................................

Thursday, January 22, 2009

adakah ini harapan dunia???

Sebelum ini kita lihat, Amerika dipimpin seorg lelaki yang digemari kasut itam saiz10 dan boleh dikatakan dibenci oleh seluruh rakyat dunia..

Tapi skrg, bermula pada 20 Jan 2009, negara besar itu diambil alih pimpinannya oleh seorang nigga. Dunia melihat ini kepada satu revolusi yg besar..adakah ianya benar? adakan ini orang yang umat Islam harapkan utk menghentikan keganasan di Gaza?Tepuk dada, tanya iman.

By: BOO

Tuesday, January 20, 2009

hari aku ketawa ngekek-ngekek

*Rasa boring? Tak tau nak buat apa, dah tu otak jenis takde sense of creativity pulak kan..apa kata korang cuba antara idea di bawah ini.

Apa boleh di buat dengan kotak kosong?

  • buat tempat kucing beranak
  • bermeditasi dalam kotak
  • jadikan sebagai rumah kedua
  • buat meja pastu bubuh alas kain corak-corak ye!
  • buat sampan untuk cicak, semut, mentadak dan sebagainya.
  • try serkup kepala bapak mertua korang.
  • untuk cover alat sulit jika di peras ugut (maknanya pakaian luar dalam pun di samun)
  • masuk dalam kotak dan suruh adik tarik, macam main tarik upih tu.
  • bina jadikan robot gundam
  • kalo rasa muka agak hodoh, boleh buat tutup muka untuk mengelakkan serangan sakit jantung kepada orang awam.
*moral - manafaatkan la kotak kosong sebaiknya kerana ada kala ia amat berguna even untuk packing brg wkt abis sem ye (bdk2 hostel sedunia)



*Di sebuah ofis yang ntah mane-mane ofis :


Lan : Mat, bos panggil ko.

Mat: apasal weh?

Lan: Ntah, mane lah aku tahu


Bos : Ha Mat, masuk...Mat, saya nak tanya awak sesuatu

Mat: apa dia bos?

Bos: awak percaya tak khidupan selepas mati?

Mat: tentulah percaya, sebagai umat Islam kita mestilah bla..bla..bla..

Bos: bagus la gitu..

Mat: knp bos?

Bos: minggu lepas awk ada amik cuti sebab datuk awk meninggal, baru pagi tadi dia cari awak kat ofis

Mat: errrr...yeke bos....(muka mcm taik)

*moral - tlg la bg reason yg munasabah skit even terpaksa menipu bos kamu (bagi yang dah keje ye *incik Boo)

p/s : sumber di peti dari UJANG 2009 ( tu pun pinjam kwn jiran aku sebab bosan tak tau nak buat apa even asgmnt blambak2)

Monday, January 19, 2009

AJL 2009 gaya tersendiri


Animated Pictures Myspace Comments ANUGERAH JUARA LAGU 2009



Malam tadi sempat lagi saya tengok AJL even pagi ni kena prepare present kat class. Tapi memang AJL kali ni agak puas hati. Kemenangan yang di berikan amat berbaloi. Tak sia-sia saya turun bilik TV dan ‘cop’ seat untuk menontonya. Antara kemenangan yang diperolehi malam tadi :


Kategori :

• Vokal terbaik – Faizal Tahir (Sampai Syurga)

• Persembahan Terbaik – Faizal Tahir (Sampai Syurga)

• Balada – Faizal Tahir (Cuba)

• Etnik Kreatif – Farawahida (Persoalan Cinta)

• Pop Rock –Meet Uncle Hussin (Lagu Untukmu)

• JUARA LAGU – LAGU UNTUKMU BY MEET UNCLE HUSSIN


Tahniah kepada MEET UNCLE HUSSIN kerana even first time masuk, anda Berjaya dengan jayanya. Moga industry band indi tanah air akan lebih mara kehadapan kelak. Tidak lupa juga kepada Faizal Tahir yang Berjaya menggondol 3 award, tahniah kepada anda. Anda memang sangat berbakat dan perform bersungguh-sungguh. Kepada Farahwahida, tahniah juga kerana Berjaya.


Part paling suka malam tadi part ending. Waktu M.Nasir, Jamal Abdillah, Jaclyn dan budak-budak kecik (bintang kecil) bergabung suara nyanyi lagu ISABELLA. Memang tak sangka Jamal bawak lagu tu MELETOP beb! Nak tido pun terngiang-ngiang even tak la suka mana pun lagu tu huhuhu


Pakaian artis semalam pun semua ok je tapi tak berapa suka sangat Elyana perform this is because dia perform mcm nk tak nak je tak tau apa motif dia perform atas tangga tersebut. Pakaina dia pun macam badut. Sangat suka make up Meet Uncle hussin yang sangat funny tapi menarik.

Kepada yang tak Berjaya, ‘CUBA’ lagi akan datang, mungkin ‘LAGU UNTUKMU’ kali ini bakal mewarnai tahun 2009 anda dan mengingatkan anda mengenai kemenangan tersebut dan usahalah ‘SAMPAI SYURGA’

TAHNIAH SEMUA...

P/S : malas je nak gi class pagi ni, tak nyenyak tido nyamuk wat serang hendap malam tadi.


BY : BABYBOO

Sunday, January 18, 2009

Palestin Islam Sejati




Kekejaman Zionis terhadap rakyat Palestin sebenarnya telah bermula sejak sebelum 27 Disember 2008. jika anda peka dgn current issue tentang kekejaman yang umat Islam hadapi, anda akn buka mata betul2..

Sedarlah wahai umat Islam..Yahudi sekarang sedang cuba menakluki Bumi suci Islam..sape kata bumi suci???dalam Al-Quran.Di bumi itulah lahirnya lebih kurang 80 orang para nabi, dan di situ jgk la lbh kurang 50 makam para nabi. di situlah terletaknya masjid Al-Aqsa yg merupakan kiblat pertama umat Islam selepas Rasulullah S.A.W. mendapat perintah Allah S.W.T. utk kita semua menunaikan solat setelah Baginda diangkatkan ke langit..Di situlah tmptnya Rasulullah mengikat Burraq sebelum Baginda diangkat ke langit..

Yahudi telah merancang sejak sekian lama utk menakliki bumi suci ini..Palestin adalah negara yang paling strategik, yg mnghubungkan Asia, Barat dan Timur..

kita lihat sekarang, Gaza yang sebesar Teluk Intan di Perak, diserang bertalu-talu, pembunuhan dilakukan seperti membunuh binatang..kerana pada mereka, selain dari Yahudi,mereka yang lain adalah binatang.Mereka nak hapuskan Masjid Al-Aqsa untuk mendirikan tempat ibadat mereka sendiri..27 Disember bersamaan tahun baru Islam..mereka menyerang..mereka menghina umat Islam.

Tetapi, Palestin tidak gentar menentang demi mempertahankan bumi mereka..kita lihat bagaimana mereka diserang dan bagaimana mereka membalas serangan..itulah dia, Islam sejati.

Bangkitlah..bangunlah umat Islam..bantulah rakyat Palestin walau dengan hnya sekadar berdoa, boikot mereka..itu sudah memadai..Agar Islam, takkan hilang di dunia.

By : BOO

weekend yang fresh


ala atlet gitu! gotcha!

Animated Pictures Myspace Comments

wah hari minggu yang sangat di penuhi sebaiknya. Macam tak percaya Cik Marina pergi jogging. Mimpi ngeri apakah yg melanda?? confius..confius..hari yang sangat bertenaga dan berasa sangat yakin. Seawal pukul 7pagi dah excited siap2 nak gi jogging kat Tasek Harapan (di mana tmpt biawak-biawak sedunia beroperasi) sangat lah mengelikan. Lepas jog tak berapa pusingan (ala kadar je) , saya and kawa-kawan pun bertukar angin ke stadium berdekatan (dalam USM gak tak mungkin la bukit jalil) untuk bersenam secukup perasaan di sana. Hari ni terasa sangat fresh kerana mengeluarkan peluh yang setahun sekali hanya di keluarkan.


muka penat jogging



Kononnya motif nak kurus lah kan, balik jogging makan bagai nak rak. Sangatlah kurus kalau macam tu hahahaha yela dah keluar banyak peluh, mestilah ganti balik lemak2 yang terbakar tadi. Kawan-kawan saya pun nampak fresh kerana jika tidak keluar jogging, necayalah mereka masih berselimut seawal 7pagi itu. Banyak juga step nak warm up saya dan rumate blajar dari Fiza, maklum la atlet sekolah dulu. Lagipun dia pernah gi PLKN dulu, so agak banyak blajar kat sane. Lain kali pasti nak jogging lagi sebab jogging buat saya feel fresh sepanjang hari

Animated Pictures Myspace Comments





Friday, January 16, 2009

cuaca

Sekarang ni cuaca makin terik. Dunia semakin panas. Makin lama makin takut akan cuaca dan suhu pada masa akan datang. Tambahan pulak, my ex-lecturer pernah kata akan datang suhu akan makin meningkat sampai masak telur pun kita boleh masak kat luar. Bayangkan betapa panasnya cuaca dunia kini. Sape yang harus kita persalahkan dalam situasi ini? Cuaca semakin panas membakar, namun pembakaran masih lagi berlaku secara berleluasa tanpa memikirkan kesan kelak. Bayangkan, bagaimana generasi kita hendak tempuh suhu dunia dan cuaca akan datang sedangkan kita sekarang pun hampir tidak mampu mengawal dan menempuhnya. Kita as makhluk yang di kurniakan akal dan fikiran seharusnya berfikir terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara. Jangan dah terantuk, baru nak tergadah. Oleh itu fikir fikirkan.....

imej baru yang agak matang





Wah..wah..tiba-tiba sahaja saya memang teruja nak try pakai selendang.Amat memelikkan diri saya hahaha dulu tengok orang pakai selendang, rasa macam orang tua but now!!!oh my Goodness!!!!!!hahaha tapi apa salahnya saya cuba memperagakan dan menyokong industi fesyen tanah air cewah ala muslimah la kononya. Nampak sikit macam tahun baru bila nampak perubahan baru hehehehehe bila saya pakai,saya rasa agak yakin dan berkarisma wah hahahaha
memang dah lama nak cuba tapi macam takde galakkan..tapi kali ni redah je!!!!!!!!!
Terima kasih juga kepada kawan-kawan yang bagi galakkan. dan tak lupa kepada Boo yang memuji(sesungguh yang puji2an hanya untuk yang Maha Esa) dan kepada para penaja, thank u so much...
segala usaha anda semua amat saya hargai hehehehehehe

-babyboo-


Thursday, January 15, 2009

banyak cakap memudaratkan diri



Semalam nasib baik saya tak kena langgar kereta..fuh..kalo kne naya cik..mana tak nye, asik bercakap.. bercakap tak sedar termelintas jalan huhuhu nasib kawan tarik tangan saya and nasib baik juga kereta itu tidak meluncur dengan lajunya hehehe. Malunya semua orang pandang, pemandu plak hon sekuat perasaan pastu gelak2 tengok saya yang masih belum berhenti bercakap.(berborak kat seberang jalan sana sambil melambai kat kawan lagi tu he he he) sebut pasal banyak cakap, teringat sorang lecturer saya. Dia ni lecturer komunikasi (of course la saya kan kos komunikasi) dia cerita, dulu dia memang tersangat la banyak cakap waktu kat sekolah dulu. Memang setiap masa cakap..cakap..and cakap tanpa henti pastu suka ketawa-ketawa and one day ni, tiba2 dia terkedu and terkejut. Macam ada sesuatu yang terbang2 dalam mulut dia waktu tengah bercakap2 dengan kawan dia..pastu dia tertelan cuz terkejut sangat..sekali rupanya dia tertelan lalat maa..hahahahahaha memang in case lah kan tak pnah di buat orang tertelan lalat yang sebesar ya amat tu.. The moral of this story is jangan la kuat sangat bercakap and jangan nganga mulut besar-besar sangat waktu ketawa or bercakap ini bakal memudaratkan diri sendiri…hehehehehe tak mustahil akan berlaku kepada anda..


p/s: ada sape-sape pernah makan lalat sila angkat tangan anda ya..

BY : BABYBOO

undi kosong...



Dah lama tak update blog busy sgt baru start class mcm2 kena pikir. Sem ni agak stress sebab kena praktikal. Dah la tak dapat tempat lagi.Sangat la memikirkannya...Arini ada pilihanraya umum kat kampus.As usually, lagi 2,3 hari calon-calon baru nak kempen.Masuk dewan kuliah, perkenalkan diri and then keluar bagi pamplet tentang diri dorang. munasabahkah ini berlaku? mana lah kita nak tahu kemampuan dorang if kenalkan diri je..Ntah-ntah tak pandai memimpin ke...nobody's know..saya tengok yang turun mengundi macam kena paksa je. Turun, gi undi and then balik.Setengah student main tanda je sape kena nasib la ko..I think tak boleh la macam tu. Dorang patut buat some activities yang kita as society in campus boleh nampak cara dorang guide student. Baru lah wakil pelajar namanya..imej kena la jaga jangan ar pakai (kot/blazer) yang besar kan. Nampak sangat lah baju pinjam and sedikit sebanyak imej jatuh. Lagi la buat orang tak yakin denga kita.Tolong la lampirkan imej yang berkarisma jika mahu jadi pemimpin pelajar. Jangan la semata-mata nak nama je, main redah je. Lu pikir la sendiri...


-babyboo-

Friday, January 2, 2009

tempuh sama-sama



HAPPY NEW YEAR!

kadang-kadang bila fikir masa depan and masa akan datang, saya macam takut je..yela, nak hadapi situasi yang kita tak tahu lagi macam mana.Baik kah?buruk kah? wallahualam.. yang pasti, teruk macam mana pun, perit macam mana pun, kita kena tempuh dengan tenang tak kira sekritikal mana pun kita waktu tu. paling takut tahun ni, nak tempuh kehidupan dengan boo. Kadang-kadang, ada juga kami berbalah and berlaku perselisihan faham.Adat la tu..sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula dalam hubungan kan?Tapi kalo masing2 memahami, insyallah everything gonna be ok!

Bila tengok Mawi ngan ekin kawin, rasa jeles plak.Tapi tak la saya terfikir nak kawin buat masa ni.Banyak lagi komitmen lain and impian yang masih tak tercapai sepanjang saya hidup kat dunia ni. macam mawi tu yela. dia dah world!!moga mereka bahagia selamanya ke akhir hayat..

-BABYBoo-

Azam 2009


Agak lama tak update post kat blog. Agak busy dengan situasi sekeliling yang tak brape pasti dengan apa yang di busy kan. Pejam celik, dah masuk tahun baru dah kita semua. 2009 menanti dengan segalanya tak pasti tapi kita nak tak nak harus juga tempuh tahun ni dengan semangat baru,. azam baru, keyakinan baru tapi masih diri yang sama..jadilah diri kita yang asli..

azam baru saya tahun ni ialah "kurangkan makan,banyakkan belajar" memang macam kelakar and simple je tapi pergh..macam susah je nak laksanakan.

Memandangkan prestasi belajar saya tidak memuaskan sem ni cuz tak brape meningkat improvementnya, so saya nak banyakkan belajar tahun ni. Kalo tak mesti nyesal..

Dugaan..emm,bila masuk tahun baru,mesti macam2 dugaan baru yang kita bakal tempuh..apa yang paling penting ialah, berani dan yakin pada diri sendiri..

azam dalam hubungan plak, nak jadi lebih memahami untuk 'si dia' tercinta.
azm sebagai seorang anak plak,nak lebih turut kata dan tak mengecewakan mak abah..
azam terhadap kawan2 plak, nak lebih open minded sebab dah matang..nak lebih friendly and paling penting nak lebih baik dari yang lepas.

-baby-