................................

Saturday, February 7, 2009

naluri~

harta di dunia semata-mata
sekadar gambar hiasan


Tajuk yang agak menyentuh perasaan kali ini. Sedikit tazkirah~Kadang-kala orang tak tahu pun naluri kita macam mana. Kalau ada yang tak kena, main sebut je tanpa memikirkan 'mengapa ianya terjadi demikian' and bukan semua orang miliki sifat memahami hati orang lain. Jangan anggap diri kita sudah cukup sempurna dengan apa yang kita miliki depan mata. Hal ini kerana kita ni ibarat zarah2 je nilainya or sometimes langsung tidak bernilai. Sangat kecil dan tak sempurna 'nobody is perfect' selagi kita hambaNYA


Jangan mudah memandang rendah pada orang lain kerana hidup ini umpama roda..berputar~putar~terus berputar and tanpa sedar mungkin kita berada di bawah kembali.
hidup ini bukan selamanya maka berbaiklah dengan semua orang tidak kira usia, pangkat, darjat atau keturunannya. Di SANA kita semua sama di sisi Allah yang Maha Esa..


Kadang-kala ada makhluk yang tidak sedar diri dan suka riak tak tentu hala dengan apa yang dia miliki kini. Mengambil kesempatan dan sebagainya ke atas orang yang baik hati. Ingatlah manusia, dalam kubur kita sorang-sorang, jangan suka ambil kesempatan atas diri orang lain. Insaflah, jangan sampai nyawa nak keluar dari badan baru air mata nak mengalir dan waktu itu tiada gunanya kerana pintu taubat bagimu sudah terkunci rapat~

BY:BABY

No comments: