................................

Friday, November 7, 2008

demokrasi vs wartawan







sebut tentang demokrasi, apakah yang timbul atau muncul pada fikiran anda semua? parlimen? kabinet? kebebasan?

tetapi sejauhmanakan demokrasi kita di amalkan? kadang2 terfikir, sebuah negara yang mengamalkan pemerintahan secara demokrasi sepatutnya tidaklah terlalu di kawal sangat kan? tetapi tengok sahaja kini, apakah demokrasi itu di peroleh oleh seseorang wartawan?

sebagai seorang bakal wartawan, saya macam terfikir jugak. Macam nama cara kita nak memuaskan hati rakyat means nak penuhi kehendak rakyat. Seperti yang kita ketahui, tugas wartawan ni lebih kurang macam mewakili masyarakat juga untuk ketahui berita, apa yang terjadi dalam dan luar negara akan tetapi jika sesuatu itu di kawal, bagaimanakah ingin menjadi wartawan yang profesional yang memenuhi kriteria yang selengkapnya di samping memuaskan hati masyarakat yang meletakkan wartawan sebagai wakil mereka.

kadang-kadang sesuatu pihak itu tak hargai pun hasil and jasa yang wartawan dah lakukan. Penat lelah wartawan bertungkus-lumus menghasilkan berita.Bagaimana dunia tanpa WARTAWAN?

Adakah wartawan penting bagi sesebuah negara? Apakah bakal terjadi jika profesion wartawan di hapuskan?

Dunia kita akan senyap sunyi tanpa berita. Dunia kita tidak akan di gemparkan oleh berita-berita yang terjadi dalam mahupun luar negara. Masayarakat tidak akan ketahui apa yang terjadi even di sekeliling mereka.

Kepada wartawan atau bakal-bakal wartawan, jadilah wartawan yang berbakti pada masyarakat, bangsa, agama, negara dan diri sendiri..amalkan lah etika yang di pandu dalam prinsip kewartawan..



-ur baby-


No comments: