................................

Tuesday, September 9, 2008

Ape Lagi Selain Itu??

Langit tak sentiasanya biru. Cuaca tak sentiasanya baik. Angin tak sentiasanya sepoi-sepoi bahasa. Tapi percaya tak, bahawa yang bauk itu, lebih selalu terjadi? Aku percaya, kebaikan akan selalu melanda kehidupan kita, selagi kita, mahukan kebaikan. Kebaikan yang aku maksudkan di sini ialah kebahagiaan, ketenangan, keamanan, dan sebagainya. Kehidupan yang dipenuhi dengan kasih sayang, kejujuran, kesetiaan, tanggungjawab, itu yang aku selalu inginkan.
Bercinta dengan gadis jelita ini, telah pun mengubah hidup aku, di mana aku mula mengerti yang hidup ini juga, memerlukan sebuah 'cinta'. Cinta yang tak IkhlaSetiAbadi. Bila dia tiada di sisi, aku sunyi. Aku terasa amat bahagia bersamanya. Aku harap, kebahagiaan ini, sentiasa ada.

By: BOO

No comments: