................................

Wednesday, April 15, 2009

penapisan internet

PENAPISAN INTERNET

BACALAH UNTUK PENGETAHUAN KAMU SEMUA PARA BLOGGER

Secara idealnya Internet adalah saluran yang boleh menyalurkan apa sahaja maklumat seperti maklumat teknikal, saintifik, politik, ekonomi dan gosip selagi tiada sekatan terhadap penyaluran itu termasuk maklumat yang boleh ditafsirkan sebagai mengancam keselamatan negara. Maklumat yang dikira sebagai membahayakan sesebuah rejim negara itu boleh dikenakan penapisan sama ada bertujuan untuk mengekalkan kuasa politik yang sedang memerintah atau sememangnya bertujuan menjauhi bahaya yang akan menjejaskan keharmonian rakyat negara berkenaan.

Apakah isu penapisan Internet itu sebuah isu yang besar? Memang ia merupakan isu yang besar dan kontroversi. Dalam dunia yang serba moden rata-rata rakyat memerlukan maklumat untuk mereka membuat keputusan. Dalam dunia moden pula konsep demokrasi yang bererti rakyat harus diberi maklumat seimbang dari pelbagai sumber adalah penting.

Dalam hal ini kebebasan media baik yang dicetak mahupun berbentuk elektronik adalah prasyarat bagi sesebuah masyarakat itu boleh maju atau tidak. Jika sesebuah negara itu maju tetapi masih tidak dapat mengetahui perkembangan terbaru dunia kerana maklumat berkenaan tidak sampai ke pengetahuan mereka maka mereka belum lagi mengecapi erti pembangunan sebenar. Sebagai kembangan kepada konsep demokrasi itu muncul pula konsep e-demokrasi, yakni masyarakat mencebur diri mereka dalam perkembangan demokrasi secara talian atau melalui Internet.

Internet yang memungkinkan pencapaian maklumat tanpa terhad boleh juga membawa kemudaratan mengikut tafsiran beberapa regim pemerintah. Bagi kebanyakan negara-negara maju terdapat kurang penapisan di Internet jika adapun adalah dalam bidang ponorgrafi kanan-kanak atau lelaman yang mengapi-apikan kebencian terhadap agama, budaya dan bangsa.

Di negara-negara maju itu sebarang usaha untuk mengenakan penapisan terhadap Internet akan disambut dengan protes lantang dari pelbagai pihak yang cintakan kebebasan laluan maklumat kerana usaha sedemikian ditafsirkan sebagai melanggar hak asasi dan menafikan kebebasan rakyat mereka menerima maklumat yang boleh meningkatkan kesedaran mereka akan perihal dunia. Tetapi terdapat beberapa negara sedang membangun tidak mengenakan sebarang bentuk penapisan dan terdapat juga negara-negara sedang membangun yang mengenakan beberapa bentuk penapisan ke atas Internet.

Dalam satu laporan yang dikeluarkan oleh Reporters Sans Frontieres terdapat 20 negara yang mana kerajaan mengawal sebahagian atau sepenuhnya capaian Internet terhadap rakyatnya seperti China, Iran, Korea Utara dan Vietnam. Internet yang kita sedia maklum mengandungi banyak maklumat yang boleh dijanakan sebagai pengetahuan. Dalam hal ini kita boleh sifatkan negara yang mengamalkan penapisan internet akan menyebabkan rakyat akan ketinggalan dan mundur.

China pula mempunyai banyak undang-undang berkaitan dengan Internet. China sebuah negara yang sedang membangun pesat dengan penduduk 1.4 bilion manusia melalui undang-undang menyatakan bahawa sebaran mesej yang ditafsirkan sebagai "haram", "apa sahaja yang melanggar perlembagaan yang menjejaskan martabat dan kepentingan China" akan dikenakan tindakan. Pada tahun 2000, sebanyak 1,000 jenayah Internet telah dilaporkan oleh pihak pemerintah China.
Terdapat beberapa negara seperti Indonesia, India, Thailand dan Filipina yang tidak mengenakan penapisan internet. Sehingga kini semua negara ini tidak mengenakan sebarang bentuk penapisan Internet. Dengan itu the free flow of information melalui Internet wujud di negara-negara ini meskipun terjadi beberapa kes dramatik yang terjadi akibat adanya free flow of information ini. Sebagai contoh Presiden Suharto tumbang di Indonesia dan diikuti Presiden Estrada di Filipina semasa kehadiran IT. Meskipun jumlah pemilikan Internet di kedua-dua negara kecil berbanding negara-negara jiran mereka, penggunaan Internet atau teknologi penyebaran maklumat dalam mengubah corak landskap mereka tidak boleh dinafikan.

Bagaimana pula dengan Malaysia? Malaysia adalah sebuah negara yang tidak mengenakan pennpisan internet. Akta Komunikasi dan Mutimedia 5 di mana pihak kerajaan memberi satu jaminan bahawa tiadanya penapisan di dalam perkembangan Internet. Sepotong ayat dalam Akta itu berbunyi "tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh ditafsirkan sebagai membenarkan penapisan Internet" bagaikan memberi ruang lingkup kreativiti berkembang di dalam perkembangan Internet.

Peruntukan ini sepatutnya disambut dengan riang gembira kerana kegiatan kreativiti tidak disekat di dalam Internet.Namun persoalannya, adakah betul undang-undang ketiadaan penapisan internet benar-benar diikuti oleh pihak pemerintah pada hari ini? Walaupun telah termaktub dalam perlembagaan tentang ketiadaan penapisan internet, namun kerajaan tidak mempedulikan undang-undang tersebut kerana banyak tindakan kerajaan pada hari ini yang meneyekat kebebasan penggunaan internet. Paling terbaru, adalah kes yang melibatkan Raja Petra Raja Kamarudin dimana blognya telah disekat akses oleh orang ramai.

Namun begitu ditarikbalik selepas itu. Ketiadaan penapisan internet yang bertujuan untuk membebaskan masyarakat menggunakan internet juga tidak bermakna apa-apa seandainya terdapat pelbagai undang-undang lain yang boleh menyekat kebebasan menggunakan internet. Undang-undang yang paling kejam ialah Akta Keselamatan Dalam Negeri yang akan menahan mana-mana individu tanpa perlu memberikan alasan dan tanpa bicara.

Kesimpulannya, ketiadaan penapisan internet sememangnya berkait rapat dengan proses demokrasi dan ia adalah satu elemen penting dalam membina demokrasi di Malaysia. Namun, itu belum mencukupi dan tidak bermakna apa-apa selagi kerajaan terus memantau penggunaan internet dengan undang-undang. Demokrasi yang sebenar-benarnya boleh dibentuk sekiranya kerajaan mematuhi undang-undang ketiadaan penapisan internet dan memberikan hak sepenuhnya kepada rakyat untuk memberikan pendapat dan pandangan.

Foot note : ilham dari blog projek subjek YKT214 aku dan kengkawan course aku--> blissoureteam.blogspot.com

BY:BABYBOO

No comments: