................................

Wednesday, March 25, 2009

PETUA oh petua mari intai~

Kita ni as perempuan kena lah rajin-rajin jenguk petua-petua di dapur even tak rajin amalkannya jenguk2 pon orait wawawawa baru suami sayang..suami?suami? dah kawin kah aku?hahahahah bELUM!!!
  • Petua menghilangkan bau nasi hangit.

Nasi hangit biasanya kurang enak dimakan. Untuk menghilangkan bau hangit, periuk yang berisi nasi hangit hendaklah ditutup dengan daun pisang. Alas dengan surat khabar kemudian barulah ditutup dengan penutupnya sebelum direndam periuk nasi ke dalam besen berisi air.

  • Petua menghilangkan bau hanyir ikan, sotong dan udang juga petua menambahkan kesuburan pokok bunga.

Semasa mencuci beras, airnya jangan dibuang. Ia boleh digunakan untuk membersihkan ikan, udang dan sotong untuk menghilangkan bau hanyirnya dan disiramkan pada pokok bunga untuk menambah kesuburannya. Selain daripada itu, air beras juga boleh dibuat mandi sebagai penawar untuk menyejukkan badan dan kepala kanak-kanak.

  • Petua untuk mudah kupas kulit bawang.

Semasa memotong bawang, kadangkala kulitnya melekat pada isinya. Satu cara untuk mengupas kulitnya adalah dengan merendam bawang merah di dalam air selama lima minit kemudian baru dikupas.

  • Petua untuk mengelakkan balang atau bekas gula dimasuki semut.

Untuk mengelakkan balang atau bekas gula daripada dimasuki semut, sapukan minyak masak disekeliling balang.

  • Petua mengelakkan hati lembu yang dimasak menjadi keras.

Semasa memasak hati lembu, kebanyakan suri rumah membiarkan masakan itu terlalu lama di atas dapur hingga menyebabkan hati menjadi keras. Satu rahsia agar hati kekal lembut ialah jangan memasaknya terlalu lama di atas api. Masukkan kesemua rempah dan rencah yang diperlukan, biarkan hingga garing kemudian barulah dimasukkan hati. Kacau selama dua atau tiga minit dan terus padamkan api. Hati bukan sahaja lembut tetapi rasanya lebih enak.

  • Petua untuk menanggalkan getah buah-buahan yang terkena pada pakaian.

Pakaian yang terkena getah buah-buahan jangan terus dibuang. Petua untuk menanggalkan getah itu ialah dengan menabur garam halus sebelum dituang air yang baru mendidih ke atasnya. Lakukan beberapa kali dan kesan getah akan hilang.

  • Petua mencuci pakaian yang terkena minyak.

Mencuci pakaian yang terkena minyak ada caranya. Tuang minyak tanah ke bahagian yang terkena minyak dan sental untuk seketika sebelum digosok dengan limau nipis. Akhir sekali baru dicuci seperti biasa dengan sabun.

  • Petua menuang air yang mendidih pada gelas kaca.

Air yang baru mendidih jangan terus dituang ke dalam gelas kerana ini akan menyebabkan gelas pecah. Cara yang betul ialah meletak sudu aluminium ke dalam gelas kemudian baru dituang air.

  • Petua untuk mengelakkan jemput-jemput daripada menjadi keras.

Untuk mengelakkan jemput-jemput daripada menjadi keras, masukkan sedikit serbuk penaik ke dalam adunan tepung. Satu lagi petua ialah dengan memasukkan sedikit air perahan limau nipis.

  • Petua untuk memudahkan menggoreng ikan supaya tak melekat.

Kuali baru atau yang tidak dicuci bersih menjadi punca ikan melekat semasa digoreng. Jadi sebelum menggoreng ikan, pastikan kuali dicuci bersih. Jangan ada sedikit pun kerak atau sisa-sisa makanan di dalamnya. Jika ikan masih melekat pada kuali, tabur sedikit kulit bawang besar ke dalam minyak dan biarkan sebentar. Ikan bukan sahaja mudah dialihkan tetapi juga menjadi garing.


Nota kaki : http://hendrastar.wordpress.com/2009/02/26/petua-dapur-bagi-wanita-dan-gadis/

BY: BABYBOO

2 comments: