................................

Thursday, October 16, 2008

The Day of a Sadday

11 Oktober bersamaan 11 Syawal: pagi itu bermula dengan biase cuma aku, tak berapa sihat sebab semalmnya iaitu hari Jumaat, aku baru lps eksiden, jatuh moto kat rounboard area Jusco di Seri Kembangan. luka taklah seteruk mana, tapi pedih jugakla, nak duduk susah, nak mandi susah, nak solat susah, nak turun tangga lg susah. luka pun tak kering sepenuhnya pagi tu. aku bgn pagi tu lewat.

aku turun beli n.lmk, b'fst dulu and tgk tv. aku rendam baju2 yang belum basuh, aku basuh. pagi tu around pukul 9.30, mak aku col. dia tnye kbr aku cuz dia tau aku eksiden lps Baby bgtau dia. dia ckp dia dlm kete ngn ayhnda aku, on the way nak hantar bapa saudara aku called "Pak Dee" and mak saudara aku Wan Tee (wife pak dee) ke Hospital USM Kelantan. Pak Dee sakit..dia hadapi penyakit yg tak disngka menyerang tibe iaitu Kanser..aku tak pasti kanser ape tapi yang aku tau kanser darah..

Pak dee mula tau penyakit ni sejak beberapa bulan yang lalu, dia sakit kaki. dah diurut, tak jugak ok. dia igt, terseliuh ke ape ke, pastu kawan dia suh pegi cek ngn doktor, dia pun pegi la. then terkejutnya bile doktor bgtau tulangnya raput. masa tu tak tau lagi ada kanser, tapi ble dicek dicek dan dicek lagi, baru tau..dan hari makin hari, dia lemah, tak bermaya..badan yang tuff,mula kurus.dia seorang yang aktif bersukan, badminton, takraw,tennis..doktor bagitau kanser ini berpunca dari pemakanan.

nak dijadikan citer hari sedih aku, mak col pagi tu, dorg kat kampar dah. on the way nak ke Kelantan. kan baru lps raya, so Pak Dee yg before ni duduk kat Hospital kat Kelantan tu dapat blk raya seminggu lps doktor bagi kebenaran dia blk. ayahnda aku ngn Pak Lee (adik abah, abang kepada pakdee) yang pegi amik Pak Dee ari tu. esok nak raya, pg ni baru tau blh blk, so bergegas la dorg nak pegi amik pak dee..pukul 3pg hari raya tu baru sampai. so its time to send him back to the hospital la masa mak col aku ari tu.sumenya ok, mak ckp pakdee tgh rht2, dia tak larat dah..nama anak pun dah lupa, anak berapa pun dia lupa.so dia tgh rht2 dlm kete..abah aku sembang2 ngn dia even dia diam je.

Lepas abis perbualan aku ngn mak, 10minit lepas tu, adik aku, Mizah pulak col.."abg..pakdee dah tak de..." aku terkejut, aku sebak, aku terus bgtau dia aku nak blk. even aku injured. aku terus bersiap2 blk. then pastu cikna (adik abah, kakak kepada pakdee) col, bgtau.dia menangis..everybody was crying..pemergian Pakdee adalah satu kehilangan yang besar bagi famili ni..

aku naik buz buruk dari pudu strait trus ke teluk intan (rumah opah) and aku tak sempat sampai nak jmpa and tgk pakdee kali terakhir. setibanya aku kat sane, ujan baru reda. cikna dtg amik aku n trus pegi kubur. ramai sgt yg dtg. Pakdee baik..dia baik ngn sume org..aku dtg2, sume fmili ada. pakLee dari phg, fmili cik ani dari sg.petani, sume dtg..sume menangis..tapi tak la sume, i mean, adik beradik and saudara mara terdekat..masa aku smpai, dah kebumi..tgh siram air and tabur bunga..aku sebak..aku col baby, tak tau knp..aku menangis bila teringat masa2 aku ngn pakdee..main badminton, shoping raya tahun lps ngn dia..sembang..bergurau..hum se is good guy..yang tak tahan, anknye Syafiqah about 3/4thn tnye opah, "bile kite nak amik ayah balik opah?" Opah nangis ckp dah tak blh amik dah cu..ayah dah takde.."kenapa tak boleh? nanti kite amik la ayah balik tau" sambungnya lagi..dia tak tau ape..

malam ramai yang dtg menziarah..wat tahlil..saudara mara aku belah mak dari taiping pun datang..so sad ari tu. aku sampai sakit2 kepala sedih..lapar..itulah, hari yang amat sedih bagi aku selepas pemergian arwah tok aku..mak bagitau, arwah pakdee senyum je nampak gigi sikit..wajah manis..before ni, kening, rambut, janggut misai sume gugur, tapi ari tu, mak, abah, wantee bgtau, dah tumbuh ckit..mujurlah diorang kuar lmbat..buatnya kuar awal, mybe masa tu dah kat Jeli. kalau meninggal kat atas bukit, lagi teruk. mujurlah kat Kampar, dkt je ngn Teluk Intan.

Kepada pembaca, sedekahkanlah Al-Fatihah kepadanya moga Allah akn memberkatinya.Al-Fatihah..

By: BOO

No comments: