Hidup ni macam roda, kadang kala kita di atas, kadang kala kita di bawah. Sama juga macam cuaca. Bila hujan di ibaratkan macam kita sedang sedih, bermuram. Bila panas muncul, pelangi menceriakan cuaca di ibaratkan kita sedang bergembira dengan sesuatu yang kita alami. kehidupan kita kadang-kadang baik, kadang kala ada buruk juga. Namun, kita tidak boleh menyalahkan mana-mana pihak jika kehidupan kita tidak sama dengan orang lain. Segalanya telah ditetapkan oleh-NYA. Kita cuma usaha agar kehidupan kita sentiasa berada dalam keadaan baik-baik belaka. Jika kita sedang bersedih, ingatlah bahawa ada insan yang lebih bersedih dari kita. Jika kita sedang bergembira, ingatlah bahawa ada insan yang sedang bersedih. Sebagai manusia yang hidup sementara di dunia ciptaan Allah ni seharusnya kita mempunyai perasaan bersyukur, rendah diri dan sentiasa menghargai apa yang telah orang lain lakukan. Janganlah jadi seperti sesuatu yang tidak berguna kepada orang lain. Jadilah sesuatu yang membawa makna kepada orang lain terutama ibubapa kita. Allah itu maha adil. Ingatlah bahawa sekiranya kita sakit tidak bermakna luka itu tidak akan sembuh . Semua insan telah di tetapkan kehidupannya namun, ini tidak bermakna kita hanya perlu mendiamkan diri tanpa usaha mengubahnya. Kelebihan orang lain jangan di pertikaikan kerana setiap insan mempunyai kelebihan tersendiri yang mereka tidak sedari. Jangan hanya menyedari kelebihan orang lain dan mencemburuinya, lihatlah kelebihan kita di mata orang lain dan ucaplah ALHAMDULILLAH........
BY:BABy
BY:BABy
No comments:
Post a Comment