................................

Tuesday, December 24, 2013

Kebaikan Nutriferon Shaklee

Assalamualaikum..

Haaaa hari ini Mar nak review salah satu lagi produk kesihatan dari Shaklee ni :)
Nutriferon ^_^

Kebaikan Nutriferon Shaklee

KERAP dijangkiti selsema, batuk dan demam? Anda mungkin memerlukan NUTRIFERON. Nutriferon adalah produk Shaklee yang dihasilkan bertujuan untuk ‘boost’ 
sistem perlindungan imuniti tubuh – interferon. Interferon adalah sejenis protein yang dihasilkan oleh tubuh kita untuk melawan virus, sekaligus mengelakkan virus tersebut ‘membiak’ dalam tubuh kita.

★ Apa Nutriferon ni?
Adalah inteferon semulajadi di dunia yang HANYA dipaten oleh Shaklee dan TIDAK dijual di kedai2 biasa.
Ia dihasilkan drpd ekstrak 4 tumbuhan (biji labu, bunga sunflower, honeysuckle jepun dan biji plantagi) yang mempunyai daya kebolehan mendorong pengeluaran semulajadi interferon tubuh.

★ Apa gunanya interferon ni?
1. Meningkatkan sistem imun dalam masa 3 hari.
Interferon mampu meransang dan meningkatkan secara keseluruhan sist. Imun tubuh.
2. Melindungi dari influenza.
Melindungi dengan berkesab drpd virus, microb termasuk selesema, flu, alergi dan influenza.
3. Meringankan stress dan kelesuan.
Meringankan kemudaratan yg disebabkan keresahan, stress, kelesuan dan gaya hidup sibuk.

★ Siapakah yang perlukan Nutriferon?

1. Mereka yang ingin kekal sihat
2. Mereka yang mempunyai masalah kesihatan
3. Individu yang selalu stress
4. Ibu yang menyusukan anaknya
5. Individu yang mengamalkan makan makanan secara tidak seimbang dan kehidupan yang aktif
6. Mereka yang banyak travelling & sentiasa bergerak
7. Sesiapa yang mempunyai sistem imunisasi yang rendah (biasanya, mereka ini mudah akan terjangkit, apabila orang sekeliling mereka tidak sihat)
8. Sesiapa yang mengidap selesema, demam, kanser / asma


Kebaikan nutriferon shaklee adalah terbukti secara klinikal SELAMAT, BERKESAN DAN 100% SEMULAJADI. Bagi yang ahli keluarga, anak-anak yang kerap demam, jatuh sakit dan juga selesema bolehlah mencuba kebaikan nutriferon shaklee yang sememangnya meningkatkan kembali imuniti tubuh kita.




KEBAIKAN NUTRIFERON SHAKLEE YANG TIADA BANDINGAN

Nutriferon merupakan rumusan berpaten yang istimewa yang membantu meningkatkan tahap keimunan badan tanpa penggunaan antibiotik sintetik yang boleh menyebabkan kesan sampingan pada manusia. Jadi, nutriferon amat sesuai untuk semua peringkat usia. Antara kebaikan Nutriferon adalah:-

1. Kukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari

Kajian menunjukkan interferon mampu meransang dan mempertingkatkan keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh untuk membunuh T-cells, B-cells & Makrofag

Jadi dapat membantu:-
a. Bantu sesiapa yang hadapi masalah tahap keimunan sering berkurang.
b. Sesuai untuk yang kerap selsema, kerap demam dan kerap jatuh sakit
melebihi seminggu
c. Ibu menyusu yang mana anaknya masih kerap demam atau demam berpanjangan

2. Bantu lawan kanser dan tumor otak

Polisakariada yang terdapat dalam interferon semulajadi meransang dan mengaktifkan
immunoglobulin melawan sel-sel tumor dan kanser.

3. Bantu kurangkan ketidakselesaan sewaktu kemoterapi

Polisakarida juga membantu mengurangkan ketidakselesaan semasa rawatan kemoterapi
dijalankan.

4. Melindungi dari Influenza, Selesema

Membantu seimbangkan respon alergi terhadap persekitaran dan pencemaran udara,
berkesan melindungi virus mikrob seperti selesema, alergi dan inflamasi dan influenza

Jadi nutriferon sangat bagus untuk:-

a. Bagus untuk immune booster pada keadaan ketika cuaca
tidak menentu, jerebu dll b. Sangat sesuai untuk orang yang kerap dikelilingi orang ramai
@ melancong, berada di luar negara dll

7. Meringankan stress dan Kelesuan
Rumusan nutriferon dapat ringankan rasa tidak sihat yang disebabkan oleh keresahan,
stress, kelesuan dan gaya hidup yang sibuk

8. Melambatkan penuaan


Formula unik nutriferon semulajadi yang pertama di dunia sebenarnya dapat meransang pengeluaran makrofag untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman dan menjadikan sel-sel kulit lebih sihat dan muda

9. Mengurangkan infeksi dan sakit kronik pesakit-pesakit hepatitis B & C

Keberkesanan kebaikan nutriferon shaklee dalam memerangi dan mengurangkan infeksi juga meminimumkan ketidakselesaan akibat penyakit hepatitis B & C ini seperti kembung perut, rasa mual, muntah dll

10. Membantu kesihatan wanita menopous menjadi lebih baik
Gejala-gejala seperti hipertensi, tahap kolestrol yang tinggi, kitaran darah dalam tubuh dan masalah-masalah lain berkaitan menopous dapat diatasi dengan pengambilan nutriferon.

12. Mengurangkan simptom-simptom ketika pra-haid dan sewaktu haid 
Mengurangkan simptom yang terjadi akibat ketidakseimbangan sistem endokrin seperti kekejangan otot, sakit belakang, sakit payudara, jerawat, kegelisahan, insomnia dan perubahan emosi yang tidak terjangka.

13. Bantu dalam pemulihan penyakit;-
a. Lepromatus (kusta),
b. Leishmaniasis (pelbagai penyakit yang disebabkan oleh jangkitan
organisma yang dikenali sebagai protozoa) &
c. Toxoplasmosis (penyakit yang disebabkan oleh parasit).


★ Kenapa mesti memilih Nutriferon Shaklee?
1. Ia membantu meningkatkan kadar interferon di dalam badan secara semulajadi - Saintis telah mengenalpasti interferon sebagai satu faktor penting penyumbang kepada sistem imunisasi yang sihat. Nutriferon adalah satu-satunya supplemen tambahan yang dihasilkan oleh US oleh Pakar Imunisasi yang menjumpai interferon.

2. Ia dihasilkan oleh pakar imun, Dr. Yasuhiko Kojima, immunilogist dunia yang terkenal yang telah menemui interferon pada tahun 1954. Beliau telah membuat penyelidikan selama 40 tahun bagi mencari sebatian semulajadi untuk merangsang pengeluaran interferon dalam badan kita. Nutriferon Shaklee adalah satu-satunya supllemen perlindungan di US.

3. Campuran interferon yang dipatenkan – elemen tumbuh-tumbuhan penggalak. Nutriferon mempunyai MACH, 1 campuran interferon daripada ekstrak tumbuhan yang telah dipatenkan formula ekslusif yang mengandungi ekstrak labu, ekstrak safflower, ekstrak benih Asian Plantain dan ekstrak Japanese Honeysuckl.

4. Di sokong oleh 4 kajian klinikal ke atas manusia, Ujian klinikal ini mengesahkan kesihatan luarbiasa dan sokongan imunisasi hasil manfaat daripada campuran ekstrak proprietari yang ditemui di dalam Nutriferon.

5. Formula ekslusif dilindungi oleh 3 paten – Nutriferon disokong oleh 3 paten dan hanya boleh didapati melalui Shaklee dan Independent Distributor Shaklee sahaja. Formula yang unik dan berpaten ini hanya ekslusif di Shaklee.

6. Ia dibuat menurut sistem piawaian kualiti yang terbaik. Ia telah melalui ujian sistematik yang ketat untuk keselamatan, kesucian, potensi & prestasinya.

Oleh itu tuan/puan, jika anda seringkali selesema dan demam, nutriferon adalah sgt sesuai utk mencegah sebelum ianya berlarutan. Lebih2 jika tuan/puan sering outstation, nutriferon memang sgt berkesan, mudah dibawa dan selamat untuk diambil.

Jika tuan/puan perlukan consultansy, jangan segan silu untuk menghubungi saya. Saya sedia membantu.




Hubungi saya untuk pertanyaan lebih lanjut:

Marin Muhammad | ID:1076246 | Call/SMS/Whatsapp/Wechat 019-4501317
Email: marinaadeq@gmail.com
FB: Marina Healthy Beauty

Thursday, December 19, 2013

Produk Penjagaan Kulit Shaklee (skincare)

Assalamualaikum

Ramai tidak tahu Shaklee juga ada produk untuk penjagaan kulit selain daripada vitamin untuk kulit. Vitamin kita boleh ambil untuk penjagaan dalaman, bahagian luaran kulit pula kita boleh pakai Nutriwhite ataupun Enfuselle. 



NutriWhite mengandungi :

Ultimate Protection Whitening Lotion SPF 15

· Licin serta kaya dengan pati botani seperti Mulberi untuk mencegah kerosakan kulit kesan daripada cahaya matahari dan Mountain Arnica untuk menghilangkan radang kulit, pelembap yang bertindak daripada semua sudut ini melindungi anda daripada kesan-kesan memudaratkan cahaya matahari dan membantu membina daya ketahanan kulit terhadap kerosakan persekitaran


Overnight Renewal Whitening Cream

· Memperbaharui dan mengembalikan keremajaan kulit sewaktu tidur
· Linden menyihatkan serta melembapkan kulit secara mendalam
· Scullcap mencerah dan menghilangkan radang kulit
· Vitamin C aktif mengurangkan tompok-tompok hitam serta mengembalikan keserian wajah
· Pada waktu pagi, anda akan bangun dengan kulit yang gebu, halus, cerah dan berseri


Gentle Deep Foaming Cleanser

· Membersihkan dan menyegarkan kulit
· Rumpai laut menghilangkan kekotoran, membuang sel-sel mati dan menegangkan
· Alga Hijau menyahtoksin dan melembapkan
· Strawberi Begonia mencerahkan dan mengimbangkan pigmen
· Lembut dan menyegarkan


Soothing Radiance Whitening Softener

· Ia lembut dan mengembalikan kulit pada pH yang seimbang
· Kulit berasa lebih segar dan tegang dengan Rosemary
· Kudzu menegangkan dan mencerahkan
· Marshmallow melembapkan
· Ianya sangat berkesan

Gentle Action Makeup Remover

· Menjadikan kulit anda licin, lembut dan berseri
· Tunas Pokok Bic menghilangkan sel mati dengan lembut tanpa meninggalkan kesan
· Aloe Vera menyegarkan dan menegangkan kulit
· Lembut, tidak berminyak, dan kulit anda akan kelihatan lebih berseri

Daily Defense Whitening Essence
Cara yang menyenangkan untuk mendapatkan kulit muka yang licin dan berseri yang diformulasi dengan:
· Bearberry untuk mencerahkan dan menegangkan kulit,
· Strawberi Begonia untuk mengimbangkan pigmen
· Kacang Soya untuk melembutkan dan mengurangkan tompok-tompok hitam
· Mulberi untuk mencegah daripada kerosakan kesan daripada cahaya matahari
· Di samping itu, Vitamin C aktif ditambah untuk memperbaiki kulit serta mengembalikan seri wajah
· Lembut dan mudah diserap oleh kulit


Spot Whitening Treatment

· Memperbaiki kesan-kesan matahari serta jeragat kulit dengan cepat
· Kuasa pencerahan botani dihasilkan daripada pati Likuoris dan Peony, yang amat bernilai disebabkan kesannya dalam mencerahkan, melindungi serta menghilangkan radang kulit
· Cats Claw menegangkan kulit
· Vitamin C aktif membawa kecerahan yang baru untuk kulit anda dengan rawak wajah yang lebih halus





Enfuselle mengandungi :
Hydrating Cleansing Lotion
Emulsi berkrim ini bertindak menanggalkan kotoran, bahan pencemaran dan mekap tanpa menjejaskan lapisan minyak semulajadi kulit.
· Emolien yang kaya serta tambahan Vitamin E menjadikan kulit halus, seimbang dan berseri
· Mencerahkan tona kulit
· pH yang seimbang
· Hipoalergenik

Purifying Cleansing Gel

Gel berbusa bertindak dengan lembut untuk menyingkirkan bahan pencemaran, mekap dan minyak berlebihan.
· Bahan-bahan khas serta tambahan Vitamin E menjadikan kulit terasa segar dan lembut
· Mencerahkan tona kulit
· pH yang seimbang
· Hipoalergenik

Hydrating Toner
Hydrating Toner melegakan dan menyediakan kulit untuk rawatan Enfuselle.
· Terbukti secara klinikal
· Meneutralkan kerosakan sel akibat tindak balas kulit dengan besi dalam air paip
· pH yang seimbang
· Rumusan tanpa alkohol yang menyejat dengan cepat tanpa mengeringkan kulit
· Melindungi lapisan minyak semulajadi kulit, menyucikan dan melembutkan dengan ekstrak witch hazel dan kamomil

Purifying Toner
Purifying Toner merangsang dan menyegarkan kulit sebagai persediaan rawatan Enfuselle.
· Terbukti secara klinikal
· Meneutralkan kerosakan sel akibat tindak balas kulit dengan besi dalam air paip
· pH yang seimbang
· Menyegarkan dan memperhalus kulit dengan ekstrak likoris, ginseng dan witch hazel
· Meminimumkan kemunculan liang-liang yang besar pada kulit
· Membantu mengawal kulit berminyak
· Hipoalergenik

Hydrating Moisturizer
Krim tanpa minyak dan tidak melekit yang kaya dengan agen pelembap bagi menyerlahkan kehalusan dan keanjalan kulit dengan serta-merta.
Terbukti secara klinikal:
· 102% peningkatan keanjalan kulit dalam masa 28 hari
· 195% pengurangan garis-garis halus dalam masa 28 hari
· 21% pengurangan kedutan dalam masa 28 hari
· Kesan yang ketara dapat dilihat dengan serta-merta, dan ia berterusan sehingga 24 jam
· Garis-garis halus berkurangan dengan ketara
· Hipoalergenik

Balancing Moisturizer

Formula yang ringkas, tidak berminyak dan mampu mengawal pengeluaran minyak pada wajah bertindak dengan membekalkan kelembapan segera yang kulit anda perlukan bagi menjadikan wajah kelihatan halus serta tidak berkilat.

Terbukti secara klinikal:
· 146% peningkatan keanjalan kulit dalam masa 28 hari
· 268% pengurangan garis-garis halus dalam masa 28 hari
· 173% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa 28 hari
· Membantu mengembalikan keseimbangan minyak pada kulit
· Hipoalergenik

Eye Treatment
Mengurangkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan serta menghilangkan sembap bawah mata dengan bantuan pelbagai nutrien dan botani khusus.
Terbukti secara klinikal:
· 233% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa dua minggu
· 120% peningkatan kekenyalan dan keanjalan kulit dalam masa dua minggu
· 209% pengurangan garis-garis halus pada kulit dalam masa lapan minggu
· 32% peningkatan kemampuan kulit untuk menahan lembapan lebih lama dalam masa lapan minggu
· Ton kulit yang kembali sekata dalam masa 12 minggu
· Kandungan botani anti-penuaan dan vitamin C memberikan faedah yang ketara pada kulit halus di sekeliling mata
· Juga sesuai untuk bahagian leher dan mulut
· Hipoalergenik, diakui oleh pakar-pakar oftalmologi dan selamat untuk pemakai kanta lekap




Click to view larger


Contact for order
Marina Muhammad
0194501317
ID : 1076246

Tuesday, December 17, 2013

SHAKLEE ATASI PERIOD TAK TERATUR

 Assalamualaikum...

Entry kali ini Mar nak cerita tentang hal wanita. Hanya wanita yang mengalaminya dan memiliknya. Apakah itu? Semestinya kitaran haid. Wanita yang normal pasti mempunyai kitaran haid yang teratur. Bagaimanakah yang tidak teratur?

Bila haid tak etartur pasti akan susah hati. kadang kala rasa tak selesa.


Masalah haid tidak teratur sering melanda kepada kebanyakan kaum wanita sama ada baru berkahwin, sudah lama berkahwin, sudah mempunyai anak dan merancang untuk hamil lagi atau yang masih gadis sunti. Walaupun nampak remeh tapi ia akan menjadi serius jika wanita berkahwin ingin hamil. 

Jika dibiarkan ia akan menyebabkan sistem pembiakan kurang subur. Salah satu daripada punca kitaran haid yang tidak teratur ialah ketidakstabilan hormon di dalam badan yang akan mengeluarkan hormon stress lalu menganggu ovulasi dan seterusnya mengganggu kitaran haid anda.

Dibawah merupakan 12 punca kenapa haid tidak teratur:

Penggunaan Ubat-ubatan

Sekiranya anda mengamalkan ubatan tradisional seperti jamu atau herba, berkemungkinan ubatan tersebut akan mempengaruhi kitaran haid anda.

Berlebihan Hormon Prolaktin

Hormon prolaktin yang berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid anda lewat atau tidak datang selama berbulan-bulan. Masalah gangguan hormon seperti ini dapat diatasi dengan pengambilan GLA COMPLEX SHAKLEE


Menyusukan anak

Sekiranya ibu menyusukan anak, kemungkinan besar haid si ibu tidak akan datang. Menyusukan anak boleh mengelakkan berlakunya hamil dalam masa terdekat. Amat bagus untuk merancang jarak anak berikutnya.

Masalah tiroid
Rasa panas, berdebar-debar dan kekurangan berat badan secara mendadak adalah tanda bahawa anda mungkin mengidap penyakit tiroid. Jangan berlengah sekiranya ia disertai dengan haid yang sedikit atau tiada langsung.

Kegemukan
Lebihan lemak dalam badan boleh menyebabkan ketidak seimbangan hormon dalam badan kerana lemak merupakan tempat simpanan hormon estrogen. Lebihan hormon estrogen akan menyebabkan kitaran haid anda terganggu. Sekiranya anda mengurangkan 10% daripada berat badan anda, peluang anda untuk hamil akan meningkat.

Terlalu kurus
Tidak cukup lemak dalam badan juga boleh memberikan masalah terhadap kitaran haid anda. Ini kerap terjadi kepada mereka yang terlalu banyak bersenam seperti atlit dan penari balet. Kitaran haid anda akan kembali teratur sekiranya anda mendapat berat badan yang ideal.

Tersilap tarikh haid yang terakhir

Masalah ini juga kerap terjadi. Dikatakan 40% wanita gagal mengingati dengan tepat tarikh sebenar haid mereka. Pastikan anda mencatat hari pertama haid anda pada setiap bulan sebagai rujukan.

Monopos
Bagi mereka yang berusia lewat 40an, haid yang sedikit & kekerapan yang kurang adalah petanda bahawa anda akan mengalami menopos.. Sekiranya anda bimbang, sila berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan.. Anda juga disarankan untuk menjalani pap smear bagi memastikan yang anda tidak mengalami masalah dipangkal rahim.

Perancang keluarga
Sekiranya anda mengambil hormon pencegah hamil seperti depo-provera atau implanon, ia adalah sebab mengapa haid anda lewat datang. Alat pencegah hamil berhormon menghalang ovulasi terjadi maka kitaran haid anda akan terganggu.

Hamil

Akhir sekali, mungkin haid anda lewat kerana anda mengandung. Tahniah!



Untuk atasi masalah haid tidak teratur, saya cadangkan anda amalkan GLA Complex. Selain daripada mengatasi masalah haid tak teratur, GLA Complex juga banyak kelebihan lain..

Jom kita lihat testimoni di bawah:




Jadi masih tidak percaya lagi? Terbukti GLA Complex menyelesaikan masalah haid tidak teratur kaum hawa dan masalah lain juga :)


Boleh Pm me for more info ye.
ID :1076246
Marina Muhammad
0194501317

PENYAKIT TIROID DAN SHAKLEE

Assalamualaikum...

Hari ni Mar nak kongsi beberapa info mengenai Penyakit Tiroid. kebanyakan rakyat Malaysia ramai menghidap penyakit ini.

Penyakit tiroid bagi yang tidak mengetahui kesannya mungkin akan menganggap penyakit ini sebagai penyakit remeh. Namun hakikat sebenar, penyakit tiroid ini merbahaya hingga boleh membawa maut pada si pengidap jika tidak dirawat dengan segera.
Jika mengikut dari bacaan dari beberapa sumber seperti wikipedia dan akhbar Utusan, wanita lebih mudah untuk diserang penyakit tiroid berbanding lelaki. Empat nisbah satu penyakit tiroid menyerang wanita berusia 20 tahun ke atas kerana sebab dan alasan yang tidak diketahui hingga kini. Penyakit ini boleh berlaku semasa dan selepas kehamilan.
sakit tiroid

Punca penyakit Tiroid – Kelenjar tiroid ialah organ endokrin yang terletak di leher manusia. Fungsinya ialah mengeluarkan hormon tiroid. Antara hormon yang terpenting ialah Thyroxine (T4) dan Triiodothyronine (T3). Hormon-hormon ini mengawal metabolisma (pengeluaran tenaga)

Ada dua jenis penyakit tiroid yang utama:-

1) Hipertiroidisme / Tirotoksikosis
2) Hipotiroidisme

Hipertiroidisme / Tirotoksikosis
Hormon tiroid T3 dan T4 didapati lebih tinggi daripada orang biasa. Antara penyebab penyakit ini ialah :
Grave’s disease. Antibodi di dalam badan menyebabkan tiroid membesar dan mengeluarkan lebih hormon. Selalunya semua (atau sebahagian besar) sel tiroid orang yang menghidapi penyakit ini mengeluarkan hormon berlebihan
Thyroiditis (tiroid bengkak). Selalunya keadaan ini boleh elok sendiri
Toxic nodule goitre. Terlalu banyak iodin di dalam makanan

Tanda-tanda orang yang menghidapi hipertiroidisme:
Bengkak di leher
Cirit birit
Degupan jantung bertambah, sentiasa berdebar-debar
Gementar dan gelisah, terketar-ketar
Haid tidak teratur, kurang atau tidak datang
Kesuburan turun
Penumpuan kurang
Mata menjadi besar (bulging)
Angin yang tidak menentu
Kejang otot
Oesteoporosis (kereputan tulang)
Pengeluaran peluh banyak, bertambah. Kulit lembap
Suhu badan naik, tak tahan panas
Rambut tidak kuat
Sukar bernafas
Sukar tidur
Tekanan darah naik
Turun berat badan walaupun selera naik
Lemah

Hipotiroidisme
Orang yang menghidap hypothyroidism pula tidak mempunyai hormon tiroid yang cukup.

Tanda-tanda orang yang menghadapi hipotiroidisme-
bengkak kaki
ingatan terganggu
lembap
malas
kuat tidur
badan sering terasa sejuk dan boleh mengakibatkan masalah jantung

Bagaimana cara untuk merawat penyakit kelenjar Tiroid?
Pesakit yang mengalami penyakit HIPOTIROIDISME mudah dirawat, tetapi terpaksa mengambil hormon tiroksin seumur hidup. Dos ubat juga mungkin diubah secara berkala bergantung kepada aras hormon tiroid.
Bagi yang mengalami sakit HIPERTIROIDISME pula, iodin beradioaktif diberikan untuk memusnahkan sebahagian kelenjar tiroid. Pembedahan juga salah satu daripada kaedah rawatan.
Walaupun dengarnya seperti menakutkan, tetapi penyakit ini tidak merbahaya sekiranya pesakit menerima rawatan dari peringkat awal.


Pesakit HYPOTIROID tidak boleh mengambil ESP
Pesakit HYPERTIROID tidak boleh mengambil Vitalea

Apakah supplement Shaklee yang menjadi pilihan utk pesakit tiroid ini???

bagi yg jenis HYPER
= VIVIX
= ESP

bagi yg jenis HYPO
= VITALEA
= VIT E COMPLEX
= OMEGA GUARD
= B COMPLEX


ESP (energizing soys Protein)
- mengandungi protein soya yg mempunyai estrogen
- Kajian mwendapati estrogen boleh mengahalang pengeluaran hormon tiroid seterusnya mengurangkan paras hormon tiroid dalam badan.
- ini berguna utk pesakit hypertiroidisme iaitu terlebih hormon tiroid
- boleh menyebabkan kurang rembesan hormon tiroid jadi tidak sesuai untuk pesakit hipotiroidisme (kurang hormon tiroid)

VITALEA
- Multivitamin yg mempunyai semua vitamin baik seperti iodin, vit a,d,e, b2,b3 dan zinc sgt sesuai utk pesakit hipotiroidisme
- Sumber iodin (sumber kekurangn iodin adlah punca penyakit hypotiroidisme)
- vitamin a, d menmbah keberkesanan t3 (hormon tiroid yg aktif)
- vitamin b2,b3 dan b6 berfungsi dalam pengahsilan hormon tiroid
- zinc diperlukan dalam penghasilan tiroksin atau t4(hormon tiroid yg tidak aktif) dalam kelenjar tiroid dan proses penukaran t4 kpd t3 (hormon tiroid aktif)




VITAMIN E
- Mengandungi 10mg selenium semulajadi
- selenium diperlukan utk penukaran kepada t3 dan juga mengurangkan antibodi kpd tiroid (salah satu penyebab hipotiroidisme ialah autoimmune atau kehadiran antibodi terhadap sel tiroid dalam badan)

Utk order contact saya..
Marina Muhammad
ID member : 1076246
marinaadeq@gmail.com

Monday, December 16, 2013

Set Penjagaan Rambut Shaklee


Assalamualaikum...

Haa...terkejut tak? SHAKLEE ni bukan setakat jual suplemen & vitamin utk kesihatan je, akan tetapi menyeluruh! Ada pencuci pakaian, dan paling best ada set penjagaan rambut ni. Oyeah!!


Kepada anda yg mementingkan penjagaan diri dari hujung rambut ke hujung kaki, haa SHAKLE ini adalah produk terbaik korang kena cuba :) senyum ^_____________^


Memula ragu-ragu la juga, sebab harganya lebih mahal daripada shampoo yang biasa kita beli kat kedai tu. Kuantiti pun sikit, 296ml sahaja.

Kali pertama pakai memang terus jatuh cinta. Kandungannya agak pekat, tanpa pewarna, jadi kita tak perlu tuang banyak-banyak untuk cuci rambut. Selepas cuci, kulit kepala rasa bersih dan kering, kepala rasa ringan sangat. Tak seperti shampoo biasa, perlu pakai banyak bagi yang berambut panjang. Lepas bilas dengan air, kepala masih rasa licin, macam ada jer benda melekat atas kulit kepala tu kan? Huhuhu..

Dan yang paling best, dengan menggunakan shampoo Shaklee, kita tak perlu cuci rambut hari-hari. Hari kedua dan ketiga pun masih rasa bersih. So, berbaloi la.. Walaupun harganya mahal dan kuantiti sedikit, kita tak perlu pakai hari-hari, rambut dan kulit kepala pun bertambah sihat.
Alhamdulillah..

Okey kat sini Mar nak attach percentage hasil dari kajian yg telah dijalankan utk shampoo Shaklee ni.



Sebenarnya, masalah rambut gugur bukanlah perkara pelik. Ianya disebabkan beberapa faktor seperti di bawah:

Penurunan mendadak Estrogen selepas bersalin (ini memang mar hadapi)
Kandungan Estrogen yang tinggi semasa mengandung menyebabkan pembentukan scalp rambut yang sihat dan ia mengunci akar rambut dengan kuat maka pertumbuhan rambut berlaku dengan baik. Tetapi sebaik sahaja bersalin penurunan kadar estrogen secara mendadak menyebabkan akar rambut longgar dan mudah gugur.

Pengambilan makanan berproses sebagai diet harian
Rambut juga seperti rumput hijau di padang, perlukan bekalan nutrient dan air yang cukup agar ia tumbuh subur. Pengambilan diet dengan makanan berproses menyebabkan badan kita sukar untuk menerima nutrient yang cukup untuk berfungsi. Otak akan menghantar gelombang untuk mengambil nutrient dari rambut kerana rambut secara amnya tidak mempunyai fungsi penting dalam meneruskan aktiviti harian. Kerana kekurangan nutrien seperti zinc, zat besi, protien dan lain-lain menyebabkan rambut kusam dan akhirnya gugur.

Stress
Stress memerlukan banyak B-complex, ia juga menyebabkan sekatan pada salur darah yang menyukarkan penyaluran nutrient kepada rambut.

Bahan kimia dalam produk rambut
Kebanyakan syampu di pasaran terhasil dari bahan kimia merbahaya yang merosakkan rambut. Macam-macam iklan yang kononnya nak luruskan lambut, lebatkan rambut, atasi rambut gugur dan produk ini dijual dengan harga yang murah. Hakikatnya, produk-produk ini mengandungi bahan kimia yang akan membuatkan rambut kita semakin rosak.

Untuk memastikan rambut yang sihat, pemakanan yang seimbang adalah perlu. Makanan untuk rambut yang sihat adalah makanan yang kaya dengan protein, Vitamin B Complex, Zink dan Vitamin C. Dan jika mengamalkan supplemen, pengambilan vitamin-vitamin di atas dan multivitamin akan membantu menghasilkan rambut yang sihat. Namun, pengambilan vitamin haruslah konsisten selama sekurang kurangnya 90 hari kerana sel dalam tubuh hidup antara 90 hingga 120 hari. Maka perlu masa untuk sel menerima dan menyerap dengan baik semua vitamin yang kita ambil.


Set penjagaan rambut Shaklee dikenali sebagai ProSante, adalah bebas kimia dan selamat untuk digunakan.

(1) Long Lasting Finishing Spray
“Medium hold” memastikan gaya rambut tidak berubah
Memberikan perlindungan UV
Menguruskan rambut yang dikeriting halus dan rambut yang mudah kusut

(2) Revitalizing Shampoo
Melicinkan kutikel rambut dan melebatkan rambut
Sistem pembersih yang lembut dan berpaten
Menyegarkan dan menyeimbangkan kulit kepala dan rambut tanpa terlalu melembapkan atau mengeringkannya

(3) Purifying Shampoo
Membersih dengan menyeluruh, menyingkirkan sisa-sisa produk fesyen rambut, pengumpulan mineral dan bahan-bahan cemar persekitaran lain
Mengekalkan keseimbangan lipid dan lembapan semulajadi serta tidak melunturkan warna rambut
Ideal untuk mengawal lapisan kulit kepala yang sihat, rambut juga tidak berkelemumur

(4) Replenishing Conditioner
Perapi dan pelembap yang pekat bagi rambut yang berkilat dan lembut bak sutera
Memperbaiki kerosakan pada permukaan rambut dan memperbaiki hujung rambut yang bercabang
Menguatkan rambut dengan protein dan humektan yang berasal dari alam semulajadi

(5) Lightweight Conditioner
Melicinkan dan melembapkan rambut tanpa menjadikannya terlalu melekit
Mengembalikan elemen struktur supaya rambut kelihatan lebat, berkilat dan sihat
Menghilangkan kesan statik agar rambut mudah digayakan dan diurus

(6) Nourishing Scalp Treatment
Menyelesaikan semua masalah rambut dengan serum yang amat mudah diserap oleh kulit bagi melancarkan peredaran, menentang factor persekitaran yang merosakkan dan juga membekalkan khasiat kepada kulit kepala.
Vitamin antioksida iaitu A dan E, dan juga Koenzim Q10 melindungi anda daripada kerosakan akibat radikal bebas dan pencemaran persekitaran.
Bertindak membekalkan ruang yang optimum untuk rambut anda.
Formula tanpa bilas memudahkan anda menggunakan dan menggayakannya.
Tidak menjadikan rambut melekit atau berminyak.

Perbezaan Shaklee
ProSanté Nourishing Scalp Treatment adalah formula eksklusif, yang terbukti mampu mengurangkan keguguran rambut semasa menyikat dan dapat melebatkan serta menguatkan rambut secara semula jadi apabila digunakan sebagai sebahagian daripada sistem Penjagaan Rambut ProSanté.


Yang mana satu anda perlukan?
Keperluan adalah mengikut jenis dan masalah rambut anda seperti berikut:

Bagi mereka yang mengalami masalah keguguran rambut anda boleh gunakan set berikut:
Revitalizing Shampoo
Lightweight Conditioner
Nourishing Scalp Treatment

Set ini boleh digunakan secara harian.

Bagi mereka yang mengalami masalah rambut berkelemumur, rambut bercabang, rambut rosak dan berminyak, anda boleh gunakan set berikut:
Purifying Shampoo
Replenishing Conditioner
Nourishing Scalp Treatment

Set ini untuk kegunaan 1-2 kali seminggu, bukan harian.

Jom Suburkan Rambut Anda!

Kulit kepala yang sihat adalah asas kepada rambut yang sihat. Itulah sebabnya kenapa setiap produk ProSanté mengandungi Scalp Health Complex, iaitu gabungan 10 vitamin, mineral dan herba bagi menyediakan persekitaran optimum untuk rambut yang sihat, lebat dan menawan.

Shaklee memilih bahan-bahan seperti:
Ekstrak swertia dan halia untuk merangsang peredaran darah dan membekalkan tenaga untuk folikel rambut; Mineral kulit yang penting seperti kuprum, zink, mangan serta vitamin A dan E untuk membantu metabolisme kulit kepala yang sihat; dan Minyak daun pokok teh serta esktrak teh hijau untuk menentang kerosakan akibat radikal bebas dan faktor-faktor persekitaran lain.

Dan anda juga tidak akan menemui sebarang bahan kimia kuat yang boleh merosakkan rambut dan juga kulit kepala anda dalam rangkaian penjagaan produk ProSanté.

Jom baca testimoni consumer lain yang telah menggunakan set ini.

*sesiapa nak walk in beli direct di HQ shaklee, boleh gunakan ID mar ye tapi mesej atau email dulu inform ye :)

Apa tunggu lagi? Jom cuba dulu baru tahu keberkesanannya ^_^
ID : 1076246
Marina Muhammad
No tel ; 019-4501317
emel : marinaadeq@gmail.com

Tuesday, December 10, 2013

1001 KHASIAT VIVIX SHAKLEE

Assalamualaikum...


Dua minggu lepas balik kampung belikan Abah Herb lax dan B complex. Utk makluman korang, abah aku sakit sekarang ni. Dia ada sakit jantung. Saluran darah ke jantung dia tersumbat. Masya Allah selalu sgt pitam tangan berkerut2 (mcm nk jd strok) serius takut bila dengar mak cerita T_T (the point is dia xnak buat operation sebab umur abah dah nk masuk 63tahun doc said risiko sgt tggi utk dpt strok atau lumpuh after operation) *nangis

Cuba bagi abah mkn dua produk tu, alhamdulillah minggu lepas aku balik abah cakap "shaklee kamu bagi hari tu bagus la na...abah rasa selesa je perut ni. lawas kencing, buang air besar. Rasa selesa dan berpeluh". Alhamdulillah..mak pun cakap abah dh jarang pitam kalau tidak sehari sampai 8 kali! *nangis

Lepas ni nak bagi abah minum vivix pulak *tunggu dpt duit bonus dr shaklee minggu depan hehehehe okay, siapa nak tau mengenai vivix ni? kalau2 korang nk bg kat mak ayah atau sendri nk amalkan :)

Hari ni Mar nak share mengenai khasiat vivix shaklee ni utk semua. Seriusly ramai yg mengambil vivix ni akan merasakan perubahan yg drastik pada tubuh badan. Utk makluman semua, Vivix™ adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. 


Mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.








Tersenarai di atas adalah kebaikan, khasiat dan manfaat Vivix. Vivix cukup bagus untuk memperbaiki sel, menghapuskan radikal bebas dan memperbaiki DNA. 
Penjelasannya; 

Memperbaiki DNA. Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal.

Memperbaiki tenaga sel. Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.

Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi. Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.


10 KEBAIKAN VIVIX!
1) Menggalak penuaan yg sihat – awet muda dan anti-penuaan
2) Membantu mengelakan kanser – merencat sel kanser dari menjadi semakin serius
3) Mengurangkan risiko penyakit jantung – melindungi jantung
4) Mengurangkan kompilasi diabetes / kencing manis
5) Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi – melindungi saraf
6) Mengurangkan insiden bg penyakit nyanyuk
7) Membantu dlm proses penurunan berat badan
8) Menyokong kesihatan mata
9) Meningkatkan kesihatan imum badan
10) Menggalakan kesihatan keseluruhan


Vivix telah terbukti menyelesaikan masalah penyakit2 serius, antaranya :
• Diabetes
• Kolestrol tinggi
• Penyakit Kardiovaskular (Jantung)
• Tekanan Darah Tinggi
• Alzheimer atau nyanyuk
• Arthritis, Osteoporosis, Masalah sendi dan tulang
• Gout
• Letih
• Metabolisme badan RENDAH (antara sebab sukar turun berat badan)
• Masalah kulit dan bintik penuaan (kedut)
• Kanser dan tumor
• Katarak dan masalah mata
• Masalah saraf
• Lemah imun tahan daya badan - lambat sembuh


Di Shaklee, satu produk yang berjaya mencetuskan revolusi terbaru iaitu anti penuaan selular VIVIX adalah jawapan untuk masalah-masalah di atas.

Di kala usia meningkat ini, pengambilan pelbagai jenis ubat atau vitamin menjadi sangat sukar.TETAPI, anda hanya perlukan 1 SUDU TEH VIVIX sahaja sehari. Mudah sahaja kan?
Kandungan VIVIX adalah 10 kali ganda lebih kuat daripada resveratrol dalam memperlahankan pembentukan Protein AGE.

testimoni?? (klik gambar utk lebih jelas)






kalau2 korang masih ada mak abah lagi boleh la bagi dorang minum vivix ni....cegah sebelum terkena.
Rawat sebelum terlewat.
JOM DAPATKAN VIVIX SHAKLEE !

Marina Muhammad
ID : 1076246
No tel : 0194501317