................................

Thursday, September 8, 2011

Susah berak? jom ke teraputik! free sahaja

Salam,

sori tajuk amat kotorrrr hehehe tp itu lah hakikatnya.. bagi sesiapa yg mengalamai masalah sukar buang air besar, korang nk tahu cara plg mudah? refleksiologi! bukan susah mana pun beb...pejam mata je nk refleksiologi ni..

Ok ni kat kawasan Hospital Kuala Kangsar...teman mak amik ubat, singgah taman tu jap...dh tiga kali kot dlm seminggu ni aku ke situ..hasilnya selesa dan hari2 mahu berak! sumpah!

haaaaaaaaaaa..pnah x tgk menda alah ni kat mne2?? kebanyakan ada kat hospital...mesti pernah tgk kn? pernah berjalan ats batu2 ni x? kat taman reakreasi pun selalu ada...

korg tau apa kegunaan batu2 ni? a lot! alot okeh....utk otot2 dan sendi2 saraf...nk terang lbh2 xbpe hebat just baca info kat bwh ni...

tgk..mak aku pun rajin layan batu2 ni...aku berjangkit dr mak aku la...asal nampak je mula la nk berjalan ats batu ni...

boleh mengurangkan risiko terkena strok! cuba la erk..mula2 mmg sakit mcm ada sembilu kat bwh tapak kaki hang pa nun.. tapi sat je...lpas tu ok dh :) sedap dan umph!

tgk mak aku, umur dh 55tahun pun masih aktif! insyallah :)





Mengapa urut kaki lebih popular dan menyeronokkan?

Ada pengamal refleksologi mendakwa ia boleh memperbaiki mood kerana bahagian otak yang berhubung dengan kaki terletak bersebelahan dengan bahagian yang menghubungkan alat kelamin! Bagaimanapun, kesan refleksologi berbeza antara individu. Jika anda mengalami masalah sakit kaki, disarankan lebih baik supaya mendapatkan pemeriksaan doktor terlebih dulu kerana ia mungkin disebabkan masalah lain.

Apa kebaikan refleksologi?

Pertama, ia boleh meredakan tekanan, sama ada disebabkan kerja, masalah peribadi mahupun persekitaran. Tekanan yang tidak terkawal bukan saja merangsang masalah fikiran, tetapi boleh menjejaskan kesihatan dan menyebabkan penyakit sedia ada semakin mudarat.

Kedua, walaupun makin ramai mengamalkan pemakanan sihat dan memilih makanan organik, tetapi masalah kesihatan tetap muncul. Malah, tidak ramai berjaya mengekalkan corak pemakanan begini.

Kekurangan zat tertentu dan kesan tekanan boleh mengganggu sistem pertahanan badan. Di sinilah refleksologi dikatakan dapat membantu membenarkan badan melakukan penyembuhan sendiri dan mengembalikan fungsi organ ke tahap normal.

Ketiga, di samping menjalani perubatan moden, ramai juga memilih rawatan alternatif untuk mendapatkan kesihatan menyeluruh. Ubat tradisional Barat menjurus kepada rawatan khusus untuk satu-satu penyakit atau simptom, sedangkan refleksologi pula adalah kaedah penjagaan kesihatan yang tidak menggunakan ubat. Ia hanya memerlukan teknik urutan untuk merangsang mekanisma badan semula jadi untuk berfungsi dengan cekap.

Refleksologi berasaskan kepercayaan setiap bahagian kaki adalah cermin kepada anggota badan (kaki kiri untuk anggota belah kiri dan kaki kanan pula menggambarkan anggota kanan badan). Contohnya, ibu jari dianggap cermin kepada kepala dan tapak kaki pula adalah anggota badan.

Walaupun refleksologi sesuai untuk semua peringkat umur dan kesihatan, tetapi jika mengalami masalah darah beku atau luka pada tapak kaki, anda disaran mendapatkan rawatan moden untuk mengatasinya terlebih dulu.

Antara soalan yang kerap diajukan mengenai refleksologi adalah :

Adakah ia menyakitkan?

Ia perlu dialami sendiri. Kali pertama mungkin sakit tetapi bak kata orang, alah bisa tegal biasa. Refleksologi tidak menyakitkan, tetapi boleh menyebabkan ketidakselesaan sedikit.



Bagaimana ia boleh menyegarkan seseorang?

Sebagaimana kaedah tradisional lain seperti urut, akupuntur, tai chi dan ayurveda, refleksologi memberi kesan lebih kurang sama — boleh merangsang tidur lebih nyenyak dan selera makan. Ini secara tidak langsung dapat memberi tenaga kepada seseorang.

Ada yang mendakwa refleksologi boleh membantu masalah sembelit. Bagaimana perkara ini boleh berlaku tidak dapat diterangkan, tetapi ini antara kriteria utama menyebabkan ramai pengusaha berlumba-lumba menghasilkan mesin refleksologi elektrik.

Refleksologi bukan hanya pada kaki, ia juga boleh dilakukan pada tangan tetapi kaedah ini kurang popular.


*************************************************************************

see...byk kan faedahnya?? so apa lagi cuba lah! nampak batu tu singgah jap berjalan ats tu! jgn sombong erk bila nampak batu tu hehehehehe

sekian..

ilmu utk di kongsi :)

No comments: