalah ini juga kerap terjadi. Dikatakan 40% wanita gagal mengingati dengan tepat tarikh sebenar haid mereka. Pastikan anda mencatat hari pertama haid anda pada setiap bulan sebagai rujukan.
Monopos
Bagi mereka yang berusia lewat 40an, haid yang sedikit & kekerapan yang kurang adalah petanda bahawa anda akan mengalami menopos.. Sekiranya anda bimbang, sila berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan.. Anda juga disarankan untuk menjalani pap smear bagi memastikan yang anda tidak mengalami masalah dipangkal rahim.
Perancang keluarga
Sekiranya anda mengambil hormon pencegah hamil seperti depo-provera atau implanon, ia adalah sebab mengapa haid anda lewat datang. Alat pencegah hamil berhormon menghalang ovulasi terjadi maka kitaran haid anda akan terganggu.
Hamil
Akhir sekali, mungkin haid anda lewat kerana anda mengandung. Tahniah!
Untuk atasi masalah haid tidak teratur, saya cadangkan anda amalkan GLA Complex. Selain daripada mengatasi masalah haid tak teratur, GLA Complex juga banyak kelebihan lain..
Jom kita lihat testimoni di bawah:
Jadi masih tidak percaya lagi? Terbukti GLA Complex menyelesaikan masalah haid tidak teratur kaum hawa dan masalah lain juga :)
Boleh Pm me for more info ye.
ID :1076246
Marina Muhammad
0194501317
No comments:
Post a Comment