................................

Monday, January 19, 2009

AJL 2009 gaya tersendiri


Animated Pictures Myspace Comments ANUGERAH JUARA LAGU 2009



Malam tadi sempat lagi saya tengok AJL even pagi ni kena prepare present kat class. Tapi memang AJL kali ni agak puas hati. Kemenangan yang di berikan amat berbaloi. Tak sia-sia saya turun bilik TV dan ‘cop’ seat untuk menontonya. Antara kemenangan yang diperolehi malam tadi :


Kategori :

• Vokal terbaik – Faizal Tahir (Sampai Syurga)

• Persembahan Terbaik – Faizal Tahir (Sampai Syurga)

• Balada – Faizal Tahir (Cuba)

• Etnik Kreatif – Farawahida (Persoalan Cinta)

• Pop Rock –Meet Uncle Hussin (Lagu Untukmu)

• JUARA LAGU – LAGU UNTUKMU BY MEET UNCLE HUSSIN


Tahniah kepada MEET UNCLE HUSSIN kerana even first time masuk, anda Berjaya dengan jayanya. Moga industry band indi tanah air akan lebih mara kehadapan kelak. Tidak lupa juga kepada Faizal Tahir yang Berjaya menggondol 3 award, tahniah kepada anda. Anda memang sangat berbakat dan perform bersungguh-sungguh. Kepada Farahwahida, tahniah juga kerana Berjaya.


Part paling suka malam tadi part ending. Waktu M.Nasir, Jamal Abdillah, Jaclyn dan budak-budak kecik (bintang kecil) bergabung suara nyanyi lagu ISABELLA. Memang tak sangka Jamal bawak lagu tu MELETOP beb! Nak tido pun terngiang-ngiang even tak la suka mana pun lagu tu huhuhu


Pakaian artis semalam pun semua ok je tapi tak berapa suka sangat Elyana perform this is because dia perform mcm nk tak nak je tak tau apa motif dia perform atas tangga tersebut. Pakaina dia pun macam badut. Sangat suka make up Meet Uncle hussin yang sangat funny tapi menarik.

Kepada yang tak Berjaya, ‘CUBA’ lagi akan datang, mungkin ‘LAGU UNTUKMU’ kali ini bakal mewarnai tahun 2009 anda dan mengingatkan anda mengenai kemenangan tersebut dan usahalah ‘SAMPAI SYURGA’

TAHNIAH SEMUA...

P/S : malas je nak gi class pagi ni, tak nyenyak tido nyamuk wat serang hendap malam tadi.


BY : BABYBOO

No comments: