Menurut Newson dan Wollert, berita penyiasatan sering kali melibatkan sesuatu isu tertentu. Ramai pembaca yang meminati berita jenis penyiasatan. Berita penyiasatan bertujuan membuat sesuatu laporan yang mendalam utk mendedahkan tingkah laku awam @ persendirian yang mungkin terus tersembunyi dan tidak diketahui umum. Robert W.Greene mendefinisikan sebagai usaha yang melibatkan pengumpulan maklumat penting yang cuba dirahsiakan seseorang @ agensi tertentu.(William-1978)
Dalam penulisan berita penyiasatan, wartawan berusaha membongkar sesuatu yang ingin diketahui oleh masyarakat dalam usaha memerangi salah laku dan segala perbuatan menyalahi norma atau batas undang-undang.
Pengupasan sesuatu isu perlu dijalankan dengan tepat, relevan serta mempunyai motif yang membawa perspektif baru kepada pembaca.
Penyiasatan dan penyelongkaran yang boleh membawa kepada perubahan kepada pembaca. contohnya kes makhamah, sistem keadilan alam sekitar, dasar kerajaan, keselamatan negara, ahli politik, rasuah dll.
Penulisan berita penyiasatan merupakan suatu perbuatan menyelongkar perkara yang dianggap rahsia oleh orang lain demi kepentingan awam.
Berita penyiasatan adalah berbentuk berita atau artikel yang dilakukan dengan begitu terperinci.
Penyelidikan meluas, melalui temu ramah dengan mereka terlibat seperti mangsa, polis, saksi, ahli keluarga, rakan2, musuh, dan pakar. Malah, wartawan akan menyamar untuk membuat penyiasatan.
Biasanya, sesuatu penyiasatan yang ingin dilakukan melibatkan kertas kerja, masa, kos, pemilihan fakta, serta menyimpang daripada penulisan berita semasa.
Tertakluk kepada undang2 Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Rahsia (OSA) bagi mengelakkan siaran berita yang bersifat perkauman, melampau dan bertentangan dengan tatasusila.
5 LANGKAH UTAMA YG DILAKUKAN OLEH WARTAWAN PENYIASATAN UTK MENJALANKAN KERJA PENYIASATAN
Merancang. - merancang dan berbincang dengan editor utk dapatkan persetujuan.
Mencari Sumber.
-Lepas dapat kebenaran, mula mencari sumber. Spt pihak terlibat itu sendiri, ahli keluarga, musuh, saksi, rakan2 dll.Kadang kala perlu menyamar utk dapatkan bukti dan cerita yg sebenar.
cth : Nelly Bly yg sanggup menjadi org gila sehingga berjaya membongkar kepincangan yg berlaku di sebuah hospital gila di Amerika Syarikat.
Mencari maklumat daripada sumber lain seperti daripada pakar utk kukuhkan lagi penulisan berita (sahih)
Mencari rekod dan butir yang berkaitan dengan kes, misalnya bukti daripada rekod2 polis, makhamah dan butir2 bertulis lain seperti wasiat.
Membuat semakan.( pastikan laporan dibuat tidak bercanggah dengan laporan lain dan paling penting tidak bias)
BABY
1 comment:
Penulisan ni bagi saya sedikit gambaran utk saya jawab dalm exam Selasa nnt. Terima kasih :) Sy junior akak. Kewartawanan di USM jugak :D
Post a Comment