................................

Tuesday, November 4, 2008

Penting Sangat ke?

Aku rasa korang mesti pernah alami ni kan, tiap kali korang dalam kelas n bila lecturer masuk kelas nak mulakan tutorial or presentation, mesti beliau suruh kita offkan handphone(hp) or silentkan hp kan?? ha tapi disebabkan kedegilan manusia ni, ade jugak yang tak silent..tak nak off takpe tapi silent la betul tak?menganggu org lain nak study, nak present..potong stim je..tgk gambar tu, dia ckp "apekejadahnye" hahaha tapi tgn mcm singh karam.(gambar sekadar perhiasan)

Memanglah benar, tapi mcm mane nak buat?eh nyanyi la pulak..al maklum la, terpengaruh sgt ngn butterfingers haha hum..kita tau kan mmg skrg ni penggunaan hp begitu penting sehinggakan bila ditanya apakah barang paling penting dalam hidup anda?jwpnnya ialah HANDPHONE..malah ada yang lebih2 jwb siap bgtau model phone dia pulak tu! mmg la..kita ni manusia, nak hidup ramai2,kena berkomunikasi..so mmg pentinglah kan hp utk kte zaman ni sampaikan,ha korang tgk gambar di atas ni, dok sebelah2 pun bercakap nak pakai hp..hadoi dunia oh dunia..! (gambar cuma hiasan).

Malah ada juga yang membeli handphone semata2 nak menunjuk2 walaupun hp mereka tak lawa dan tak reti guna..bila org tnye, sengih2..ade yang tak mampu sengih, muka monyok macam dodol..tgk je la mcm gambar kat atas tu..(gambar ni pun sekadar hiasan).

Oklah wahai pembaca, entry kali ini just nak sentuh mengenai sajauh mana pentingnya hp ni pada kita???adakah lebih penting dari nyawa??adakah lebih penting daripada kereta??tgk sajalah skrg ni, merata2 ade je yang guna phone sambil drive..malah ada juga sambil drive, sambil type sms???apeke****hnya?ade juga yang bawak moto sambil taip sms..moto ape?mcm moto la..moto bot pun ade..korang tak caya??tgk kat bawah ni.(gambar berhias)

Tgk la ni ha..bawak motobot sambil guna hp..mak aih, awek baju merah tu tak nak kalah ni hahaha!!(gambar hiasan sekadar)

Takde moto, takde motobot, takde kete, naik basikal pun jadilah!tgk!melampau-lampau biadabnye diorang ni..diorang tak tau betapa bahananya memandu sambil mengguna hp!
(Hiasan gambar sekadar).

Dan yang paling tak berhati perut skrg ni, mak bapak sanggup mengajar anak kecil mereka bercakap menggunakan hp sambil memandu sedari kecil lagi..jadi..apakah yang akan berlaku di masa akan datang??dimanakah kesedaran manusia kini tentang bahananya mereka melalukan perkara-perkara yang terkutuk ini?? (sekadar hiasan gambar)

Adakah inilah dia kepentingannya menggunakan encik hp ini semasa memandu??sekarang ni, al-maklum la teknologi makin maju kan..mcm2 ada dah sekarang ni..tapi awatnya kita sanggup membahayakan nyawa kita sendiri??mmg la penting hp ni pada kita kan, tapi jgn zalim..jangan zalim pada diri kita sendiri dan juga org lain yakni meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya..itu maknanya zalim..(gambar hias ala kadar)

Seperti di masjid2 di seluruh negara kita ni..mybe seluruh dunia..adakah hp itu lebih penting daripada panggilanNya utk kita melakukan kewajipan kita?tiada panggilan yang lebih penting selain panggilanNya.
(tiada gambar hiasan)

By: BOO

No comments: