................................

Sunday, April 11, 2010

J nite terakhir~ :'(


PULAU PINANG, 9 April - Pelajar Kewartawanan tahun akhir Pusat Pengajian Komunikasi Universiti Sains Malaysia mengadakan majlis makan malam bertemakan EDISI TERAKHIR bertempat di Lobi banggunan C10 baru-baru ini.

Menurut Pengarah Projek, Marina Muhammad yang juga merupakan pelajar tahun akhir kewartawanan majlis ini berjalan dengan lancar.


"Majlis yang bertemakan EDISI TERAKHIR ini berjalan lancar mengikut perancangannya. Saya bersyukur ke hadrat illahi kerana dengan rahmatNya majlis terakhir kami ini berjalan dalam keadaan baik walaupun ada segelintir yang tidak menunjukkan adab," kata beliau mengulas pertanyaan BERITA oneloveintwohearts.

Tambah beliau, majlis ini dirasmikan oleh Dekan Pusat Pengajian Komunikasi, Prof Madya Dr.Adnan Husin bersama-sama Penasihat BERITA KAMPUS Tuan Haji Haroon Awang.


"Kejutan yang kami rancang untuk Tuan Haji Haroon Awang, selaku penasihat Berita Kampus sempena meraikan ulang tahun Berita Kampus kali ke 39 berjaya dilaksanakan dengan kerjasama semua. Kenangan kali terakhir bersama pelajar kewartawanan ini tidak akan dilupakan sampai bila-bila, "jelas beliau lagi.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Dr. Nik Norma, Dr.Hamidah, kakitangan pusat pengajian komunikasi, para wartawan Berita kampus 2009/2010.




Marina, iza, uyun, kay

Para wartawan bersama Dekan Pusat Pengajian Komunikasi



weeeeeeeeeeeee~


Datin Wanabe n Datin Molly



Di sebalik J nite kami...ada sesuatu yg berlaku antara aku n si dia...jeng2 cepen! saksikan entri seterusnya... ^_^

Baby

2 comments: