................................

Thursday, July 29, 2010

Penyakit Cakaran Kucing




Apa yang dimaksudkan dengan penyakit cakaran kucing, dan bagaimana ianya berjangkit?

Penyakit Cakar Kucing ialah satu jangkitan disebabkan oleh sejenis bakteria (kuman) yang terdapat didalam air liur kucing. Bakteria ini dipanggil Bartonella Henselae dan boleh disebarkan dari seekor kucing kepada seorang manusia yang sihat. Doktor dan para penyelidik percaya bahawa kucing mungkin mendapat bakteria itu dari kutu.

Seseorang itu boleh mendapat penyakit akibat cakaran kucing apabila dia digigit atau dicakar oleh seekor kucing. Penyakit ini terjadi sekiranya kucing yang menggigit atau mencakar itu mempunyai kuman pada kukunya. (Kucing boleh mendapat bakteria apabila ia menjilat kukunya sendiri.)

Dengan hanya satu gigitan atau cakaran daripada kucing, kucing boleh memindahkan bakteria kepada anda melalui air liurnya. Anda juga boleh dijangkiti bakteria pada mata sekiranya anda mencium seekor kucing yang mempunyai bakteria pada bulunya dan kemudian menggosok mata anda. Ramai orang yang mendapat jangkitan ini tidak pasti samaada mereka pernah digigit atau dicakar oleh seekor kucing. Penyakit Cakaran Kucing bukanlah satu penyakit yang teruk kepada orang yang sihat tubuh badannya. Tetapi ia boleh jadi satu masalah kepada mereka yang mempunyai sistem-sistem ketahanan badan yang lemah. Ini termasuk pesakit yang menerima rawatan Kemoterapi untuk kanser, mereka yang mempunyai kencing manis serta mereka yang mempunyai penyakit AIDS. Penyakit cakaran kucing ini juga di panggil demam cakaran kucing.

Apakah Gejala-Gejala Penyakit Cakaran Kucing?
Satu gelembung atau lecur akan kelihatan pada bahagian yang terkena gigitan atau cakaran. Gelembung dan lecur ini akan mengambil masa selama 3 hingga 10 hari untuk kelihatan selepas digigit atau dicakar oleh seekor kucing dan ianya memerlukan masa yang panjang untuk sembuh.

Satu jangkitan pada Kelenjar Limfa juga bolah terjadi, kelenjar-kelenjar paling hampir dengan kesan gigitan dan cakaran juga akan terjejas. Misalnya, jika jangkitan ialah dari cakaran kucing pada lengan anda, kelenjar-kelenjar dalam lengan anda mungkin menjadi kembang dan membengkak serta anda boleh mendapat demam.

Bagaimanakah Penyakit ini Didiagnosis?
jika anda mendapati diri anda telah digigit atau dicakar oleh seekor kucing, doktor mungkin akan dapat mengenalpasti penyakit berkenaan berdasarkan fakta itu. Kemudiannya anda akan jatuh sakit seperti kelenjar-kelenjar di kawasan gigitan atau cakaran mulai sakit, kelenjar limfa juga akan turut bengkak. apabila diagnosis tidak jelas, satu ujian darah mungkin membantu doktor anda membuat diagnosis.

Bagaimanakah Penyakit Cakaran Kucing Dirawat?
Kebanyakan pesakit yang terkena penyakit ini sembuh tanpa rawatan. Selalunya, pesakit hanya perlu mengambil ‘pain killer’ seperti Aspirin dan sebagainya untuk membantu melegakan kesakitan dan ketidakselesaan.

Bagaimanapun, antibiotik mungkin diperlukan sekiranya kelenjar limfa menjadi sakit dan membengkak untuk jangka masa lebih dari 2 hingga 3 bulan . Pengambilan Antibiotik mungkin dapat membantu sekiranya pesakit mendapat demam dan terkena jangkitan pada tulang, hati dan organ-organ yang lain.

Bolehkah penyakit cakar kucing jadi dicegah?
Elakkan diri dari berhubung dengan kucing adalah cara paling mudah untuk mencegah penyakit berkenaan. Walaubagaimanapun anda tidak perlu untuk terus menghapuskan kucing-kucing anda. Sebaliknya anda perlu cuba mengelakkan sebarang keadaan di mana anda mungkin digigit atau dicakar oleh kucing. Seterusnya Jangan membangkitkan kemarahan seekor kucing. Kebanyakan kes digigit dan dicakar kucing adalah disebabkan berlaku provokasi terlebih dahulu terhadap kucing. Anda juga perlu membasuh tangan dengan bersih dan betul selepas mengendalikan kucing dan ia merupakan satu cara yang paling baik untuk menghalang sebarang jangkitan berkaitan kucing.

1 comment:

Arin Mansor said...

mcm ni takleh bg dak Prince main ngan kucing lor..bahaya..uhuk3